PULAU LAGENDA MAHSURI MASIH RELEVAN DAN SANGAT SESUAI UNTUK BEREHAT DARI KESIBUKAN KOTA

Saban tahun mahu ke sana
Jadi sebutan sepanjang zaman
Indahnya Langkawi menggamit saujana
Sejarah Mahsuri jadi pedoman.
 
Tak sah kalau tak menyinggah ke Pulau Langkawi untuk melengkapkan jurnal percutian dalam negara sendiri. Bukan sahaja kerana pemandangan yang cantik tapi keramahan penduduk setempat sering membuatkan hati terpaut.
 
Jom eksplore, lokasi wajib lawat sekiranya berkunjung ke Pulau Langkawi.


 DATARAN HELANG


 
Merupakan mercu tanda Langkawi yang bersaiz setinggi 12 meter terletak bersebelahan dengan pelantar Jeti Kuah. Burung Helang yang mengepakkan sayapnya bersedia untuk menyusur ke udara menjadikan ia satu pemandangan yang sangat mengagumkan. Penduduk tempatan mencatatkan burung Helang sebagai symbol di mana nama Langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikatakan singkatan “Helang” manakala “kawi” bermaksud Perang Merah di zaman Melayu purba.


Hotel Cheap Langkawi


PULAU PAYAR


Terletak di perairan Kedah yang boleh dikunjungi melalui tig acara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Tapi kalau korang berada di Alor Star, adalah lebih baik korang naik bot dari jeti Kuala Kedah berhampiran Marina Kuala Kedah. Perjalanan lebih kurang 30 minit je dengan menaiki bot laju.

Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi dengan berlatarbelakangkan pasir pantai yang putih, air laut nan membiru hinggakan boleh nampak anak ikan berenang. Ah !! Cantik !!



KILIM MANGROVE

 

Terletak di sepanjang hujung Timur Laut Langkawi, Kilim Mangrove menjangkau hampir 100 kilometer persegi dan terdapat pelbagai jenis hidupan liar boleh ditemui termasuklah memerang, biawak, kera, ketam dan pelbagai spesies burung semasa musim migrasi sepanjang bulan September hingga Mac. Terdapat juga formasi batu kapur yang berusia lebih 500 juta tahun dengan nama-nama unik seperti Candi Borobudur, Batu Gajah dan Taman Gantung menjadi tarikan pengunjung. Berminat untuk meneroka gua ? Ya !! Di Kilim Mangrove, korang boleh explore Gua Buaya, Gua Lagenda dan juga Gua Kelawar.




PANTAI CENANG


Wajib ada dalam list perjalanan korang !! Hee~ Tumpuan pelancong yang menjejakkan kaki di tanah Langkawi sudah tentunya kecantikan dan keindahan Pantai Cenang berpasir putih melatari birunya air laut.


Cheap Hotel Langkawi

Terdapat dua tarikan terkenal iaitu Underwater World Langkawi dan Muzium Laman Padi. Kawasan rehat ? Ya mesti lah ada. Pilih saja sama ada Spa Alun-Alun, Kelab Kiki di Meritus Pelangi Beach atau Castaway Picnic Casa delMar.




SKYTREX ADVENTURE

 

Sukakan aktiviti yang mencabar ? Ha !! Tepat !! Kakak sarankan korang cuba semua aktiviti di SKYTREX Adventure Langkawi. Bukan sahaja boleh terbang, berayun, meluncur dan berjuntai – Korang boleh explore pelbagai halangan tergantung yang telah disediakan. Ada tiga level untuk menguji ketahanan mental dan fizikal korang iaitu Little Legend, Eagle Thrill dan yang paling mencabar adalah Island Extreme.




KOMPLEKS HAJI ISMAIL GROUP



Orang kata syurga membeli-belah dan lokasi paling digemari wanita, Kompleks Haji Ismail Group ( HIG ) menawarkan pelbagai barangan kelengkapan dapur yang berkualiti. Dari sekecil-kecil sudu sehingga lah yang paling besar punya periuk ada di sana. Kalau singgah memang tak sah kalau tak memborong coklat yang pelbagai jenama dan perisa. Jimat ? Sudah tentulah !! HIG merupakan kompleks beli-belah bebas cukai. Maksudnya semua barangan yang dijual lebih murah berbanding harga sedia dipasaran.

 

Best kan ?
Memang kena pergi !! Hee~


Sebenarnya, banyak sangat tempat yang menarik di Langkawi. Ada pelbagai muzium, air terjun punya lah banyak dan paling popular adalah Air Terjun Telaga Tujuh, kilang-kilang memproses Gamat, Tasik Dayang Bunting tidak dilupakan, cablecar dengan pemandangan seluruh Langkawi. Apa yang korang cari – Hampir semuanya ada di Langkawi. Susun perjalanan sebaik mungkin dan nikmati percutian atau staycation supaya ia dapat dijadikan kenangan keluarga. Cuti ramai orang hotel mahal? Jangan risau, banyak je pilihan hotels in Langkawi yang sesuai ikut bajet semua orang.



Hotel Murah Langkawi

Tak puas rasanya bercerita pasal Langkawi.
Nanti kita plan untuk PART 2 okay ?

Tadi kakak macam nampak hotel yang ada themepark kat Traveloka tadi. Macam menarik untuk family kecil kakak. Korang perasan tak ? Hee~


No comments:

Powered by Blogger.