RESEPI SIAKAP TIGA RASA CAMPAK-CAMPAK, SIAP !!

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) ni memang kerja kakak keluar masuk dapur je dengan pelbagai jenis masakan try and error dan salah satunya ni lah – Siakap Tiga Rasa Campak-Campak Siap !!


Siakap Sweet Sour Recipe

Pada awalnya kakak tak tau lah sedap ke tidak sebab kakak memang tak pandai masak tapi lepas siap je, tak sangka plak – PEHHHHHH dia memang lain macam sampai semua makan bertambah. Menyesal plak buat sekor je.


SIAKAP TIGA RASA



Kakak tak pandai lah nak ikut sukatan beriya jadi memang tips kakak adalah masak campak-campak sampai rasa kena kat tekak. Disebabkan tak boleh keluar, kakak pakai je bahan yang ada kat rumah.


Cara Paling Mudah Masak Siakap Tiga Rasa

Nah !!
Bahan-bahan yang kakak guna dan cara kakak masak. Hee~

  • Sekor ikan siakap ( Dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit )
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia muda
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar
  • Tomato
  • Bunga kobis
  • Jagung muda
  • Lobak merah
  • Sos tiram
  • Cili kering kisar
  • Cili api
  • Serbuk perasa
  • Perahan lemon
  • Gula perang
  • Minyak masak untuk menumis dan menggoreng

Resepi Langkah Demi Langkah Masak Siakap Tiga Rasa

Cara-cara buat kuah yang tiga rasa tu gile ah punya senang gais. Hahahaha~ Disebabkan kakak sekeluarga adalah peminat masakan pedas, memang extra cili api lah kakak letak – tapi kalau korang tak makan pedas, mungkin boleh skip part cili api ataupun gantikan cili kering kisar dengan cili sos, janji kaler dia merah merah gittew--

  • Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih sampai naik bau kemudian masukkan cili kering kisar dan tunggu sampai pecah minyak.

  • Dah ? Hee~ Kemudian masukkan halia muda yang dah dihiris, serai dan daun limau purut sampai naik bau – serius masa ni memang bau wangi gais. Semerbak !!

  • Dah ? Sekarang boleh masukkan sos tiram dan sedikit air supaya berkuah. Biar sampai menggelegak lah gitu.

  • Dah ? Masukkan segala sayur mayur pilihan korang dan kakak memilih untuk menggunakan tomato, lobak merah, pucuk jagung muda dan bunga kobis – sebenarnya ada je nanas dalam tin tu tapi kakak lupa. Dah siap masak waktu mengemas dapur baru perasan nanas tu tak berusik – frust jap !!

  • Dah ? Sekarang boleh masukkan serbuk perasa dan pilihan kakak memang dari dulu adalah Maggi Cukup Rasa sebab kakak tak payah nak tambah garam ataupun serbuk-serbuk lain yang ada dipasaran. Nah !! Ni lah rahsia masakan kakak sedap gais. Hee~

  • Jangan lupa masukkan perahan lemon dan sedikit gula perang untuk efek masam manis tu ya.

Cara Mudah Goreng Ikan

Janganlah korang mintak resepi kat kakak cemana cara nak goreng ikan tau. Kakak hempuk korang kang. Hahahaha~ Tapi kalau korang seorang yang memerlukan visual, mungkin link video kat bawah ni boleh membantu. Ye lah. Kakak faham je.



RESEPI SIAKAP TIGA RASA PALING MUDAH



Lepas angkat tengah panas rangup rangup tu kan, korang tuang lah kuah yang dah siap tadi. Dia punya PEHHHHHHHHHH cukup rasa masam - manis - pedas tu memang tak de tolok banding gais. Sedap !!

Cukup ?
Apa lagi ?????????
Amik pinggan dengan nasi panas – makanlah. Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN


8 comments:

  1. Uisshhh nampak sedappppp.. dapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis.. dijangka berat badan boleh naik 2kg ya.. hahahaha~ hati2 tau..

      Delete
  2. ermmmm terliur plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaahahah~ nanti masak sis.. senang je ni..

      Delete
  3. Replies
    1. lepas PKP jemput datang rumah akak ya.. akak masakkan :)

      Delete
  4. Uncle pulak, sejak PKP ni campak apa je uncle makan! Baahaha!

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaaa.... Suka jugak! Hehee.. Lapo plak nengoknyaaa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.