BERTAHUN MENANGGUNG SAKIT GASTRIK, RUPANYA DAH ADA PENAWAR

siapa pesakit gastrik memang tau la betapa sengsaranya lahai nak menghadapi hari hari yang panjang.. tapi terpaksa.. kan ? kakak sendiri pesakit gastrik dan ada seorang adik ipar yang menghidapi masalah yang sama jugak.. yang bernasib baik nya, kakak sendiri tak sedar bila masa gastrik kakak elok dan adik ipar kakak masih bergelut dengan treatment..

ada sesetengah pesakit gastrik sampai pedih ulu hati, muntah kuning kadang-kadang tinggal air jek, sakit kepala jangan cerita la.. memang tak tahan.. masa tu pertolongan dari mana-mana pihak dah tak bermakna lagi dah.. hee~

walaupun kakak memang dah sembuh sepenuhnya dari masalah gastrik ni, tak bermakna kakak boleh makan sambil lewa dan tak ikut jadual.. haa.. sejarah lama membuatkan kakak lebih berhati-hati dan lebih memilih makanan.. waktu pengambilan makanan pun kakak jaga.. paling tak setiap pagi mesti kakak minum segelas ESP Shaklee kalau betul betul tak sempat.. takut nanti jadi lagi dan pula masa nih badan dah tak berapa kuat.. ye la.. dah masuk 30 tahun kot.. masa untuk recover segala sel sel badan yang dah dirosakkan..

secara umumnya, gastrik susah untuk ditangani secara menyeluruh kerana pesakit mungkin akan terus bergantung kepada "punca" berlakunya gastrik ni..

antara faktor penyebab gastrik adalah seperti :

1 : MAKANAN PEDAS
  • orang yang gemar makan pedas lebih terdedah untuk menghidap gastrik kerana tahap kepedasan itulah yang meransang rembesan jus gastrik asid di dalam perut.. 
2 : MAKANAN / MINUMAN MASAM
  • sama macam makanan pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik.. bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis..
3 : MAKANAN BERGORENG / BERMINYAK
  • makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih susah untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang.. 
4 : MEROKOK
  • beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia di dalam rokok itu boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik.. merokok boleh merangsang saraf otak yang memberi rasa 'high', maka ia turut boleh merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.. 
5 : KAFIEN
  • kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif.. satu atau dua gelas sehari tak pe, tapi kalau dah minum kopi dan teh macam minum air masak, korang memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik..  
6 : TEKANAN EMOSI
  • cara hidup moden adalah penuh dengan macam-macam tekanan dan tekanan emosi akan mengganggu sistem hormon dan saraf di dalam badan yang akan menyebabkan macam-macam penyakit moden dalam jangka masa yang panjang dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya.. 
kajian ada menunjukkan faktor utama masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut.. bakteria H. Pylori secara tidak langsung menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulser perut.. kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini turut boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut.. 

kebiasaan untuk pesakit gastrik, apabila berjumpa dengan doktor, mereka akan dibekalkan dengan ubat seperti :

1 : ANTASID
  • diperbuat dari garam karbonat atau hidroksida yang berfungsi sebagai penebat asid gastrik sementara yang menghalang asid refluks daripada mengalir ke dalam tiub esofagus yang menyebabkan rasa hati terbakar ( heart burn ).. 
  • ubat jenis ini boleh memberi kelegaan yang segera, tetapi anda dinasihat supaya jangan terlalu bergantung kepada ubat jenis ini kerana ia mengandungi macam-macam bahan kimia sintetik yang susah untuk dihadam oleh badan.. 
  • cuba bayangkan apa akan terjadi kalau korang telan benda yang sama seperti chewing gum setiap hari ??
2 : PROTON PUMP INHIBITOR


  • ubat jenis ini bertindak dengan merencatkan sel-sel perut yang merembeskan jus asid gastrik.. masalahnya adalah jika tak de jus gastrik yang cukup untuk pencernaan, makanan yang dimakan itu akan reput dan bukannya dicerna di dalam usus..
  • apabila bahan yang tidak sempurna dicerna atau toksik reputan diserap ke dalam saluran darah, ia akan menyebabkan darah menjadi semakin kotor dan pekat yang turut akan menyebabkan macam-macam penyakit sampingan yang lain..
3 : PPI ANTIBIOTIK
  • ubat ini digunakan adalah untuk membunuh bakteria H. Pylori yang tersembunyi di dalam dasar dinding perut.. malangnya, antibiotik am ( broad spectrum antibiotics ) yang digunakan bukannya khas dalam membunuh H. Pylori..
  • ia mungkin boleh bunuh segelintir koloni H. Pylori tetapi ia bunuh lebih banyak bakteria baik yang penting dalam membantu pencernaan badan.. kajian terbaru turut menunjukkan spesies H. Pylori yang baru sudah mempunyai rintangan terhadap antibiotik am tersebut..
pernah tak korang tertanya kenapa makin ramai yang menghidapi penyakit moden seperti kencing manis, darah tinggi dan mati akibat kanser ? tetapi penyakit yang dinyatakan jarang didengar pada zaman dahulu.. hee~ penyakit mudah menyerang bila kita semakin rasa mudah dan selesa dan tidak mementingkan kesihatan.. kalau nak cakap pasal makan, ikut sedap anak tekak jek..

jom kita layan video pesakit gastrik yang telah berjaya menyingkirkan gastrik.. beliau menanggung penderitaan gastrik selama 10 tahun tau.. hee~ tak payah dah nak tertonggeng-tonggeng menahan sakit bila rembesan asid gastrik berlaku..

IA BERKESAN 100 % SECARA SEMULAJADI !!


lebih 10 tahun berperang dengan kesakitan tapi selesai dengan SET BERPANTANG SHAKLEE ( ESP + OSTEMATRIX + PEPPERMINT GINGER PLUS ).. hee~ ajaib pon ade.. ade plak set berpantang boleh rawat masalah gastrik..

ye.. tapi itu lah realiti.. nah !! bawah nih kakak share SET GASTRIK yang korang boleh amalkan untuk merawat masalah gastrik kronik korang..


ESP SHAKLEE

  • mengurangkan keasidan dlaam perut yang disebabkan oleh jus gastrik.. ESP nih bersifat alkali dan bercampur pulak dengan asid perut ianya mengurangkan hakisan pada dinding perut..
  • 20 zat asid amino dalam ESP membantu untuk membina sel dan tisu baru untuk dinding perut..

OSTEMATRIX SHAKLEE

  • kaya dengan kalsium dan juda bersifat alkali, sama macam ESP yang mengurangkan tahap keasidan dalam perut..
  • sebab tu kalau gastrik, kita kena minum susu untuk meneutralkan asid dalam perut..

PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

  • membantu proses pencernaan dengan meransang pengaliran cecair semulajadi..
  • kandungan bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis memberi rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut..

B COMPLEX SHAKLEE

  • pesakit gastrik selalu bergantung pada ubat tahan sakit untuk redakan kesakitan.. kan ? dan kalau korang nak tau, pengambilan ubat dalam tempoh yang lama akan menyebabkan kesan sampingan.. haa.. alternatifnya.. bertukar kepada B COMPLEX untuk mengawal stress disamping melegakan kesakitan..

BERAPA HARGA SET GASTRIK SHAKLEE ?

jom kita cek harga loose item untuk set nih..
1 : ESP - RM 150.00
2 : OSTEMATRIX - RM 61.00
3 : PEPPERMINT GINGER PLUS - RM 45.00
4 : B COMPLEX - RM 54.00

ini harga runcit tau.. hee~ kalau korang nak dapat lebih nilai dan penjimatan untuk beg duit korang, jadi ahli dan korang dapat jimat lebih dari ni.. kalau yang nih dah murah, jadi ahli dapat harga jauh lebih murah tau..

jangan lupa contact kakak kat whatsapp : 017 309 1865


9 comments:

  1. makan pedas tu mmg betul punca gastrik.. tq atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dik.. nak makan pedas boleh tapi bukan selalu la.. hee~

      Delete
  2. e'in pun ade gastrik.. tp skrg alhamdulillah hilang dh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. jaga pemakanan ye dik.. hee~

      Delete
  3. Ekin pun ada gastrik lama dah hilang ni jadi balik biasa makan sambal or pedas kuat sangat kut.. Kadang masak kat suami kita terliur hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. elakkan la kin makan pedas2 tu.. hee~ nanti ulser tu makin koyak plak.. lagi satu hal..

      Delete
  4. Kalau saya ada sirosis hati child C sesuai tak produk ni

    ReplyDelete
  5. Kalau saya ada sirosis hati child C sesuai tak produk ni

    ReplyDelete
  6. Saya dah minum 2 set esp shaklee, tapi masih lagi diserang gastrik... Berapa set kah pengambilan agar gastrik sembuh sepenuhnya?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.