IBADAH KORBAN 1438 HIJRAH SIMBOLIK DIRI INI MERDEKA !!

alhamdulillah.. untuk tahun ke - 8 kakak bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Mohd. Nur Hilmi bin Remali, dan kami belum ter--miss satu kali pun menunaikan ibadah korban setiap kali menjelang Aidiladha.. hee~ untuk tahun ni, giliran nama kakak ** tahun sebelumnya nama encik suami dan tahun depan adalah untuk Nur Aiman dan tahun berikutnya, Nur Aina.. in shaa Allah ** niatnya biarlah ibadah ini menjadi rutin sehingga kami dijemput Dia..


IBADAH KORBAN

Firman Allah SWT :
“maka tatkala anak itu sampai ( pada umur sanggup ) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : "hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.. maka fikirkanlah apa pendapatmu !" ia menjawab : "hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu ; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.. tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis ( nya ), ( nyatalah kesabaran keduanya ).. dan Kami panggillah dia : "hai Ibrahim.. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.. sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.. dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar..” ( surah al-Saffat 37 : 102-107 )



HUKUM MELAKUKAN IBADAH KORBAN

1 : menurut Imam Syafie, hukum melakukan ibadah korban adalah sunat Muakkad iaitu dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, baligh, berakal serta berkemampuan untuk melakukannya baik sedang mengerjakan haji ataupun tidak, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup..

2 : Makhruh meninggalkan ibadah korban ini bagi mereka yang mampu melakukannya..

3 : hukum korban ini menjadi wajib bila seseorang itu telah bernazar untuk melakukannya atau telah membuat penentuan ( at-ta'yin ) untuk melaksanakannya.. misalnya seseorang berkata "lembu ini aku jadikan korban.." jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.. daging korban nazar tidak boleh dimakan oleh yang empunya korban dan tanggungannya..

( sumber : Akidah Islam )






disebabkan kakak sibuk kat dalam rumah, maka.. kakak training Nur Aiman untuk menjadi photographer walaupun sekadar menggunakan telefon pintar.. jadi.. ini adalah view fokus dari sisi Nur Aiman.. hahaha~ masa kakak dok pilih gambar, kakak dah mula percaya..


"gambar menceritakan segalanya.."


walaupun tak tau nak pilih gambar yang mana sebab banyak nau gambar close up.. hee~ kira okay la ni.. ada kenangan.. kan ? keep it up Nur Aiman.. nanti kita belajar main DSLR plak ye..

siapa yang MERDEKA sama macam kakak ? hee~ sepsket !!

8 comments:

  1. Mula2 confius dengan kakak tu... hihi... rupanya Atie ye... Alhamdulillah, moga Allah berikan Atie rezeki atas kebaikkan yang Atie dah buat... InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ atie le tu.. sebab awal dulu guna gelaran SAYA tapi macam kekok plak sebab jarang betul nak ber SAYA - AWAK ni.. lepas tu terjebak buat entri pasal Shaklee, jadi menggunakan gelaran KAKAK sedikit sesuai.. macam garang sket gittew--

      atie aamin kan doa itu ya.. aamiin.. semoga Dia terima.. in shaa Allah..

      Delete
  2. Alhamdulillah.. berkurban demi mensyukuri anugerah Illahi. Salam Aidiladha buat Aite sekeluarga.. err daging dah masak? ke buat sup? hehee.. salam berblogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ terima kasih abg KK sudi singgah.. dah buat sup dah.. semalam buat masak kicap.. sedap..

      Delete
  3. Alhamdulillah semoga ibadah Qurban itu diterima olehNYA.

    Eh! samalah Mrs. A pun buat daging Qurban masak kicap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ memang dah jadik pilihan utama tu.. daging korban masak kicap.. sedap..

      Delete
  4. salam aidiladha..amboi byk tulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ tulang tu kami buat sup.. sedap..

      Delete

Powered by Blogger.