EYE PRO VISION, SUNGEI WANG–KEDAI CERMIN MATA VIRAL MAMPU MILIK

Orang kata, alah membeli menang memakai tapi kalau dapat yang mampu milik dan berkualiti macam apa yang disediakan oleh Eye Pro Vision yang menawarkan harga mampu milik untuk setiap cermin mata mesti teruja habis. Kan ?


Memang kalau dah sekali pakai cermin mata dan mengharapkan power akan turun – susah sikitlah sebab tu nak tak nak kena juga cari yang bersesuaian dengan aktiviti sehari-hari kakak. Tak mampu nak bebankan lagi kesengsaraan mata kakak ni ha. Kesian. Hee~


EYE PRO VISION


Dari jauh dah nampak bunting warna kuning dengan tulisan RM 40.00 lah RM 65.00 lah dan memang tak terdetik dalam hati langsung harga yang dorang tawarkan serendah itu. Zaman serba memerlukan duit, ada lagi ke kedai yang nak bagi harga marhaen ? Em—Ramai je peniaga kat luar sana mengambil kesempatan atas kesempitan pengguna. Hahahaha~ Tapi itu isu lain lah dan kalau benda ni tak BEST, kakak pun tak nak share kat korang takut mengundang kecaman je nanti.


Tak percaya ?
Ya !! Memang harga serendah RM 40.00 jek gais didatangkan bersama FREE konsultasi. Nah !! Berapa pun power rabun korang, Eye Pro Vision boleh bantu mengatasi masalah poket jua.




Terletak di Tingkat 1, Plaza Sungei Wang – Eye Pro Vision merupakan cawangan kecil EyeSmart Group menawarkan harga terendah dipasaran tapi bukan sekadar harga je, kualiti pastinya sudah terjamin dan ada warranty untuk setiap pembelian juga. Haih—Kakak berani cakap sebab kakak dan Nur Aiman memang dah jadi pelanggan tetap dorang. Selain menjadi surirumah yang bijak mengatur perbelanjaan keluarga, mencari bahan berkualiti untuk kegunaan lasak sehari-hari pun merupakan bakat terpendam kakak tau. Hee~


Disebabkan power kakak pun dah cecah 5.00 akibat penggunaan kanta lekap yang salah dan juga aktiviti kerja kakak yang menggunakan gadget / laptop lebih dari 8 jam memang risau sikitlah dari soal harga yang bakal dibentangkan. Kalau kat kedai cermin mata lain, sudah tentu mampu cecah sehingga RM 800.00 – RM 1,000.00. Mana nak cekau sebanyak tu ? Pening kan ?


ALPHA BLUE 420


Disarankan oleh jurujual professional yang ada, William menyarankan kakak menggunakan kanta Alpha Blue 420 yang dapat membantu menepis silau dari pancaran gadget dan juga laptop disamping menghalang sinar UV terus ke mata.

YA !!
Kakak teruja okay. Hee~


Walaupun kakak tau dok menghadap gadget dan skrin laptop terlampau lama tak elok untuk kesihatan mata, tapi nak elak macam mana wey ? Dah memang kerja kakak macam tu. Sebolehnya kakak akan cari solusi untuk masalah ni dan berharap sangat Alpha Blue 420 ni dapat membantu. Skeptikal pada cadangan William ? Mestilah !! Tak yakin juga tapi bila William dah buat demo depan mata kakak, baru lah yakin.




Dengan bangganya masa kakak menaip ni pun kakak menggunakan cermin mata yang dibuat oleh Eye Pro Vision. Terasa hensem lebih sikit sebenarnya.. Hee~


Proses nak buat cermin mata kata mana-mana kedai pun sama, tak de apa beza tapi konsultasi di Eye Pro Vision sangat detail dan padat. Kakak cuma beritahu yang kakak sentiasa terdedah dengan cahaya gadget dan yakin masalah silau kakak makin menjadi-jadi. Dengan maklumat itu sahaja, William dapat track kat mana yang silap. Antara yang terbaik dalam kelasnya – Alpha Blue 420 memain peranan untuk menepis cahaya melampau yang masuk melalui persekitaran. Tak kisah lah cahaya dari apa.


Disebabkan kakak lasak dan selalu main campak-campak risiko calar pada kanta memang masalah besar. Dan kakak tak suka !! Hee~ Tapi dengan Alpha Blue 420 semua tu tinggal sejarah dah. Gores banyak mana pun masih okay dan tak terkesan langsung. Apa lagi kelebihan Alpha Blue 420 ?

  • Mempunyai 12 lapisan berbanding kanta biasa hanya 3 lapisan yang tak mampu menghalang cahaya melampau tembus ke mata
  • Tidak menggangu pemanduan pada waktu malam
  • Tidak mudah calar dan tahan lasak
  • Tidak mudah lekat cap jari
  • Didaftarkan khusus untuk Eye Pro Vision

Bila kakak cerita kat Encik Suami kakak pasal 12 lapisan tu kan, beliau membayangkan betapa tebalnya cermin mata kakak. Siut kan ? Hahahaha~ Tapi serius tak malah ianya ringan dan tak mengganggu pergerakan seharian kakak pun.


Memang kakak teruja lain macam bila William cakap sekarang ni ada promosi untuk kanta Alpha Blue 420 ni dengan warranty SATU TAHUN gais !! Kalau ada sebarang kerosakan pada kanta, korang datang je kedai dan pakar-pakar Eye Pro Vision akan membantu korang. Jangan risau okay ?

Menariknya ?
Tak sampai sejam cermin mata baharu korang akan siap !!
Tak keje aih kakak nak ulang alik semata-mata nak ambil cermin mata yang dah siap. Hee~ Lepas buat tempahan, kakak pergi shopping kejap dan sebelum balik - singgah untuk ambil dan cuba. Jimat duit, jimat masa.


Alamat : Lot G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza
Facebook : https://www.facebook.com/EyeProVisionViral
Instagram : https://www.instagram.com/eyeprovision_g111



Kalau nak kata puas hati tu memang sangat puas hati dari mula masuk kedai sampai lah nak balik, tak de satu saat pun yang membuatkan kakak rasa – Eh !! Nanti lah—Nak jalan dulu survey kedai-kedai cermin mata lain yang ada. Kot lagi murah. Hee~ Tak de. Sebab kat sini ditawarkan kualiti melebihi harga.


LOVE ;
ATIE ADNAN

Share:

2 comments :

  1. Akak pun puashati buat spek kat sini. Nanti nak buat rayban lak!

    ReplyDelete
  2. pergi tak ajak..gitulah.. mujur dah buat kat kedai yang sama

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes