SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 RUMAH RONALD McDONALD HCTM-UKM
BANGGA !! Memang tak de
perkataan lain yang kakak mampu luahkan bila dapat peluang sama-sama menyambut ulang
tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald (RRM) yang terletak di Hospital Canselor Tuanku
Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM – UKM) baru-baru ini.
Mengimbau kembali semasa Tun Dr.
Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri ketika merasmikan pembukaan RMHC
pada 20 tahun yang lalu – beliau menyatakan betapa beliau berbangga dengan
komitmen yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu
keluarga-keluarga pesakit pediatrik sepanjang anak-anak mereka menerima
rawatan.
RUMAH RONALD McDONALD
RRM di HCTM-UKM telah
menelan belanja sebanyak RM 2 juta hasil daripada sumbangan pelbagai pihak
termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat dan sehingga kini, RRM
telah melalui projek menaiktaraf dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu
pada tahun 2004 dan 2014.
Tahniah kepada korang
yang selalu menyumbang kat tabung-tabung RMHC yang ada di kaunter McDonald’s
setiap kali membuat pembelian !!
Berkonsepkan ‘Home Away
From Home’, RRM mampu memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa dengan
pelbagai kemudahan asas seperti ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur,
bilik dobi, taman permainan, gim, perpustakaan dan bilik komputer. RRM telah
menempatkan hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara sejak
ia mula dibina pada tahun 1999.
dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat
dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan
keluarga mereka."
Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; isteri Perdana Menteri Malaysia
RMHC Malaysia turut memberi tumpuan kepada empat program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift Of Smile’ dan Pek Kembali Ke Sekolah dan semua program tersebut meliputi tiga bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.
Baru-baru
ini juga, RMHC Malaysia telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua
di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk
meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan Kawasan Pantai
Timur.
Untuk
maklumat lanjut tentang RRM di HCTM-UKM, Kuala Lumpur – boleh hubungi 03 9173
5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03 7843 3388 kalau korang nak
menyumbang ataupun menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
Bagaikan
bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
LOVE ;
ATIE ADNAN
ATIE ADNAN
jom kita sama2 support rumah Mcd dengan makan nasi lemak Mcd yang sedap tu.. hihi
ReplyDeleteUsaha yang bagus..
ReplyDelete