21 HOTEL MENARIK MENGHADAP PANTAI DI TERENGGANU BOLEH DITEMPAH MELALUI BAGASI.MY

Ni dah bulan Julai dan tak lama lagi akan masuk cuti sekolah – Sudah tentu senarai percutian bukan main panjang berjela tetapi jangan lupa masukkan negeri Terengganu sebagai lokasi utama sebab korang boleh lepak tepi pantai !!

Hotel Murah Di Terengganu

Bagasi.My telah menyenaraikan 21 hotel yang menarik di sekitar Terengganu dengan butiran lengkap supaya pembaca mudah membuat pilihan berpada dengan bajet. Nak berjalan sakan kena juga kumpul informasi terkini supaya dapat manfaatkan percutian sebaiknya.


BAGASI.MY


Menjadi platform untuk para pelancong dalam dan luar negara membuat sedikit kajian tentang lokasi dan pemilihan hotel yang bertepatan dengan tujuan, Bagasi.My berkongsi pengalaman serta pendapat terbaik bagi memenuhi kehendak pembaca melalui kaca mata seorang pengembara.

Terengganu Hotel


Sebut je pasal Terengganu sudah tentunya pantai yang berpasir putih dan air laut membiru menjadi tarikan utama selain port-port batu karang yang memukau pandangan dari dasar laut. Nah !! Angin pantai yang bertiup menjadi pengubat melepaskan lelah.


HOTEL MENGHADAP PANTAI DI TERENGGANU


Mengikut senarai yang telah disediakan oleh Bagasi.My, negeri Terengganu mempunyai 21 hotel yang menghadap pantai dengan harga berpatutan iaitu bermula dari RM 30.00 !! Huish—Sampai macam tu sekali Bagasi.My berusaha untuk pembaca. Hahahaha~ Dah lah sediakan senarai, siap letak alamat dan juga nombor telefon supaya mudah untuk korang buat tempahan. Al maklum lah, bila musim cuti memang bersesaklah orang nak lepak pantai dan orang adalah salah seorang kan ? Hee~

Chalet Murah Menghadap Laut di Terengganu

Memberi satu gambaran yang berbeza melalui sudut pandang seorang pengembara, sudah tentunya kemudahan yang selesa dan semua tarikan tertumpu pada satu tempat menjadi pilihan dan tidak peliklah kalau setiap butiran mengenai hotel diterjemahkan dengan baik dan ringkas.

Bukan itu sahaja, Bagasi.My turut menyenaraikan hotel / chalet yang bersesuaian dengan majlis atapun urusan korang selama berada di negeri Terengganu. Ye lah. Kot mungkin korang nak berbulan madu ataupun meraikan ulangtahun perkahwinan – Sudah tentu moment yang dicipta menjadi moment terindah dalam hidup. Wah !! Teruja kan ?

Untuk kakak yang belum lagi berkesempatan menjejakkan kaki ke negeri Penyu atas tujuan istirehat membuatkan kakak mencongak-congak betapa indahnya persisiran pantai. Haish—Kalau sebelum ni menatap gambar je, harap-harapnya adalah rezeki dalam masa terdekat ni. Hee~ Sudah tentulah kakak percaya dengan apa yang Bagasi.My sediakan. Hotel menghadap pantai menjadi pilihan pertama dan tarikan lain pada nombor berikutnya.

Chalet Tepi Pantai Terengganu

Tak percaya ?




Korang boleh explore laman web Bagasi.My untuk mengetahui lebih lanjut tentang 21 hotel yang telah disenaraikan. Em. Jangan lupa membuat pilihan yang bijak dan bersesuain dengan bajet korang. Sempena menyahut seruan kerajaan untuk terus menyokong industri pelancongan dalam negara, kakak rasa Bagasi.My dah menyediakan platform paling mudah untuk dijadikan rujukan.

Apa lagi ?
Terengganu jom !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

2 comments:

  1. byknya hotel bole pilih tu..mmg syok yg dkt pantai ni

    ReplyDelete
  2. sesuai utk yg nk jln2 ke terengganu, yg dh biasa ke terengganu pun kdg terlupa... sbb ada banyak hotel tepi pantai kt terengganu yg best

    ReplyDelete

Powered by Blogger.