KESALAHAN JALANRAYA PALING POPULAR MENJELANG AIDILFITRI

Paling popular time nak dekat raya nih.. Ha.. Ye la.. Surat saman la.. Ape lagik kan ? Hee~ 


So, kakak shout out kesalah paling popular menjelang Aidilfitri.. Bukan tahun nih jek.. Tahun lepas-lepas dan tahun mendatang pun sama jek corak kesalalahnye.. Pakcik-pakcik JPJ memang sukalah gini.. Hee~

1 : PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT
  • tak kiralah telefon pintar ke, tak berapa nak pintar ke.. tapi itu telefon.. korang ? mohon jadik orang yang pintar.. JANGAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT KETIKA MEMANDU..
  • nak call awek ke, penghantar gas ke, supplier lemang ke, bina kubu COC ke.. mohon berhenti dulu.. ye..



2 : MEMOTONG KENDERAAN LAIN
  • kalau kat jalan raya tu korang jek yang ade kereta, tak kisah la nak pecut cemana pun.. tapi kenyataanye adalah TAK.. ramai pengguna lain yang menggunakan kemudahan yang sama.. maka TOLAK ANSUR..
  • kalau nak memotong, masuklah ke lane KIRI.. jangan main suka suka mak kau hijau nak potong belah mana yang korang nak.. tak bagus untuk kesihatan ya.. lagi-lagi kesihatan HATI..


3 : LANGGAR LAMPU ISYARAT
  • lampu dah kuning, lagi korang tekan minyak.. nak gak buat buat lepas 'sebelum' lampu merah..
  • tsk.. korang fikir korang bawak kereta lumba ? haa.. jangan dibiasakan.. selfish namanya tu.. kalau tak de pape, tak pe.. buat nya kenderaan lain dah standby nak pecut gak, tak naya ?




4 : GARISAN BERKEMBAR
  • ibarat kembar la kan, mana boleh nak potong-potong.. haa.. kat situ jek kalau tak belajar pun boleh tahu.. kan ? kan ?
  • jangan mencilok mana-mana simpang, kenderaan, keadaan bila anda lalu kat garisan berkembar.. faham dok ?



5 : TALI PINGGANG KELEDAR
  • ini selalu kakak jumpa.. liat nau nak pakai seat belt tu.. apsal tah.. 
  • pakailah.. orang cipta seat belt tu bukan sesuka.. ade sebab.. maka.. gunalah dengan perihatin.. tak payah nak jadikkan seat belt tu sebagai hiasan di laman rindu.. tak jumpa sebab musabab yang berbaloinya ia..



6 : LORONG KECEMASAN
  • lorong kecemasan adalah untuk KECEMASAN sahaja.. faham tak SAHAJA tu ?
  • jangan salah guna.. bahagian kita sok sok tak tau lagi cemana.. kan ?



7 : TOPI KELEDAR
  • wah !! nak ambil angin sangatkan ? haa.. tau tak ape bahaya yang menunggu kat depan sana nun ? tak tau kan ? kalau tak tau.. UTAMAKAN KESELAMATAN.. tak payah nak tunjuk kepala tu keras kebal sangat.. 



Kalau rasa berduit sangat, langgarlah peraturan.. Hee~ Orang cipta peraturan untuk kita ikut, bukan untuk dilanggar.. Korang bukan macam Todak ye.. Syok syok langgar Singapura.. Hahaha~ Kita ni pun tak cukup kebal, badan kita bukan dari besi pun..

Sayangilah orang yang menyayangi anda.. 

Pandu cermat ; Jiwa selamat..

LOVE ;


No comments:

Powered by Blogger.