KENALI LEBUH RAYA DI LEMBAH KLANG SUPAYA TAK SESAT

Bila cerita pasal lebuh raya kat Lembah Klang ni, memang kecut perut jadinya. Kalau dah salah masuk simpang memang makan masa betul nak pusing kembali ke pangkal jalan. Hahahaha~ Jom !! Kakak nak kenalkan semua lebuh raya yang ada di Lembah Klang supaya awak awak tak sesat barat macam kakak.


Federal Highway

Pembinaan lebuh raya di Malaysia adalah berdasarkan konsesi syarikat swasta yang dikawalselia sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Sehingga tahun 2006 merekodkan panjang keseluruhan lebuh raya di Malaysia ialah 1,821 kilometer bersamaan dengan 1,130 batu.


MAJU EXPRESSWAY (MEX)


MEX yang sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (KLPE) dan Lebuhraya Khusus KL - KLIA. Lebuh raya sepanjang 26 kilometer (16 batu) ini menghubungkan pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya dan bakal dipanjangkan sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak di Sepang, Selangor.

MEX Route

Projek ini dicadangkan pada tahun 1995 tetapi telah digantung pada tahun 1997 berikutan Krisis Kewangan Asia 1997 dan dihidupkan semula pada tahun 2004 dan siap sepenuhnya pada Disember 2007.


LEBUHRAYA DAMANSARA - PUCHONG (LDP)


LDP adalah lebuh raya antarabandar yang menghubungkan Sri Damansara di sebelah utara, merentasi Petaling Jaya, Puchong dan Putrajaya di belah selatan Lembah Klang. Merekodkan lebih dari 500,000 buah kenderaan yang menggunakan laluan ini pada setiap hari.

Lebuh raya Lembah klang

Perlaksanaan projek Lebuhraya Damansara-Puchong dikendalikan oleh syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd adalah sebahagian daripada rancangan pelan induk keseluruhan kerajaan yang merangkumi keperluan Rancangan Struktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Rancangan Trafik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kerja pembinaan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sediada kepada laluan berkembar 3 lorong 2 hala.



NEW PANTAI EXPRESSWAY (NPE)


NPE ialah lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Lebuhraya berukuran 19.6 km (12.2 batu) ini mempermudah capaian ke Kuala Lumpur dari kawasan Subang Jaya dan Bandar Sunway, mengelakkan kesesakan di laluan Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak. NPE terdiri daripada Penghubung Utama dan Penghubung Salak. "Lebuhraya Baru Pantai" ialah nama yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, tetapi ramai yang menyangka namanya "Lebuhraya Pantai Baru". Kilometer sifarnya terletak di Persimpangan Jengka di Subang Jaya, Selangor.


NPE dibina dari tahun 2000 hingga 2003. Pembinaan lebuh raya dipimpin oleh IJM Corporation bersama anak syarikatnya Road Builder. Fasa 1, iaitu di antara bulatan Jengka dan Bandar Sunway siap pada tahun 2002., diikuti bahagian seterusnya dari Bandar Sunway ke Pantai Baharu (Fasa 2) dan dari Pantai ke Salak Selatan (Fasa 3: Hubungan Salak) pada tahun 2003. Lebuhraya ini dibuka pada 30 April 2004.


Lebuhraya ini sebenarnya merupakan gabungan Jalan Subang Utama (Persiaran Tujuan - PJS), Jalan Klang Lama (Lebuhraya Persekutuan - Jalan Templer) dan Jalan Pantai Dalam (Jalan Bangsar - Kampung Pantai Dalam). Persimpangan Tujuan yang menggantikan simpang jalan T dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur Bulatan Gasing dari NPE ke Jalan Gasing turut dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur khas ke aras tempat letak kereta Sunway Pyramid juga dibina dari Januari hingga November 2007, sebelum dibuka pada Disember 2007.


KESAS


Lebuhraya Shah Alam (KESAS) adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara PandamaranKlang dengan Sri PetalingKuala Lumpur. Dibina bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam adalah lebuh raya timur-barat ketiga di dalam kawasan Lembah Klang selepas Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Lebuh raya 34.5 km (21.4 bt) ini dilengkapi dengan lorong motosikal untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal.


KESAS


LEBUH RAYA PERSEKUTUAN


Lebuhraya Persekutuan menjadi lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang memandangkan ia menghubungkan bandar raya utama di kawasan tersebut termasuk Klang, Shah AlamPetaling Jaya dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, peningkatan kadar trafik hasil peningkatan menyebabkan kapasiti lebuh raya tersebut mencapai tahap puncaknya pada pertengahan 1990-an dan akibatnya kesesakan jalan raya yang teruk sepanjang lebuh raya tersebut menjadi lumrah terutamanya pada awal pagi dan lewat petang. Dianggarkan sebanyak 25-30 ribu buah kenderaan melalui Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak setiap hari.


Sejarah lebuh raya ini bermula sejak pemisahan Singapura dari Malaysia yang mengakibatkan kerajaan menjadikan Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) sebagai pelabuhan utama negara menggantikan Pelabuhan Singapura. Kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuh raya bagi menghubungkan Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur dengan menaik taraf jajaran Jalan Kuala Lumpur - Klang sedia ada kepada sebuah lebuh raya penuh melalui penggantian persimpangan lampu isyarat kepada persimpangan bertingkat, menjadikan Lebuhraya Persekutuan sebagai lebuh raya ekspres pertama di Malaysia.



SPRINT


Sistem Penyuraian Trafik KL BaratWestern KL Traffic Dispersial System atau Lebuhraya Sprint ialah rangkaian lebuh raya utama di Lembah Klang, Malaysia. Lebuhraya sepanjang 26.5 km (16.5 batu) terbahagi kepada tiga bahagian :

  • Kerinchi Link : Sepanjang 11.5 km (7.1 batu) dari Persimpangan Seputeh di Lebuhraya Persekutuan ke NKVE di Jalan Duta. Kilometer Sifar terletak di susur Kerinchi terletak di Persimpangan Mont Kiara - NKVE.
  • Damansara Link : Sepanjang 9.5 km (5.9 batu) dari Kayu Ara ke Jalan Duta - Semantan Interchange. Kilometer Sifar bahagian Damansara Link terletak di Kampung Kayu Ara di Petaling Jaya, Selangor.
  • Penchala Link : Sepanjang 5.5 km (3.4 batu) dari Lebuhraya Damansara - Puchong di Penchala, Terowong Penchala ke Mont Kiara. Kilometer Sifar bahagian Penchala Link terletak di Mont Kiara Interchange.

Ia adalah jalan dua dan tiga lorong yang dibina untuk menyuraikan lalu lintas dari jalan bandar yang sesak dan jalan kediaman menuju ke bandar raya Kuala Lumpur dari pinggir barat Petaling Jaya dan Damansara serta kawasan sekitarnya. Ia adalah salah satu lebuh raya paling sibuk semasa waktu sibuk dari/ke Kuala Lumpur.


LATAR EXPRESSWAY


Lebuhraya KL - Kuala Selangor ( Lebuhraya LATAR ) menghubungkan Kuala Lumpur di Templer's Park di daerah Gombak dengan perbandaran Ijok di daerah Kuala Selangor di pantai Barat Semenanjung. Ia dibuka pada hari Khamis 23 Jun 2011.


SPRINT Hiway

Lebuhraya berkembar 33km adalah jalan penghubung alternatif ke Jalan Sungai Buloh - Kuala Selangor ( Jalan Persekutuan 54 ) sekarang. Lebuhraya LATAR menyediakan pemanduan yang lebih pantas, selamat, lancar dan tidak sesak yang mengambil masa hanya 18 minit untuk dicapai dari hujung ke hujung. Penumpang akan mendapat akses mudah, kemudahan dan ketersambungan ke banyak komuniti dan perbandaran di sepanjang Lebuhraya LATAR.

Lebuhraya LATAR mempunyai enam persimpangan dan enam plaza tol di setiap sisi lebuh raya. Enam persimpangan itu memberikan akses yang lebih pantas dan mudah ke Lebuhraya Koridor Guthrie sedia ada, Lebuhraya Utara-Selatan PLUS dan Lebuhraya Pantai Barat masa hadapan.


No comments:

Powered by Blogger.