URBAN GROUND ; SATU BUMBUNG MENEPATI PELBAGAI SELERA

Haish.

Bila bercakap soal makan minum untuk seisi keluarga, kakak memang sedikit cerewet dan kalau boleh nak kan satu tempat yang ada pelbagai variasi. Sudah tentu SEDAP dan harga mampu bayar disamping persekitaran yang menarik – URBAN GROUND ada semuanya !!


Chic Ole Kelana Jaya


Mula-mula masuk pun kakak dah seronok sebab kakak nampak kaunter Gratzi yang menghidangkan pelbagai jenis minuman berkopi dan teh. Peh !! Nice teruk !! Kakak rasa lengkap dan melengkapi tanpa sebarang kekurangan. Hahahaha~


URBAN GROUND, KELANA JAYA



Sedia tahu, kakak ada sepasang anak yang sedang membesar dan isu pemakanan merupakan isu yang kerap menjadi masalah. Ye lah. Nur Aiman nak makan nasi dan Nur Aina suka makan ayam goreng ( tanpa nasi !! ) kadang-kadang letih nak melayan selera setiap orang. Itu belum lagi Encik Suami yang memang suka Dim Sum dan kalau menghadap, tak pandang kiri kanan wey.

Memang rezeki kakak bila seorang kawan cadangkan tempat makan yang best di Kelana Jaya. Apa lagi !! Kita terjah lah tapi tanpa Nur Aiman dan Nur Aina. Dorang tinggal sebab kena siapkan kerja sekolah. Tapi nanti kita repeat dan bawak dorang.

Janji.


Urban Ground Kelana Jaya


Urban Ground terletak di Kelana Parkview Tower di Kelana Jaya merupakan hub makanan yang menempatkan empat seksyen di bawah satu bumbung. Ha’ah. Satu bumbung tapi ada pelbagai variasi untuk memenuhi selera korang ( Ya !! Dan kakak juga. Hee~ ) seisi keluarga.

Masuk je dari pintu masuk utama, korang akan nampak Gratzi yang sedia menghidangkan pelbagai jenis kopi dan teh untuk mereka yang menggemari minuman berkafien. Tapi bukan itu je !! Ada pelbagai jenis pemanis mulut yang bakal membuatkan korang kecur airliur. Tsk—Kalau korang suka kan sesuatu yang manis, seksyen ini lah yang korang kena singgah dulu sebelum ke seksyen lain.

Serious talk, babe !!


Gratzi Coffee


Tengok gambar pun korang dah terliur kan ? Ya !! Kakak sendiri berani pertaruhkan 4.5 bintang dari 5 bintang untuk latte dorang. Rasa sensasi kopi dan bau kopi yang lembut, tanpa gula – Aduh !! Tak boleh move on bethol rasa. Hahahaha~


Best Coffee In Kelana Jaya

Kalau cakap pasal Encik Suami kakak, INI adalah kegemaran beliau. Haish. Kadang tengok beliau makan tak toleh kiri kanan. Hahahah~ Ini kalau hidangkan depan beliau, sekali jalan je ni.


Dim Sum Halal Kelana Jaya


Di Urban Ground, ada lebih 20 jenis Dim Sum untuk korang nikmati. Ada cendawan, ketam, udang, pelbagai pau mini, lotus dan banyakkkkkkkkkkkkk lagi !! Dihidangkan panas dengan harga lebih murah berbanding harga di tempat lain. HALAL ? Sudah tentu lah !! Kan kakak awak yang review ni. Hee~

Untuk Nur Aiman ?

Aduh !!

Kakak berani jamin Nur Aiman akan seronok kalau masuk Urban Ground ni.


Best Place To Dinner In Kelana Jaya
Nasi Lemak Sedap Kelana Jaya


Manataknya !!

Nasi Lemak Ayam Berempah dengan sambal yang sangat sedap !! Nasi cukup lemak dan berbau wangi, ayam yang cukup rasa dengan rempah perapan memang UMPH—Susah nak cakap pasal rasa melalui tulisan tapi serius memang kakak dah rasa ; SEDAP gais !!

Tapi kalau korang tak nak makan Nasi Lemak, ada je banyak pilihan lain seperti Mee Udang, Set Roti Bakar dengan Kopi dan Asam Laksa. Tak kisah lah korang terdetik nak makan apa, mintak je pendapat Juruwang di seksyen Belacan – Lah !! – pasti tak menghampakan.


Chic Ole Kelana Jaya


Kan kakak dah cakap, Urban Ground ni memang sesuai untuk seisi keluarga tak kira lah korang ada anak dah besar atau masih kecil. Ya !! Kat Urban Ground ada Chic Ole yang menghidangkan pelbagai jenis set makanan ringan seperti ayam goreng, nuget ayam, kentang goreng, popcorn ayam, wadges kentang dan pelbagai minuman ringan.

Aduh !!

Dengan yakin dan pastinya kalau anak-anak atau adik-adik korang sama macam Nur Aina, seksyen ni pastinya menjadi pilihan dorang tanpa berfikir panjang.

Kalau tanya pendapat kakak, adakah kakak akan ulang singgah di Urban Ground – YA !!


Tempat Lepak Best Di Kelana Jaya


Dengan kepelbagaian jenis makanan dan minuman di bawah satu bumbung dengan harga yang sangat berbaloi serta persekitaran yang sangat santai – Kenapa tidak ? Jangan cerita pasal satu keluarga semua sama selera sebab kami sekeluarga TIDAK tetapi Urban Ground dapat memenuhi kehendak kami.

Alamat : Kelana Parkview Tower, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi : 0900 - 2200

Penghantaran Menggunakan foodpanda :
Chic Ole     |     Gratzi     |     One Bite     |     Belacan-Laa

Korang nak try ?
Atau masih mencari lokasi makan-makan di sekitar Kelana Jaya ?
Mungkin korang boleh try Urban Ground.


LOVE ;
Kakak Awak Yang Suka Makan Tapi Nak Kurus Jugak.
Kah !!

2 comments:

  1. helpppp !!! bestnya tgk makanan diaa...

    ReplyDelete
  2. Kakak jangan lupa bawak adik kakak yang jauh ni jugak ye... Hahaha... Mohon nak jilat skrin je tengok gambar-gambar makanan ni. Adeh! Rosak dietku weyyyhhh...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.