ENVIDIA BEAUTY MENCANTIKKAN WANITA SIBUK SEPANJANG HARI
Fenomena kecantikan dengan teknologi antarabangsa semakin pesat dibawa masuk ke pasaran tempatan termasuklah jenama ENVIDIA Beauty yang berusaha membantu wanita Asia yang sibuk tapi masih mampu menjaga kecantikan dan kesihatan kulit.
Menjadi ibu yang sibuk dari seawal 5 pagi hingga lah orang lain nak lelap mata, kakak masih berjaga untuk menguruskan urusan sehari-hari keluarga termasuklah kerja yang melambak membuatkan kulit kakak tak sihat macam wanita lain dan selalunya berminyak pada bahagian T. Em—
Selalu je terfikir pasal makeup-on-the-go yang ringkas tapi mampu mengubah penampilan kakak.
ENVIDIA BEAUTY MAKEUP – ON THE – GO
Bila dapat tahu ada jenama tempatan dapat membantu kakak untuk bersiap dengan lebih cepat tanpa perlu membuang masa dengan pelbagai langkah rumit yang biasa kakak tengok di video-video mekap, memang kakak teruja lah apatah lagi bila kakak diundang untuk sama-sama belajar menggunakan produk kosmetik ENVIDIA Beauty dengan cara yang betul oleh MUA Aizat Abdul Razak.
Didatangkan dengan satu set lengkap yang tidak memerlukan pengguna mencari atau menambah alat solek yang lain untuk mendapatkan kesan terbaik, ENVIDIA Beauty memperkenalkan empat jenis produk iaitu :
· Gorgeous Cream Cheek Stick
Bukan sahaja mampu menutup cela pada wajah tetapi produk kosmetik ENVIDIA Beauty yang diperbuat dari 100% vegan iaitu :
· bebas toksik
· bebas bahan kimia merbahaya
· bebas ekstrak haiwan
· bebas pewangi
· bebas pengawet
· bebas paraben dan alcohol
ENVIDIA Beauty memang jenama tempatan tetapi menggunakan teknologi kosmetik dari Korea Selatan yang berstatus Good Manufacturing Practice ( GMP ) dan menguatkan sokongan kepada sistem jaminan kualiti ISO.
FAKTA : ENVIDIA BEAUTY MERUPAKAN WINNER OF HARPER'S BAZAAR BEAUTY AWARD 2018 DAN WINNER OF MARIE CLAIRE BEAUTY AWARD 2019
Kakak sebagai rakyat Malaysia berbangga hoccay !!
Hee~
Hee~
Masa demo mekap haritu, sempatlah kakak belajar macam mana nak jimatkan masa dengan hanya menggunakan EMPAT barang ni je. Dia macam – EHHHHHHHHHHH !! Boleh ke wey ? Efek dia sama ke dengan 12 step mekap yang viral tu ? Hahahaha~ Nampak ? Betapa kakak tak pandai nak menyusun segala teknik mekap sebab memang tak pandai pon tapi bila ditawarkan menjadi salah seorang pelajar untuk mengetahui teknik makeup – on – the – go ENVIDIA.
Nasib MUA Aizat ajar cara yang paling mudah. Mana-mana teknik pun, memang kena prep dulu kulit muka dengan toner, moisturizer, serum, sunblock dan eyecream lepas tu baru lah--
Cuma dengan EMPAT barang dan teknik makeup - on - the - go bakal memudahkan kerja menatarias wajah setiap hari !! Fufff-- Kakak memang perlukan !! Hee~
STEP 1 : 5 in 1 Cream Foundation
- MUA Aizat kata Cuma dap dap nipis dan siap tapi korang kena blend bagi rata, bukan apa – kalau bercapuk nanti rugilah sedangkan cream foundation ni mampu untuk digunakan selama 8 bulan !! Itu pun kalau korang guna selalu lah. Kalau jarang-jarang guna, memang lagi lambatlah habis ya.
- Cream foundation ENVIDIA Beauty didatangkan dengan dua warna iaitu Beige dan Nude Beige yang sangat sesuai dan mudah digunakan.
- Menggunakan teknologi Korea yang dipanggil Transform Essence System yang berfungsi terus sebagai balm, essence, pelembab, concealer dan mengandungi SPF 50 PA +++
STEP 2 : Gorgeous Cream Cheek Stick
- Masalah pipi jatuh masa nak pakai blusher ? Hee~ Itu kes dulu lah tapi dengan ENVIDIA Beauty, semua tu memang susah nak jadi ha. Didatangkan dalam bentuk stick dengan berus lembuat berkualiti tinggi. Calit sikit kat tulang pipi dan ratakan dengan berus. Senang !!
STEP 3 : Flirty Pearl Shadow Stick
- Kena lah pakai eyeshadow, nak bagi mata nampak galak dan berseri sikit kan. Hee~ Lembut dan mudah di oles pada kelopak mata, Flirty Pearl Shadow Stick didatangkan dengan dua warna yang cantik iaitu Violet Plum dan Golden Bronze yang dikayakan dengan formula penghidratan dan bahan pelembab.
- Senang nak bawa dan selit selit dalam handbag. Hee~ Suka betul !!
STEP 4 : Matte Liquid Lipstick
- Pelengkap gaya dan pemanis wajah – tak boleh tidak kalau tak de pewarna bibir. Nah !! Ada empat warna yang mengiurkan untuk dipilih dan kesemuanya adalah matte. Tidak mudah melekat pada gelas / sudu atau bahan lain, Matte Liquid Lipstick dari Envidia merupakan HOT SELLER setiap hari !! Ye lah !! Mana boleh beli satu, kena beli keempat-empatnya untuk mix and match dengan gaya yang bersesuaian.
- Formula yang lembut dan berkrim memberi kesan jangka masa panjang yang sempurna. Nah !!
PROMOSI ENVIDIA BEAUTY
Telah bermula pada 23hb Ogos kelmarin dan akan berlangsung sehingga 10hb September 2019 nanti, korang boleh singgah ke beauty bar ENVIDIA Beauty yang terletak di ground floor pusat membeli belah Sogo. Haa—Jangan kata tak tahu plak Sogo tu kat mana ya. Hee~
LAMAN WEB : http://envidia.com.my/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/envidiabeauty
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/envidiabeauty/
Ehem—Jangan lupa follow Instagram kakak untuk mengetahui lebih banyak info tentang ENVIDIA ni sebab kakak bukak highlight khusus untuk produk ni. Hee~ Ya iya lah—Kakak pengguna kot. Kalau tak best, kakak tak shoutout lah.
LOVE ;
ATIE ADNAN
baik kakak.. saya follow highlight kakak tu.. bagus juga konsep ENVIDIA ni kan, mudahkan make up seharian
ReplyDeleteyang kanan tudung purple tu mmg sibuk orangnya..hahahah
ReplyDelete