ABAM BOCEY, AL-FATIHAH

Terkejut sebenarnya sebab tak tahu menahu langsung bahawa beliau tengah tak sihat dan akhirnya pergi meninggalkan cuma kebaikan dan memori yang menceriakan hari penonton. Al-Fatihah, Abam.

Abam Bocey Meninggal Dunia

Kakak yang jarang mengikuti perkembangan artis tempatan pun turut menerima tamparan kuat dengan pemergian arwah.


ABAM BOCEY DALAM SEJARAH



Kebetulan harini Encik Suami kakak tak berapa sihat dan kami berada di klinik, sementara tunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor sempatlah kakak scroll Instagram untuk update task yang memerlukan perhatian dari kakak. Biasalah, dah memang itu sumber pendapatan kakak kan. Hee~
Tertancap kaku masa kakak scroll Explorer dan naik gambar berwarna hitam putih yang di post di akaun Instagram Sinar dengan caption :



Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey, @abam_bocik telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah. #SinarKongsi



Bermula lah kakak jadi pekak sekejap bila leka scroll satu persatu akaun Instagram yang lain untuk memastikan berita sedih itu BENAR dan tepat – ternyata itulah kesahihannya. Arwah pergi meninggalkan arena selepas demam dua hari dalam keadaan yang baik iaitu semasa tidur. Berikut merupakan sedikit butiran peribadi tentang arwah.

Biodata Abam Bocey


Nama Penuh : Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan
Tarikh Lahir : 19hb Januari 1988 ( 32 Tahun )
Nama Isteri : Siti Nurhidayah binti Mohd Ali
Nama Anak : Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey


Antara pencapaian yang bakal menjadi kenangan kepada peminat arwah adalah :

  • Naib Juara - Bintang Mencari Bintang Musim Pertama (2013)
  • Tempat Ketiga - Maharaja Lawak Mega 2013
  • Tercalon Pelawak Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH 2014, 2015 )
  • Tempat Kelima - Maharaja Lawak Mega 2014
  • Juara Karok lah kau 2015
  • Tempat Kelima - Juara Parodi 2015
  • Juara - Maharaja Lawak Mega 2016
  • Naib Juara - Super Spontan Superstar ( 2016 )
  • Juara - Maharaja Lawak Mega 2017
  • Naib Juara - Maharaja Lawak Mega 2018
  • Tempat Ketiga - Maharaja Lawak Mega 2019

Jenazah arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor Darul Ehsan. Jadi sebak bila kakak tengok updates di layar Instagram yang rata-rata rakan artis turut berkongsi kenangan dan kebaikan arwah – betapa senangnya orang sekeliling bersamanya semasa dia hidup.



Kenapa awal sangat bam!!!.... mana janji kau...!!... ya Allah... guyss abam dah takda guyss... 
– Achey



Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu 
– Fad


Kumpulan Bocey Tanpa Abam

Kalau kakak sebagai peminat kumpulan Bocey pun terkedu dan sebak bertakung didada apatah lagi rakan seperjuangan yang menerajui kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey. Semoga ibu, isteri, adik-beradik, ahli keluarga dan rakan seperjuangan arwah kuat menghadapi ujian yang telah tertulis. Sesungguhnya arwah pergi dalam keadaan baik-baik dan demam sebagai asbab.



Maksudnya :
“Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnyak, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka.”
-- HR. Muslim




LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

18 comments :

  1. Innalillahiwainnailahirojiun, tak sangka sangat dengar berita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita.. terdiam kakak sekejap lepas tu sambung menyiasat.. em.. tapi arwah pergi dalam keadaan baik..

      Delete
  2. Al Fatihah...sama la, terkejut sgt pagi tu...
    Allah lebih menyayangi dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. Allah SWT lagi sayang dia.. tak pe lah dia rehat dulu..

      Delete
  3. Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba hambaNya yg beriman.Apa yg kita harapkan Segala kebaikannya didunia dibalas syurga oleh Allah swt.Aamiin ya robbal alamiin..

    ReplyDelete
  4. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  5. alfatihah buat arwah abam, memang tiba-tiba sangat, takde lak cerita yang dia sakit teruk atau apa cuma demam...
    akak siap nangis lagi masa tengok ig achey dan fad, terus teringat masa kawan baik akak meninggal dunia 2 tahun lepas macamni lah reaksinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah untuk akak.. semoga kawan akak ditempatkan dikalangan para solihin.. saya tak ready lagi untuk kehilangan kak..

      Delete
  6. Replies
    1. dari saya nak sedih, jadi takut bila tuan yang komen.. hahahahahah~

      Delete
  7. al-fatihah untuk arwah abam

    ReplyDelete
  8. Allahummaghfirlahu, warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.

    ReplyDelete
  9. Sedih kan..pemergian yang tiba-tiba memang menggamit sangat

    ReplyDelete
  10. Allah sayang dia.alfatihah

    ReplyDelete
  11. Hari pemergiaan Abam, sama tarikh hari pemergian suami sahabat baik saya dan saya terasa kesedihan dan kehilangan yang diorang. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  12. Innalillahiwainnailahirojiun, memang terkejut sangat dengan berita ni masa tu

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes