KENALI LEBUH RAYA DI LEMBAH KLANG SUPAYA TAK SESAT
Bila cerita pasal lebuh raya kat Lembah Klang ni, memang kecut perut jadinya. Kalau dah salah masuk simpang memang makan masa betul nak pusing kembali ke pangkal jalan. Hahahaha~ Jom !! Kakak nak kenalkan semua lebuh raya yang ada di Lembah Klang supaya awak awak tak sesat barat macam kakak.
MAJU EXPRESSWAY (MEX)
LEBUHRAYA DAMANSARA - PUCHONG (LDP)
Perlaksanaan projek Lebuhraya Damansara-Puchong dikendalikan oleh syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd adalah sebahagian daripada rancangan pelan induk keseluruhan kerajaan yang merangkumi keperluan Rancangan Struktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Rancangan Trafik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kerja pembinaan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sediada kepada laluan berkembar 3 lorong 2 hala.
NEW PANTAI EXPRESSWAY (NPE)
NPE ialah lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Lebuhraya berukuran 19.6 km (12.2 batu) ini mempermudah capaian ke Kuala Lumpur dari kawasan Subang Jaya dan Bandar Sunway, mengelakkan kesesakan di laluan Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak. NPE terdiri daripada Penghubung Utama dan Penghubung Salak. "Lebuhraya Baru Pantai" ialah nama yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, tetapi ramai yang menyangka namanya "Lebuhraya Pantai Baru". Kilometer sifarnya terletak di Persimpangan Jengka di Subang Jaya, Selangor.
NPE dibina dari tahun 2000 hingga 2003. Pembinaan lebuh raya dipimpin oleh IJM Corporation bersama anak syarikatnya Road Builder. Fasa 1, iaitu di antara bulatan Jengka dan Bandar Sunway siap pada tahun 2002., diikuti bahagian seterusnya dari Bandar Sunway ke Pantai Baharu (Fasa 2) dan dari Pantai ke Salak Selatan (Fasa 3: Hubungan Salak) pada tahun 2003. Lebuhraya ini dibuka pada 30 April 2004.
Lebuhraya ini sebenarnya merupakan gabungan Jalan Subang Utama (Persiaran Tujuan - PJS), Jalan Klang Lama (Lebuhraya Persekutuan - Jalan Templer) dan Jalan Pantai Dalam (Jalan Bangsar - Kampung Pantai Dalam). Persimpangan Tujuan yang menggantikan simpang jalan T dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur Bulatan Gasing dari NPE ke Jalan Gasing turut dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur khas ke aras tempat letak kereta Sunway Pyramid juga dibina dari Januari hingga November 2007, sebelum dibuka pada Disember 2007.
KESAS
Lebuhraya Shah Alam (KESAS) adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Pandamaran, Klang dengan Sri Petaling, Kuala Lumpur. Dibina bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam adalah lebuh raya timur-barat ketiga di dalam kawasan Lembah Klang selepas Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Lebuh raya 34.5 km (21.4 bt) ini dilengkapi dengan lorong motosikal untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal.
LEBUH RAYA PERSEKUTUAN
Lebuhraya Persekutuan menjadi lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang memandangkan ia menghubungkan bandar raya utama di kawasan tersebut termasuk Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, peningkatan kadar trafik hasil peningkatan menyebabkan kapasiti lebuh raya tersebut mencapai tahap puncaknya pada pertengahan 1990-an dan akibatnya kesesakan jalan raya yang teruk sepanjang lebuh raya tersebut menjadi lumrah terutamanya pada awal pagi dan lewat petang. Dianggarkan sebanyak 25-30 ribu buah kenderaan melalui Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak setiap hari.
Sejarah lebuh raya ini bermula sejak pemisahan Singapura dari Malaysia yang mengakibatkan kerajaan menjadikan Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) sebagai pelabuhan utama negara menggantikan Pelabuhan Singapura. Kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuh raya bagi menghubungkan Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur dengan menaik taraf jajaran Jalan Kuala Lumpur - Klang sedia ada kepada sebuah lebuh raya penuh melalui penggantian persimpangan lampu isyarat kepada persimpangan bertingkat, menjadikan Lebuhraya Persekutuan sebagai lebuh raya ekspres pertama di Malaysia.
SPRINT
Sistem Penyuraian Trafik KL Barat, Western KL Traffic Dispersial System atau Lebuhraya Sprint ialah rangkaian lebuh raya utama di Lembah Klang, Malaysia. Lebuhraya sepanjang 26.5 km (16.5 batu) terbahagi kepada tiga bahagian :
- Kerinchi Link : Sepanjang 11.5 km (7.1 batu) dari Persimpangan Seputeh di Lebuhraya Persekutuan ke NKVE di Jalan Duta. Kilometer Sifar terletak di susur Kerinchi terletak di Persimpangan Mont Kiara - NKVE.
- Damansara Link : Sepanjang 9.5 km (5.9 batu) dari Kayu Ara ke Jalan Duta - Semantan Interchange. Kilometer Sifar bahagian Damansara Link terletak di Kampung Kayu Ara di Petaling Jaya, Selangor.
- Penchala Link : Sepanjang 5.5 km (3.4 batu) dari Lebuhraya Damansara - Puchong di Penchala, Terowong Penchala ke Mont Kiara. Kilometer Sifar bahagian Penchala Link terletak di Mont Kiara Interchange.
LATAR EXPRESSWAY
Lebuhraya KL - Kuala Selangor ( Lebuhraya LATAR ) menghubungkan Kuala Lumpur di Templer's Park di daerah Gombak dengan perbandaran Ijok di daerah Kuala Selangor di pantai Barat Semenanjung. Ia dibuka pada hari Khamis 23 Jun 2011.
No comments: