JALINAN KERJASAMA STRATEGIK RMHC MALAYSIA DAN KELAB LIONS ANTARABANGSA UNTUK KESEDARAN KANSER KANAK-KANAK

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan Kelab Lions Antarabangsa telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) baru-baru ini bagi mewujudkan inisiatif Kesedaran Kanser Kanak-kanak bertempat di Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM.

Malaysian Blogger

Jalinan kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua pihak berganding bahu memberi manfaat kepada keluarga pesakit pediatrik yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Kuala Lumpur. Ini termasuklah keluarga pesakit kanak-kanak yang menghidap kanser.


LIONS WONDERLAND



Kelab Lions Antarabangsa telah menyumbang dana lebih RM 150,000.00 bertujuan untuk menaiktaraf Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM dan dana ini merupakan dana terkumpul hasil dari sumbangan pelbagai pihak sejak bulan Oktober yang lepas. Antara kerja-kerja naik taraf yang dilakukan di Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM sejak dua bulan lalu termasuklah membaiki bumbung dan longkang air hujan serta menambah baik kawasan aktiviti luar. Ini termasuklah memperindah landskap taman permainan kanak-kanak, dengan memperbaharui dan menambah jumlah alat permainannya.

Kerjasama ini akan berlangsung dalam tempoh tiga tahun, Kelab Lions Antarabangsa akan memastikan taman permainan kanak-kanak di rumah ini dijaga dengan baik sekaligus menjadikan Lions Wonderland sebagai ‘taman angkat’ di Rumah Ronald McDonald (HCTM-UKM).

Ini secara tidak langsung membolehkan keluarga pesakit pediatrik yang dirawat di HCTM-UKM termasuk pesakit kanser kanak-kanak menikmati pelbagai kemudahan yang lebih selesa dari sebelumnya.

Kelab Lions Antarabangsa merupakan sebuah organisasi perkhidmatan terbesar di dunia dengan jumlah keahlian seramai 1.4 juta yang merlibatkan 46,000 kelab di lebih 200 negara dan kawasan geografik diseluruh dunia. Dengan moto “We Serve”, Kelab Lions Antarabangsa telah menjalankan perkhidmatan global yang melibatkan lima bidang keperluan iaitu :

  • Diabetes
  • Alam Sekitar
  • Kebuluran
  • Penglihatan
  • Kanser Kanak-kanak

Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Turut memeriahkan majlis, YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut memuji inisiatif yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia dan Kelab Lions Antarabangsa sekaligus menggalakkan lebih ramai pihak di luar sana tampil bagi melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Rumah Ronald McDonald yang terletak di HCTM-UKM merupakan salah satu program teras RMHC Malaysia yang menyediakan kemudahan penginapan sementara untuk keluarga pesakit pediatrik di hospital tersebut.

Kami amat memahami saat-saat sukar yang perlu dihadapi mereka dan besarlah harapan kami agar jalinan kerjasama dengan RMHC Malaysia secara langsung membuka mata ramai pihak di luar sana tentang kanser di kalangan kanak-kanak. " - Dato’ Javern Lim Chong Hee, Gabenor Daerah, Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308B1 Malaysia

Sehingga ke hari ini, HCTM-UKM telah menerima lebih 20,000 kes pediatrik pada setiap tahun dan bagi tahun 2019 sahaja, HCTM-UKM menerima lebih 900 kes yang melibatkan kanak-kanak menghidapi kanser.


Lions Wonderland
Rumah Ronald McDonalds

Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM telah memberi manfaat kepada lebih 1,500 buah keluarga khususnya mereka yang berpendapatan rendah yang mana anak mereka perlu menjalani rawatan di HCTM-UKM dalam tempoh yang lama.

RMHC Malaysia komited mewujudkan impak positif kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan di Malaysia melalui pelbagai program utama yang dilaksanakan. Kerjasama strategik dengan Kelab Lions Antarabangsa mampu memberi manfaat yang lebih baik kepada mereka yang menggunakan kemudahan Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM.” - Azmir Jaafar, Presiden, RMHC Malaysia

Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM telah pun berusia 20 tahun dan merupakan yang pertama seumpamanya di ASEAN yang bertujuan meringankan beban keluarga pesakit. Sehingga kini terdapat dua buah rumah Ronald McDonald di Malaysia - Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan.




Dijangka Rumah Ronald McDonald ketiga dijangka akan dibuka pada pertengahan tahun di Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Kuala Lumpur.


1 comment:

Powered by Blogger.