MASTER DRIVE AI 2.0 MASSAGE CHAIR ; KEJAYAAN BERSAMA OGAWA DAN UNIVERSITI MALAYA

Menjadi impian pada setiap dari kita untuk memiliki kerusi urut terutamanya buat mereka yang mahukan ruang rehat dengan persekitaran santai tetapi di kediaman sendiri. Melalui kerjasama penyelidikan antara OGAWA Malaysia dengan Universiti Malaya telah menghasilkan OGAWA Master Drive AI 2.0 yang mampu memperbaiki sistem peredaran darah dan meningkatkan kualiti tidur pengguna.


Kerjasama antara kedua-dua institusi ini telah menghasilkan sebuah penyelidikan yang bertajuk ‘Investigating the Effects of OGAWA Master Drive AI Automated Massage on Blood Circulation and Sleep Quality’ untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya kesan urutan badan disamping memberi keselesaan supaya kualiti tidur menjadi lebih baik.


OGAWA MALAYSIA



Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia berkongsi bahawa kesan kumulatif dari ketidakseimbangan kualiti tidur boleh menyebabkan peningkatan risiko hipertensi, diabetes, obesiti, kemurungan, serangan jantung dan strok. Selain itu, menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan dan gangguan kecemasan meningkat dari 12% pada tahun 2011 kepada 29% pada tahun 2017.




"Melalui Pusat Penyelidikan Bersama ini, kami berharap kajian yang dilakukan 
dapat memberikan wawasan yang lebih mendalam yang akan meningkatkan lagi 
proses pengembangan produk kami, pada masa yang sama kami dapat mendidik masyarakat umum mengenai manfaat kesihatan yang terdapat di kerusi urut OGAWA 
mampu memberikan.” - Datuk Lim.




OGAWA Malaysia dan Universiti Malaya menjalankan penyelidikan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan individu ketika menggunakan produk OGAWA Master Drive AI 2.0. Hasil kajian yang telah dilakukan oleh OGAWA Malaysia dan Universiti Malaya telah mendedahkan bahawa 100% peserta menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam peredaran darah : 81.32% dengan menggunakan program OGAWA Master Drive AI 2.0 M6 Deep Tissue dan 43.48% melalui Program Peredaran Darah, sementara 100% peserta mencatat peningkatan kualiti tidur, dan hingga 88.73% mengalami peningkatan dalam kualiti tidur melalui program Sweet Dream.


Prof. Dr. Saad Mekhilef, CEng (UK), SMIEEE(USA), FIET(UK), Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya menyatakan bahawa pihak universiti berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyelidikan dan tidak hanya menyumbang pengetahuan semata kepada kajian penting ini. Pengalaman dan ilmu yang mereka ada mungkin berguna untuk kajian masa depan, sekaligus membantu meningkatkan kesejahteraan negara secara keseluruhan dan berpotensi meningkatkan jangka hayat penduduk di Malaysia.


Melalui kajian ini, kedua-dua pihak ingin menyampaikan faedah kesihatan urutan yang mungkin tidak ramai yang tahu, bukan sekadar melegakan sakit otot, mengurangkan tekanan namun mampu meningkatkan sistem imun dan memberi kesan positif kepada kehidupan seharian.


Diciptakan dengan 5,184 kombinasi urut untuk memberikan penyelesaian kesihatan menyeluruh, OGAWA Master Drive AI 2.0 menampilkan Artificial Intelligence (AI) yang canggih termasuk fungsi pengecaman wajah, Health Tracker and Scanner™ dan Penganalisis Automatik Bertenaga AI yang menggunakan algoritma untuk mengumpulkan dan mengurus data bagi menyesuaikan kerusi urut dengan masalah yang diprogramkan.


Menjadikan sambutan Hari IbuBapa dengan lebih bermakna, OGAWA Malaysia juga mengadakan promosi khas dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% sehingga 68 bulan untuk produk terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran ini atau OGAWA Malaysia, sila layari www.ogawaworld.net



1 comment:

Powered by Blogger.