PRESTASI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT – MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( PPZ-MAIWP ) UNTUK TAHUN 2018
Mengambil tanggungjawab untuk menyerahkan hak pada setiap dari mereka yang layak menerima zakat, sekali lagi PPZ-MAIWP berjaya mencapai sasaran lebih dari jangkaan pada kutipan keseluruhan tahun 2018 yang lepas.

Pengumuman secara lansung diadakan baru-baru ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya telah dilakukan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Agama ) ; Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof, turut ditemani oleh Pengerusi MAIWP ; Dato’ Sri Syed Hussein Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP ; Tuan Hj. Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP ; Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Telah memegang amanah, PPZ-MAIWP merupakan institusi zakat yang menguruskan kutipan zakat manakala Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) dan Baitulmal – MAIWP akan membuat agihan secara lansung mahupun tidak lansung.
REKOD KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP 2018
| Bil | Perkara | 2017 ( RM ) | 2018 ( RM ) | Kenaikan 2017 / 2018 | 
| 1 | Kutipan Zakat | 615,199,108.06 | 651,228,032.94 | + 6% | 
| Bil | Perkara | 2017 | 2018 | Kenaikan 2017 / 2018 | 
| 1 | Jumlah Orang Membayar Zakat | 169,372 | 180,958 | + 7% | 
Melalui 28 skim bantuan zakat yang telah disediakan untuk membantu lapan golongan asnaf termasuklah mereka yang fakir, miskin, muallaf dan al-gharimin dengan keperluan sehari-hari seperti keperluan asasi, perumahan, Pendidikan, perniagaan dan kebajikan yang dipergiatkan sepanjang tahun tanpa henti.
BACA SINI --> GOLONGAN LAYAK TERIMA ZAKAT
Kesemua kutipan zakat yang diterima akan diagihkan seperti berikut :
-      bantuan kewangan bulanan
-      bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa
-      bantuan pelajaran kepada anak-anak
-      bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
-      bantuan perniagaan sekiranya mereka menjalankan perniagaan kecil-kecil
Manakala bagi menjamin kelansungan Pendidikan untuk semua pihak, Baitulmal juga menyediakan kemudahan seperti :
-      Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri
-      Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz ( SMISTA )di Bandar Tun Razak
-      SMA – MAIWP di Labuan
-      Institut Kemahiran Baitulmal ( IKB ) di Kampung Pandan
-      Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
-      Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
-      Darul Ilmi di Sungai Penchala
-      Pondok Model al-A’Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak
-      Ma’alim al-Sunan Lidirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah
|  | 
| Darul Ilmi merupakan sebuah pusat pengajian agama Islam berkonsepkan pondok moden yang dibuka oleh MAIWP | sumber : MAIWP | 
Bagi institusi perlindungan dan kebajikan seperti :
-      Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak
-        khusus untuk anak-anak yatim
-      Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh
-        khusus untuk pemulihan akhlak wanita yang pernah terjebak dengan gejala sosial
-      Darul Hidayah
-        perlindungan untuk muallaf
PERANCANGAN PPZ-MAIWP UNTUK TAHUN 2019
Sesuai dengan slogan PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat – sasaran mereka pada tahun 2019 untuk mengutip bayaran zakat lebih dari tahun-tahun sebelumnya untuk membantu lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Dengan itu, PPZ-MAIWP telah menyusun beberapa perancangan aktiviti sepanjang tahun 2019 :
-      mengadakan program-program untuk mendekatkan PPZ-MAIWP dengan pembayar baharu
-      memperluaskan Kempen Potongan Gaji
-      mempergiatkan kempen bersama VVIP dan VIP di sector awam dan swasta
-      menjalankan program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan
-      menambahbaik program khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada
-      menaiktaraf pembangunan sistem baharu untuk menyokong kutipan zakat
-      melantik ejen kutipan zakat baharu di university
-      meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat
-      mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat ( wakalah )
-      merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan
-      mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan
-      menambahbaik saluran bayaran zakat
-      penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat
-      berkempen di syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan
-      kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat
-      pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran yang berkesan
-      kempen Skim Thohir di sector awam
-      kolaborasi bersama pihak luar
-      program-program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan
PERMOHONAN ZAKAT DI BAITULMAL – MAIWP
Walaupun Baitulmal-MAIWP mempunyai Skuad Jejak Asnaf yang bertujuan untuk menjejaki golongan asnaf kalau-kalau ada yang tercicir atau terlepas pandang keperluan korang, mungkin korang boleh terus ke Pusat Agihan Zakat ( PAZA ) yang telah dibuka di Sembilan lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan juga Labuan.
KLIK SINI –> LOKASI OPERASI PUSAT AGIHAN ZAKAT

KLIK SINI --> KALKULATOR ZAKAT
Selain itu, jikalau ada pertanyaan berkaitan bayaran, mungkin link kat bawah ni memberi manfaat buat kalian.
LAMAN WEB : http://www.zakat.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/myzakat
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/pusatpungutanzakat
TWITTER : https://twitter.com/ppzwp
LOVE ;
ATIE ADNAN
 
Salam singgah :)
ReplyDeleteJemput join GA saya ya!
https://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html