CARA PENDAFTARAN DAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP SECARA ONLINE
Antara pilihan lain yang disokong oleh pihak kerajaan dengan kerjasama dari KWSP berikutan penularan wabak Covid-19, para pencarum boleh membuat pengeluaran KWSP melalui skim yang digelar i-Lestari.

i-Lestari memberi kelonggaran kepada pencarum berusia bawah 55 tahun membantu ahli KWSP meneruskan kelangsungan hidup disamping meringankan beban keperluan harian sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
Perkhabaran itu disambut baik oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang terjejas dari segi pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) berikutan kebanyakan perusahaan terpaksa membuang dan merehatkan ramai pekerja dalam satu masa bagi mengurangkan beban tanggungan syarikat.
CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP
Sama seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan, permohonan i-Lestari boleh dibuat dengan lebih mudah dan cepat dengan memohon e-Pengeluaran di i-Akaun. Nah !! Kakak kongsi step by step yang korang perlu buat dengan cara paling ringkas. Hee~

- Dapatkan ID dan Kata Laluan sementara di pejabat / kiosk KWSP berhampiran
- Layari www.kwsp.gov.my, dan Log Masuk menggunakan ID dan Kata Laluan sementara yang telah diterima melalui SMS untuk mengaktifkan akaun
- Lepas korang SETUJU, korang kena pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia korang
- Selesai je pangaktifan, korang akan terima notification BERJAYA kat skrin
- Log Masuk semula dengan maklumat akaun baharu
Tadaaa--
Dah boleh buat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.
CARA PERMOHONAN i-LESTARI KWSP
Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 01hb April 2020 melalui kaedah seperti di bawah :
- Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun ( Ahli )
- Secara e-mel yang dialamatkan kepada : ilestarimohon@epf.gov.my
- Hantaran pos terus ke alamat :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ),
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan,
46720 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
dengan catatan ( UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat.
Menurut pembacaan kakak, kalau korang nak cepat seeloknya buat permohonan secara dalam talian ( e-Pengeluaran ) dan kalau tak de pilihan, manual pun okay tapi amik masa lama sikit lah.
BACA SINI --> BANTUAN ONE-OFF UNTUK B40 DAN M40
i-LESTARI KWSP
Prosedur pengeluaran KWSP adalah seperti berikut :
- Pengeluaran maksimum RM 500.00 setiap bulan daripada AKAUN 2 sahaja
- Kelayakan bilangan bulang pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang telah diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31hb Mac 2021
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang ( recurring ) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah :
Situasi :
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan

TEMPOH PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
Pengeluaran i-Lestari berkuatkuasa mulai 01hb April 2020 hingga 31hb Mac 2021 dan pencarum boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 01hb April 2020 hingga 31hb Mac 2021.
Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31hb Mac 2021.
Mesti terfikirkan, sape je yang layak membuat permohonan i-Lestari KWSP ni. Kan ? Kan ? Hee~ Korang dikira layak kalau menepati kriteria berikut :
- Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
- Berumur bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan dalam AKAUN 2
TARIKH PENERIMAAN i-LESTARI KWSP
Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020 – manakala permohonan selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
Nah !!
Kalau korang ada pertanyaan lanjut atau tak faham pape, boleh hubungi : 03-8922 6000 atau email ke ilestari@epf.gov.my.
Kalau korang ada pertanyaan lanjut atau tak faham pape, boleh hubungi : 03-8922 6000 atau email ke ilestari@epf.gov.my.
Jaga diri, stay at home !!
LOVE ;
ATIE ADNAN
Thanks sharing memang nak buat juga ni tapi web lhdn confirm tengah sesak
ReplyDeletebetul tu.. bukan sesak sikit2 sis.. hee~ rasa nak marah je..
Deleteline tgh bz..rmi login utk apply i-lestari
ReplyDeleteye sis.. hahahaha~ kite pun jenuh menunggu sis..
Deletethank you for sharing this.
ReplyDeletemy pleasure :)
Deleterasa mcm nk keluarkan utk kegunaan masa2 terdesak ni..huhu..
ReplyDeleteye dik.. keluarkan dan simpan.. hee~ akak buat gitu lah..
Deletesaya tak pasti cukup banyak ke tidak duit dalam akaun 2 untuk pengeluaran kali ini..
ReplyDeletenak cuba juga la..
terima kash atas infonya
cuba je tuan.. mana tau tetiba ada rezeki.. hee~
Delete