CARA PENDAFTARAN DAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP SECARA ONLINE

Antara pilihan lain yang disokong oleh pihak kerajaan dengan kerjasama dari KWSP berikutan penularan wabak Covid-19, para pencarum boleh membuat pengeluaran KWSP melalui skim yang digelar i-Lestari.


iLestari KWSP

i-Lestari memberi kelonggaran kepada pencarum berusia bawah 55 tahun membantu ahli KWSP meneruskan kelangsungan hidup disamping meringankan beban keperluan harian sepanjang tempoh pandemik Covid-19.


PENGELUARAN i-LESTARI KWSP



Perkhabaran itu disambut baik oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang terjejas dari segi pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) berikutan kebanyakan perusahaan terpaksa membuang dan merehatkan ramai pekerja dalam satu masa bagi mengurangkan beban tanggungan syarikat.


CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP



Sama seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan, permohonan i-Lestari boleh dibuat dengan lebih mudah dan cepat dengan memohon e-Pengeluaran di i-Akaun. Nah !! Kakak kongsi step by step yang korang perlu buat dengan cara paling ringkas. Hee~


Bantuan Covid

  1. Dapatkan ID dan Kata Laluan sementara di pejabat / kiosk KWSP berhampiran
  2. Layari www.kwsp.gov.my, dan Log Masuk menggunakan ID dan Kata Laluan sementara yang telah diterima melalui SMS untuk mengaktifkan akaun
  3. Lepas korang SETUJU, korang kena pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia korang
  4. Selesai je pangaktifan, korang akan terima notification BERJAYA kat skrin
  5. Log Masuk semula dengan maklumat akaun baharu

Tadaaa--
Dah boleh buat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.


CARA PERMOHONAN i-LESTARI KWSP



Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 01hb April 2020 melalui kaedah seperti di bawah :

  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun ( Ahli )
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada : ilestarimohon@epf.gov.my
  3. Hantaran pos terus ke alamat :

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ),
    Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan,
    46720 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

    dengan catatan ( UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat.

Menurut pembacaan kakak, kalau korang nak cepat seeloknya buat permohonan secara dalam talian ( e-Pengeluaran ) dan kalau tak de pilihan, manual pun okay tapi amik masa lama sikit lah.





i-LESTARI KWSP



Prosedur pengeluaran KWSP adalah seperti berikut :

  1. Pengeluaran maksimum RM 500.00 setiap bulan daripada AKAUN 2 sahaja
  2. Kelayakan bilangan bulang pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang telah diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31hb Mac 2021
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang ( recurring ) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah :

Situasi :
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan

Pengeluaran i-Lestari KWSP


TEMPOH PENGELUARAN i-LESTARI KWSP



Pengeluaran i-Lestari berkuatkuasa mulai 01hb April 2020 hingga 31hb Mac 2021 dan pencarum boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 01hb April 2020 hingga 31hb Mac 2021.

Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31hb Mac 2021.

Mesti terfikirkan, sape je yang layak membuat permohonan i-Lestari KWSP ni. Kan ? Kan ? Hee~ Korang dikira layak kalau menepati kriteria berikut :

  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Berumur bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan dalam AKAUN 2

TARIKH PENERIMAAN i-LESTARI KWSP



Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020 – manakala permohonan selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Nah !!
Kalau korang ada pertanyaan lanjut atau tak faham pape, boleh hubungi : 03-8922 6000 atau email ke ilestari@epf.gov.my.

Jaga diri, stay at home !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


10 comments:

  1. Thanks sharing memang nak buat juga ni tapi web lhdn confirm tengah sesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bukan sesak sikit2 sis.. hee~ rasa nak marah je..

      Delete
  2. line tgh bz..rmi login utk apply i-lestari

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis.. hahahaha~ kite pun jenuh menunggu sis..

      Delete
  3. thank you for sharing this.

    ReplyDelete
  4. rasa mcm nk keluarkan utk kegunaan masa2 terdesak ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dik.. keluarkan dan simpan.. hee~ akak buat gitu lah..

      Delete
  5. saya tak pasti cukup banyak ke tidak duit dalam akaun 2 untuk pengeluaran kali ini..

    nak cuba juga la..

    terima kash atas infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba je tuan.. mana tau tetiba ada rezeki.. hee~

      Delete

Powered by Blogger.