PENGHANTARAN BUNGA SEGAR SETIAP HARI UNTUK YANG TERSAYANG DARI FLOWER CHIMP

wah !! sebagai peminat bunga, kakak sangat teruja bila dapat tau ada perkhidmatan penghantaran segar setiap hari dari penggubah bunga terkenal di Malaysia ni dan Flower Chimp juga menawarkan harga serendah RM 89.00 jekkkkk--

surprise_delivery_kuala_lumpur

dengan kepesatan industri e-dagang sekarang ni, perkhidmatan penghantaran bunga pun jadi lebih mudah dan lebih efisyen.. kalau dulu kena walk in kedai-kedai untuk pilih jambangan bunga yang berkenan di hati, tapi sekarang ni semua dipermudahkan – semuanya dihujung jariiiiiii..


FLOWER CHIMP MALAYSIA


daripada pemilihan bunga sehinggalah bagaimana anda mahu ianya dibentuk hanya melalui katalog di laman web yang telah disediakan.. wah !! sangat membantu kan ? hee~ ye.. dek kesibukan sehari-hari dengan urusan kerja dan tanggungjawab sehingga terlupa untuk mempersiapkan tanda ingatan buat yang tersayang..

kini !!

promosi_surprise_planner_kuala_lumpur
Flower Chimp selalu buat promosi !!
Flower Chimp mempermudahkan urusan korang !! ye la.. pelbagai sambutan hari peringatan seperti Hari Kekasih, Hari Ibu, ulangtahun perkahwinan dan tanda ingatan sempena harijadi ; mana boleh buat-buat lupa kan ? dengan menawarkan harga serendah RM 89.00, Flower Chimp membuat penghantaran ke seluruh negara yang meliputi 80 daerah termasuk Sabah dan Sarawak !! maksudnya !! hampir seluruh negara !!


KLIK SINI –> RATU BUNGA SEGALA BUNGA


risau terlupa lagi ?

eh !! schedule kan penghantaran korang dan nikmati penghantaran secara PERCUMA tanpa pembelian minimum.. kiranya kalau korang beli satu bouquet pun tetap lah FREE penghantaran.. tapi kena semak lah lokasi penghantaran ke mana tau..

surprise_delivery_murah_kuala_lumpur_selangor

promosi_flower_chimp
klik gambar untuk tengok benda BEST !!

“walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, 
Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri.. 
dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam 
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan 
Flipina dengan rekod pertumbuhan lima kali ganda berbanding tahun lepas..”

- Maximilian Lotz ; Pengasas Flower Chimp


flower_chimp

berikutan prestasi yang memberansangkan dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group ( AVG ), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran yang unik..


"kami mensasarkan perkembangan rangkaian kami di Singapura menjelang
pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara termasuklah Vietnam,
Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019.."


Lotz dan rakan kongsi beliau, Niklas Frassa berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina disamping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memberi manfaat kepada pelanggan dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara lansung bagi setiap pesanan..


“dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara 
berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan 
kami yang mencari sesuatu bersesuaian dengan keperluan mereka.. dengan kuasa pemasaran 
dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan 
menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak 
mengendalikan perkata berkaitan teknologi..”

- Niklas Frassa ; Ketua Pegawai Operasi


Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran PERCUMA membuatkan lonjakan permintaan semakin hari semakin positif.. pelbagai penyelidikan dan pembangunan perniagaan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga kepada pasaran yang semakin berkembang dan target mereka adalah memonopoli Asia Tenggara dengan BUNGA.. hee~



cool kan ?


DISEBALIK FLOWER CHIMP


siapa kata wanita jek suka ‘main’ dengan bunga ? haa.. jangan tak tau disebalik Flower Chimp, ada lelaki yang bekerja keras bagi menjayakan setiap misi memuaskan hati pelanggan..

flower_chimp_founder


MAXIMILIAN LOTZ – KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FLOWER CHIMP

beliau mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam industri e-dagang menerusi penglibatan dalam perniagaan alat bantu pendengaran ; hear.com bertanggungjawab memonopoli kesemua aspek perniagaan Flower Chimp.. berpengalaman luas dalam bidang pelaburan perbankan dan permodalan.. berkelulusan B. Sc. dalam Pentadbiran Perniagaan dari Maastricht University ( Belanda ) dan Bocconi University Milan ( Itali ) membuatkan Flower Chimp berdiri gah dengan enam negara jajahan..


NIKLAS FRASSA – KETUA PEGAWAI OPERASI FLOWER CHIMP

berlatar belakang dalam perundingan pengurusan yang berperanan bertindak sebagai pemimpin projek untuk firma perundingan pengurusan terkemuka di Jerman, Niklas bertanggungjawab mengawasi segala operasi Flower Chimp di seluruh dunia.. berpengalaman dalam e-dagang di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan syarikat terkemuka iaitu Zalora.. berkelulusan M. SC. ( CEMS ) dalam Pengurusan Antarabangsa dari Sekolah Pengurusan Rotterdam ( Belanda ) dan B. SC. dari WHU – SEkolah Pengurusan Otto Beisheim ( Jerman )..

flower_arrangement_for_business

meletakkan penanda aras baharu dalam bidang perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, mereka yakin mampu menakluki Singapura dan negara Asia Tenggara yang lain selepas Malaysia, Indonesia dan Filipina..

untuk memudahkan korang, kakak sediakan link kat bawah ni.. hee~ mana la tau kan korang nak standby..


blogger_malaysia

1 comment:

Powered by Blogger.