5 NEGARA YANG MEMPUNYAI POPULASI TERTINGGI DI DUNIA

Nah !! Bila Twitter banyak memberikan ngko idea, dan ngko laju je manfaatkan tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) yang dijangka akan semakin panjang dengan mencari ke semua info tentang 5 negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia.


World Population 2020
Merujuk kepada status Twitter yang telah dikongsikan oleh penama Datuk Jahat Hensem, kakak kembangkan lah lagi ya tentang tajuk di atas. Agittew--


NEGARA YANG MEMPUNYAI POPULASI TERTINGGI DI DUNIA



Sempatlah kakak explore beberapa lamanweb yang mempunyai rekod populasi yang selalu menjadi rujukan orang-orang yang bosan macam kakak ni. Hahahaha~ Dan buat masa ni kakak percaya lah semua lamanweb berikut.

Okay !!
Jom !!


1. CHINA ; 1.439 bilion

  • Secara rasmi, China dikenali sebagai Republik Rakyat China merupakan sebuah negara di Asia Timur yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia dengan populasi kira-kira 1.439 bilion. Meliputi kira-kira 9,600,000 kilometer persegi adalah negara ketiga terbesar di dunia mengikut kawasan.

2. INDIA ; 1.38 bilion

  • Terletak di Asia Selatan, India merupakan negara ketujuh terbesar di dunia, negara kedua terpadat dan menggunakan sistem demokrasi yang telah melibatkan paling ramai manusia di dunia. India bersempadan dengan Pakistan yang terletak di bahagian Barat, China, Nepal dan Bhutan di Utara dan Bangladesh serta Myanmar di sebelah Timur. India juga berkongsi sempadan maritim dengan Thailand dan Indonesia.

3. USA ; 331 juta

  • Merupakan sebuah negara gabungan dari 50 buah negeri yang meliputi kasawan utama Amerika Utara yang sangat luas, Alaska di Barat Laut dan Hawaii memanjang terus ke Lautan Pasifik. Dengan perkiraan 3.8 juta batu persegi, USA merupakan negara ketiga terbesar di dunia dengan anggaran penduduk melebihi 331 juta orang. Ibukotanya adalah Washington dan bandar terpadat adalah New York City.

4. Indonesia ; 273 juta

  • Negara yang berbentuk fizikal pulau terbesar iaitu dengan bacaan 1,904,569 kilometer persegi ia terdiri daripada lebih dari tujuh belas ribu pulau termasuk Sumatera, Jawa, Bornes ( Kalimantan ), Sulawesi dan Papua New Guinea. Negara berdaulat yang berstatus republikan mempunyai 34 wilayah di mana lima daripadanya mempunyai status istimewa. Walaupun penduduknya ramai dan kawasan yang sangat padat, Indonesia mempunyai kawasan padang belantara yang luas yang menyokong salah satu sistem biodiversiti terbaik di dunia.

5. Pakistan ; 220 juta

  • Pakistan merupakan negara kelima paling ramai di dunia dengan jumlah penduduk melebihi 220 juta dan merupakan negara ke-33 terbesar di dunia yang merangkumi 881, 913 kilometer persegi. Mempunyai garis pantai sepanjang 1, 046 kilometer di sepanjang laut Arab dan Teluk Oman di Selatan yang bersempadan dengan India di sebelah Timur, Afghanistan di Barat, Iran di Barat Daya dan China di Timur Laut. Ia dipisahkan secara sempit dari Tajikistan oleh Koridor Wakhan Afghanistan di Barat Laut dan juga berkongsi sempadan maritim dengan Oman.

Mengikut statistik terkini, penduduk dunia berkembang pada kadar sekitar 1.05% setahun tapi menyusut sedikit dari tahun sebelumnya ( 2019 – 1.08%   |   2018 – 1.10%   |   2017 – 1.12% ) dan purata pertambahan penduduk dianggarkan sebanyak 81 juta orang setahun.


Kepadatan Penduduk Di Dunia


Menurut kajian yang di tulis dalam The Pew Forum berdasarkan populasi dunia 2010 sebanyak 6.9 bilion , menghuraikan beberapa maklumat tentang pecahan mengikut agama :

  • Kristian - 2,173,180,000
    • 31% daripada populasi dunia
    • 50% adalah Katolik, 37% Protestan, 12% Ortodoks, dan 1% lain

  • Muslim - 1,598,510,000
    • 23% daripada populasi dunia
    • 87% - 90% adalah Sunni, 10% - 13% Syiah

  • Tiada Agama - 1,126,500,000
    • 16% daripada populasi dunia
    • Atheis, Agnostik dan orang yang tidak mengenal pasti dengan agama tertentu
    • Satu-dalam-lima orang ( 20% ) di Amerika Syarikat adalah agama yang tidak berkaitan

  • Hindu - 1,033,080,000
    • 15% daripada populasi dunia
    • majoriti besar ( 94% ) tinggal di India

  • Buddha - 487,540,000
    • 7% daripada populasi dunia di mana separuh tinggal di China

  • Agama Rakyat - 405,120,000
    • 6% daripada populasi dunia
    • agama yang berkait rapat dengan sekumpulan orang, etnik atau suku tertentu

  • Lain-lain - 58,110,000
    • 1% daripada populasi dunia
    • Baha'i iman, Taoisme, Jainisme, Shintoisme, Sikhisme, Tenrikyo, Wicca, Zoroastrianism dan banyak lagi

  • Yahudi - 13,850,000
    • 0.2% daripada populasi dunia
    • empat perlima daripadanya tinggal di dua negara : Amerika Syarikat ( 41% ) dan Israel ( 41% )

PERKEMBANGAN PENDUDUK DUNIA


1804 – 1 juta

1930 – 2 bilion

1960 – 3 bilion

1974 – 4 bilion

1987 – 5 bilion


Kaitan Populasi Penduduk Di Dunia Dengan Wabak Covid-19

1999 – 6 bilion
  • Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ), angka 6 bilion telah dicapai pada 12hb Oktober 1999.

2011 – 7 bilion
  • Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ), penduduk dunia mencapai 7 bilion pada 31hb Oktober 2011.

2020 – 7.8 bilion
  • Berdasarkan rekod Worldometer yang telah mengumpulkan info semasa tentang perkembangan ( jumlah manusia yang masih hidup – TERKINI ) populasi penduduk di dunia mencatat 7.8 bilion pada April 2020

Lagi ?
Hee~ Nanti !!
Ada sambungan fakta dan lagi menarik ianya ada terkait dengan Covid-19.


LOVE ;
ATIE ADNAN


10 comments:

  1. malaysia ni kira masih kurang pnduduk ye takk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. haáh.. Malaysia masih tak padat.. hee~

      Delete
  2. China, India dengan Indonesia memang ramaiiiii. Tapi tak tau pulak USA ramai jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. USA kan pusat tumpuan pelbagai sektor.. hee~ orang Malaysia pun ramai kat sana, bermastautin kat sana..

      Delete
  3. Ramainya rakyat indonesia, lbh kurang rakyat US...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye !!! sebab Indonesia banyak daerah yang besar, dah lah besar - padat plak tu.. hee~ sebab tu ramai rakyat dorang berhijrah cari makan kat negara lain..

      Delete
  4. wohooooo.... bila tak buat detail mcm ni... rasa mcm biasa2 je.. bila perbandingan begini.. wohoooo SS speechless la.. apa akan jadi pada dunia... Allahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sebenarnya entri ni panjang tapi kakak pecahkan kepada beberapa siri, baru syok.. tak de lah panjang sangat dan susah nak faham..

      Delete
  5. wowww...ilmiah betul rasa bila baca entri ni...terkejut jugak bila tahu India ada penduduk kedua terbanyak kat dunia ni...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kan !! sesungguhnya atie sangat lah jarang buat entri berilmiah camni.. in shaa Allah.. atie akan kekalkan momentum.. gittew..

      Delete

Powered by Blogger.