RESEPI BURNT CHEESECAKE AIR FRYER

Sebenarnya tak plan langsung nak buat kek dalam masa terdekat ni tapi tu lah tu, dah anak-anak cuti asyik nak makan tu yang terhasilnya Burnt Cheesecake tapi masak menggunakan air fryer. Hee~


Air Fryer Cake

Ha’ah. Kakak tak de oven sebab perkakasan dapur dah banyak sangat sampai tak de ruang nak simpan. Jadi konsep kali ni memang guna apa yang ada je janji – JADI !! In shaa Allah.


RESEPI BURNT CHEESECAKE



Disebabkan bahan memang yang mahal, harapan kakak sangat tinggi untuk kek ni jadi dan ada rasa. Hahahaha~ Tak sedap tak pe tapi biar ada rasa. Gituh !! Tak de lah ke tong sampah perginya nanti, sayang ooi barang mahal cenggitu membazir.


Burnt Cheesecake Mudah Menggunakan Air Fryer

Tak !!
Bukan kakak yang masak kali ni tapi Nur Aiman dan Nur Aina. Kemas dapur pun dorang jugak. Biarkan dorang rasa peritnya kakak memasak dan mengemas setiap hari untuk menjaga kesihatan mata. Hee~

Bahan-bahan :

  • 35gram Inverter Sugar
  • 150gram Gula Kastor
  • 10gram Tepung Jagung
  • 500gram Cream Cheese
  • 3 biji Telur Ayam
  • 300gram Whipping Cream
  • 50gram Full Cream Milk


Cara-caranya :

Disebabkan kami tak de mixer jugak, blander adalah pilihan terbaik untuk pukul semua bahan sampai kembang. Hee~ Hidup kan kreatif tau. Nak harapkan semua bahan lengkap memang tak merasalah kek buatan hasil tangan sendiri.

Agittew--

1. Masukkan inverter sugar, gula kastor, tepung jagung, telur ayam, cream cheese, whipping cream dan juga full cream milk.

2. Blend sampai kembang dan puas hati. Hahahaha~ Ni serius main agak-agak je tak de nak fikir ape pun.

3. Sapukan rata butter kat loyang ( sebenarnya boleh je guna margerin / Planta tu – tak de masalah pun ) dan tuang bancuhan tadi pada sukatan 3 / 4 loyang.

4. Dah ? Hee~ Masukkan dalam air fryer dengan menggunakan suhu 180° celcius dengan tempoh 25 minit.


Resepi Air Fryer Malaysia
Food Hunter Malaysia

Tadaaa—
Siap dah gais !! Tetiba kakak bangga sangat dengan Nur Aiman dan Nur Aina dapat siapkan sebiji kek yang kakak cuma sediakan bahan-bahan mengikut sukatan.




Burnt Cheesecake Mudah

Selamat mencuba !!
Manfaatkan masa yang terluang sebaik mungkin untuk mengeratkan hubungan ibu ayah dan anak-anak. Mana tau dorang minat memasak dan akan jadi chef pada satu hari nanti.


LOVE ;
ATIE ADNAN


13 comments:

  1. sedapppnyaaaa...byk dh tgk resepi kek ni masak dlm air fryer tp tk kesempatan lg nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti try tau kalau ada masa.. hee~ time PKP ni kan banyak masa terluang..

      Delete
  2. Sedapnya... tak ada kekuatan nak cuba buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ senang sangat sis !!!!!!!! boleh refer kat link yang saya share tu, ada video..

      Delete
  3. Cuti-cuti pkp ni kan . Mesti bebudak tu seronok ada aktiviti baking mas ni kan . At least ada juga ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wakkkkkk.. kurang sket lah dorang melasak kat rumah bila ada aktiviti lain.. hee~ nanti awak try tau.. senang je..

      Delete
  4. Nanti nak try lah. Tunggu habs PKP cari barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis.. kite tunggu entri sis plak.. hee~

      Delete
  5. Uiii boleh buat ni kalau ada bahan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketua keluarga interim boleh mula pergi cari bahan ya.. hahahaha~ nanti buat lah.. ajak anak2 sama..

      Delete
  6. oooo bleh buat kek jugak eh ngan air fryer heheh kita nak beli tapi laki kata rak dah full lagipun dah ada oven ngan pressure cooker hahaha tapi kita teringin gak errrr...sedapnya burnt cheesecake,kita tak pernah try lagi risau betul2 burn je kang hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak pakai resepi yang sama tapi bakar kat oven pun boleh wak.. hee~ good luck tau !!

      Delete
  7. Akak, inverter sugar tu macam mana ye? Saya kurang faham hehe. Tq for your help

    ReplyDelete

Powered by Blogger.