SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 RUMAH RONALD McDONALD HCTM-UKM - atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 RUMAH RONALD McDONALD HCTM-UKM

by - September 05, 2019

BANGGA !! Memang tak de perkataan lain yang kakak mampu luahkan bila dapat peluang sama-sama menyambut ulang tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald (RRM) yang terletak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM – UKM) baru-baru ini.

Alamat Rumah Ronald McDonald Cheras

Mengimbau kembali semasa Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri ketika merasmikan pembukaan RMHC pada 20 tahun yang lalu – beliau menyatakan betapa beliau berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik sepanjang anak-anak mereka menerima rawatan.

RUMAH RONALD McDONALD


RRM di HCTM-UKM telah menelan belanja sebanyak RM 2 juta hasil daripada sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat dan sehingga kini, RRM telah melalui projek menaiktaraf dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014.
Tahniah kepada korang yang selalu menyumbang kat tabung-tabung RMHC yang ada di kaunter McDonald’s setiap kali membuat pembelian !!
Ronald McDonald House PPUKM

Berkonsepkan ‘Home Away From Home’, RRM mampu memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa dengan pelbagai kemudahan asas seperti ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, taman permainan, gim, perpustakaan dan bilik komputer. RRM telah menempatkan hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara sejak ia mula dibina pada tahun 1999.



"20 tahun bukanlah tempoh yang singkat dan dalam tempoh masa ini, saya terharu
dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat
dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan
keluarga mereka."

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; isteri Perdana Menteri Malaysia


RMHC Malaysia turut memberi tumpuan kepada empat program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift Of Smile’ dan Pek Kembali Ke Sekolah dan semua program tersebut meliputi tiga bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.
Baru-baru ini juga, RMHC Malaysia telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan Kawasan Pantai Timur.
Ronald McDonald House Cheras

Untuk maklumat lanjut tentang RRM di HCTM-UKM, Kuala Lumpur – boleh hubungi 03 9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03 7843 3388 kalau korang nak menyumbang ataupun menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
Bagaikan bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

LOVE ; 
ATIE ADNAN

You May Also Like

2 comments

  1. jom kita sama2 support rumah Mcd dengan makan nasi lemak Mcd yang sedap tu.. hihi

    ReplyDelete