CHICKEN MALA-tup MARRYBROWN ; CUKUP RASA SENSASI PIJAR CILI SICHUAN

Hahahaha~ Memang MALA-tup walaupun tiada apa yang sempurna termasuklah hidangan terbaharu Marrybrown ni, kakak berani pertaruhkan 9/10 untuk kombinasi semua set hidangan Chicken Mala.


Ayam Goreng Marrybrown

Mana lagi SATU ? 

Hee~ Itu korang kena cari sendiri lah yang mungkin akan menyentuh soal rasa bila ayam dah sejuk, penghantaran sedikit lambat berbanding biasa dan perkara-perkara lain yang tidak melibatkan operasi. Nah !! Pening ?


MARRYBROWN


Marrybrown Sdn. Bhd. ( juga dikenali sebagai Marrybrown ) merupakan rangkaian restoran makanan segera berstatus HALAL telah mempunyai lebih 138 buah cawangan di seluruh negara dan lebih 350 cawangan di seluruh dunia yang menghidangkan pelbagai ayam goreng, burger, nasi, bubur, makanan jejari, pencuci mulut dan minuman.

Cukuplah sekadar itu sebagai intro ya. Hahahaha~
Kakak tak sabar nak cerita pasal makanan plak ni. Aiseh. Terliur.





“Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta - benci pada rempah ratus
namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan. Ketagihannya bagai dilamun cinta !
Sama ada dalam nasi lemak atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan
rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan ! Sejak kebelakangan ini,
Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi
yang halal untuk santapan semua."

- Dato' Joshua Liew : Ketua Pegawai Eksklusif Marrybrown




CHICKEN MALA-TUP


Kalau korang terror, korang cuba bayangkan rasa sensasi ayam yang disaluti dengan serbuk cili Sichuan dan juga cili kering tapi pedas dia tak perit – ibarat pedas singgah bagi rasa sedap lepas tu phewwwwww. Hilang.


Menu Baharu Marrybrown

Hahahahaha~ Cemana nak explain eh ?

Cuma hidangan Marrybrown kali ni memang terbaik dengan portion, rasa dan harga yang berpatutan. Didatangkan dengan variasi EMPAT set iaitu :


  • Kombo Ayam Goreng Mala 2 Ketul = dari RM 15.90
    • 2 ketul ayam goreng Mala + salad sayur + kentang putar + Coca-Cola ( M )

  • Kombo Ayam Goreng Mala 3 Ketul = dari RM 18.80
    • 3 ketul ayam goreng Mala + salad sayur + kentang putar + Coca-Cola ( M )

  • Kombo Bubur Ayam Mala-tup = dari RM 14.60

  • Box Meal Mala-tup = dari RM 22.90
    • 1 ketul ayam goreng Mala + Chicken Burger + salad sayur + onion ring ( 4 pcs ) + Mala fries + minuman ( M )


Bubur Ayam Sedap


Kombinasi rasa pedas-pedas sedap yang susah nak explain tu memang memberi sensasi baharu pada deria rasa. Sedap – cukup rasa – ketagih. Memang tak boleh stop bila dah mula mengunyah. Baik ayam goreng, kentang goreng ataupun bubur = semua tak boleh stop. Mala-tup lain maciam.

Serius kali ni tak syembang, kalau korang peminat makanan pedas – singgah lah Marrybrown mulai harini ; 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020. Ada lebih kurang sebulan setengah untuk korang sambar kesemua rangkaian MALA-tup nih.

Untuk maklumat lanjut ataupun rujukan korang tentang pelbagai promosi dari Marrybrown, mungkin link kat bawah ni dapat membantu.



Ayam Goreng

Jangan lupa, dah makan dan post ke media sosial korang – kongsi kan juga pengalaman ya. Hee~ Guna semua hashtag ni : #Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #Malatup #MBMalaFriedChicken #Mala dan hasut semua kawan korang untuk try. Confirm tak menyesal.


LOVE ;
Atie Adnan


2 comments:

  1. sedapnya ayam marry brown... kulim kedah tak ada alahai sedihnya

    ReplyDelete
  2. sedap semua tu.. sisyat suka ayam mB ni. carik2 boh dalam bubur dia..sedappp ;-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.