BUTIK HAQQI ; PUSAT SEHENTI KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH

penat menapak dari satu butik ke satu butik untuk melengkapkan persiapan untuk menunaikan haji dan umrah ? kadang-kadang tu sehari suntuk berjalan sampai lenguh kaki dibuatnya.. sedangkan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah lebih banyak tenaga yang perlu digunakan.. haa.. apa kata singgah saja di Butik Haqqi yang mempunyai perincian lengkap dari sekecil-kecil losyen sehinggalah ke pakaian ihram..

butik_haqqi_shah_alam

kenapa nak kena membazir masa dan tenaga untuk mendapatkan setiap keperluan dan kelengkapan sedangkan semuanya tersedia di bawah satu bumbung.. jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit.. hee~


PORTAL HAQQI


kalau korang nak tau, Butik Haqqi juga ada lamanweb yang telah dilancarkan pada 11 Januari 2017 merupakan portal membeli belah secara online untuk kelengkapan haji dan umrah yang terbesar di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke lokasi pembeli.. ya !! lebih mudah dengan menggunakan telefon bimbit, tablet mahupun komputer di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa..

laman_web_haqqi

menjadi hab kelengkapan haji dan umrah yang terbesar di Malaysia dengan tujuan memudahkan bakal jemaah haji dan umrah lebih mudah untuk memperolehi barangan keperluan melalui hab ini dengan harga pastinya mampu milik dan lebih rendah berbanding harga di luar..

keperluan_umrah_dan_haji


tak puas kalau tak membelek sendiri jenis kain ? haa.. 


BUTIK HAQQI


apa kata ambil masa untuk singgah ke Butik Haqqi yang terletak di Shah Alam, Bangi Sentral, Taman Tun Dr Ismail ( TTDI ) dan juga Terengganu.. masih mengekalkan konsep dan barangan yang sama seperti di portal, Butik Haqqi menawarkan keperluan asas haji dan umrah seperti ihram, kitab dan buku panduan mengerjakan ibadah bagi memudahkan pengguna.. 

butik_kelengkapan_haji_dan_umrah_selangor

ada 14 jenama terkenal seperti IzzuExclusive, al Mukarramah, Zareeth Zehra, Medisole, Zulhijjah, Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff dan An-Najwa telah menjalinkan kerjasama bersama Butik Haqqi bagi memberi kepelbagaian dan kepuasan membeli-belah kepada pelanggan.. nah !! bukan jek boleh beli telekung dan kain ihram sebaliknya baju kurung dan jubah berfesyen pun ada.. kalau korang nak cari baju raya kat Butik Haqqi pun boleh.. hee~ yang penting, tetap manis dan sopan bertutup litup..

kelengkapan_haji_dan_umrah_selangor

butik yang luas dan selesa dengan penghawa dingin pastinya membuatkan aktiviti memilih lebih seronok.. hee~ ye la.. nak duduk ada bangku, penat berdiri boleh duduk, dengan layanan VVIP pastinya rasa nak datang lagi tu ada..

antara yang menjadi pilihan di Butik Haqqi :

1. PAKAIAN LELAKI

  • jubah | kurta | baju melayu | kemeja | seluar | pakaian ihram
  • songkok | ketayap
  • kasut | sarung kaki

2. PAKAIAN WANITA


  • jubah | blouse | baju kurung | seluar | telekung
  • tudung | khimar | anak tudung
  • kasut | sarung kaki | sarung tangan

3. KELENGKAPAN PENJAGAAN DIRI



telekung_murah_dan_berkualiti

bagi yang dah lama tak menggantikan telekung, inilah masa yang sesuai !! banyak sangat koleksi telekung yang ada di Butik Haqqi ni.. dari warna putih sehinggalah ke warna pastel yang sangat menawan.. dari renda halus sehinggalah ke renda berwarna warni yang menjadi penyeri..

telekung_murah_selangor

kakak memang tak tengok jubah ke, tudung ke sebab kakak lebih tertarik dengan koleksi telekung dorang ni.. hahahah~ kat tempat lain tak de weyh.. dan kalau ada pun, satu jenama tu la tapi mahal yakmat.. memang kakak yang hidup sebagai rakyat marhaen ni tak mampu la.. haa.. tak macam kat Butik Haqqi ni !! dengan harga serendah RM 35.00, korang boleh dapat sepasang telekung yang sangat cantik dan berkualiti..

butik_kelengkapan_haji_dan_umrah

belek punya belek, kan dah berjaya memiliki sepasang untuk diri sendiri.. hee~ kakak tetap pilih kain kapas yang sesuai untuk dipakai dalam apa jua keadaan.. Malaysia kan ada pelbagai musim, kira ni langkah paling selamat untuk kakak la ni.. hee~

kalau kakak yang macam ni pun boleh rambang mata, apatah korang yang kaki shopping tu.. jom singgah di outlet Butik Haqqi..

lokasi_butik_haqqi

jauhhhhhhhhhhhhh ?
tak pe.. buat jek pembelian secara online melalui portal HAQQI..


blogger_malaysia

No comments:

Powered by Blogger.