NSK GROCER QUILL CITY MALL, PASARAYA TERBESAR DI KUALA LUMPUR

Sebagai seorang pengurus rumahtangga yang sangat komited menguruskan segala keperluan seisi rumah dengan barangan terbaik, kakak selalu menitikberatkan soal perbelanjaan yang sesuai pada tempatnya dan salah satu contohnya adalah – Di mana kami berbelanja untuk keperluan sehari-hari bagi menjimatkan kewangan keluarga dengan pulangan produk yang standing harga.


Blogger Malaysia

Menerapkan konsep moden dan ia adalah antara pasaraya yang terbesar di Kuala Lumpur, NSK Grocer terletak di Quill City Mall bersaiz tapak seluas 85,000 kaki persegi menempatkan pelbagai jenis seksyen seperti barang kering, barang basah, ruangan memborong dan makanan sedia dimakan telah dibuka kepada umum pada 8hb Januari 2022.

Menawarkan pelbagai barangan kelengkapan rumah dari yang kecil sehingga keperluan asas, dari barang masak basah yang segar sehingga barang kering – Jenama NSK tidak pernah culas akan tanggungjawab memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Rambang mata dan terpukau dek tawaran yang disediakan, kakak tak lepaskan peluang menjadi antar yang terawal membeli barangan basah untuk keperluan kepuarga.


Daging.
Ayam.
Ikan.
Sayur-sayuran.
Buah-buahan.
Pelbagai rempah ratus.
Rencah untuk memasak.
Jajan untuk anak-anak pun kakak beli di NSK Grocer sahaja. Semua bawah satu bumbung dan tak perlu ke lokasi lain untuk menyelesaikan senarai beli-belah. Hee~ Kakak suka begini. Sejenis malas nak keluarkan duit parking.

Resepi Kuih Raya
Kuala Lumpur Favourite Spot

Jimat ?
Susah kakak nak jawab soalan ni. Kalau korang pandai susun bajet, korang akan tahu buat perbandingan harga barang sebelum membeli. Kebiasaan kita ke pasaraya, ada sesetengah barang harganya murah dan ada sesetengah yang lain berharga lebih mahal. Kan ? Di NSK Grocer, kita boleh membeli pada harga borong !!


Barang Dapur Murah
NSK Grocer
Quill City Mall
NSK Grocer Kuala Lumpur

Bukan sahaja dapat berjimat tetapi perbelanjaan lebih tersusun.
Menarik bukan ? Hee~ Kalau kakak memang seronok sangat dapat membeli-belah kat tempat macam ni.

Selesa.

NSK Grocer Quill City Mall, Kuala Lumpur buka setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam tapi kakak sarankan korang singgah pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. KL kot kan. Nak expect lapang macam tempat lain ? Memang tak lah. Hee~


No comments:

Powered by Blogger.