MERAH DAN MERIAH PERISA RED VELVET CHEESE BAHARU COOLBLOG MALAYSIA

Sempena musim perayaan ini, Coolblog melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampikan dua perisa baharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Cheese Choco. Peminat red velvet kini berpeluang menikmati keenakan kek kegemaran mereka dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di selurun negara mulai 25hb November 2022.


Food Blogger Malaysia


Sebagai jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia, Coolblog percaya bahawa kenikmatan pasti dapat diperolehi daripada pilihan minuman mereka yang terbaik dari segi rasa, kepelbagaian, dan nilai. Bagi meraikan musim cuti penghujung tahun 2022.


Coolblog menawarkan siri Red Velvet Cheese vang diilhamkan oleh peravaan Krismas untuk menceriakan lagi suasana hujung tahun yang sangat dinanti-nantikan.


Coolblog Malaysia


"Kek red velvet memang diminati ramai! Warna merah yang juga dikenali sebagai 'warna kegembiraan' mencantikkan lagi penampilan kek ini dan mencerminkan keceriaan musim perayaan! Keenakan kek red velvet in dapat dirasakan seolah-olah pelukan daripada orang yang tersayang. Oleh itu, kami menginspirasikan kek red velvet ini untuk menghasilkan kenikmatannva dalam bentuk smoothie dengan pelancaran siri Red Velvet Cheese kami,"
-- Ashida Arshad, Pengurus Kempen Pemasaran Coolblog


Red Velvet


Untuk menyerlahkan lagi kelazatan siri terbaharu Coolblog, minuman berperisa kek red velvet ini dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet. Bagi rakyat Malaysia yang menegemari perisa asli kek red velvet, minuman red velvet cheese merupakan pilihan sesuai kerana keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera.

Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik untuk anda kerana smoothie ini adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa - adunan perisa yang pasti menambat rasa penggemar coklat! Dengan adanya penutup khas yang senang dibuka, para pelanggan dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah. Setiap minuman berharga RM11.90.


Gingerbread Man


Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati - Ia boleh dijadikan sebagai hadiah yang sempurna untuk orang tersayang! Bukan itu sahaja, peminat boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama. Biskut gingerbread boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepaniang kempen Red Velvet cheese.


Resepi Red Velvet Mudah


Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi mereka, boleh layari:



No comments:

Powered by Blogger.