JOBSTREET by SEEK MENGHASILKAN LAPORAN KAJIAN BERTAJUK "What Job Seekers Wish Employers Knew: Unlocking the Future of Recruitment"

Satu kajian baharu telah dijalankan oleh JobStreet, SEEK dengan kerjasama Boston Consulting Group mendedahkan bahawa 70% bakat di Malaysia, Asia Tenggara dan Hong Kong percaya mereka mempunyai kuasa rundingan yang kuat.


Kerja Kosong di JobStreet Malaysia



Dalam kalangan pencari kerja yang aktif, seramai 49% menyatakan mereka mencari jawatan yang lebih menarik atau tawaran yang lebih tinggi manakala 30% menyatakan kekurangan peluang untuk melangkah lebih maju dalam kerjaya adalah factor pendorong terkuat untuk mereka mencari kerja lain.


Walaupun ramai berpendapat tahun 2023 adalah tahun kelembapan ekonomi di seluruh dunia, sebagai pasaran pencari kerja di Asia Tenggara dan Hong Kong termasuk Malaysia – SEEK, syarikat induk pasaran pekerjaan dalam talian terkemuka di Asia, JobStreet dan JobsDB telah menghasilkan laporan kajian baharu bertajuk “What Job Seekers Wish Employers Knew: Unlocking the Future of Recruitment” yang dikeluarkan baru-baru ini bagi memahami tabiat pencari kerja dan memberi peluang kepada bakal majikan memilih calon pekerja yang bersesuaian.


Seramai 97,324 responden dari Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Filipina, Singapura dan Thailand merekodkan 34% pencari kerja yang sedang bergiat aktif mencari pekerjaan baharu. Antara factor yang mendorong mereka ialah :

  •  Mencari jawatan yang lebih menarik atau jawatan yang lebih tinggi (49%)
  • Kekurangan peluang untuk kemajuan kerjaya yang lebih baik (30%)
  • Tidak berpuashati dengan gaji dan faedah yang diberikan oleh majikan (27%)

Kerja Kosong di Putrajaya 2023


 KONTEKS DI MALAYSIA


Di Malaysia, kajian mendapati 1 daripada 3 pekerja sanggup mencuba kerjaya baharu yang berbeza dengan melatih semula bagi mencapai kehendap profesion baharu. Antara tiga jenis bidang yang paling diidam-idamkan oleh pencari kerja ialah :

  •  Teknologi maklumat
  • Pendigitalan, Sains Data dan Artificial Intelligence
  • Pendidikan (Guru, Mentor, Jurulatih)

Kira-kira seramai 61% rakyat Malaysia juga menyatakan keutamaan mereka untuk bekerja secara hybrid dan fleksibel.


SEEK Asia


Ketua Pegawai Eksekutif SEEK Asia, Peter Bithos, mengulas, “Apabila berhadapan dengan kemungkinan kemelesetan, imbangan kuasa dalam pasaran buruh cenderung beralih kepada majikan apabila pengambilan pekerja semakin ketat. Walaubagaimanapun, kami percaya keadaan kali ini berbeza kerana banyak organisasi di Asia sedang pulih daripada kehilangan pekerja semasa pandemik yang lepas. Walaupun proses pengambilan pekerja mungkin perlahan dari masa ke semasa, tidak ada keraguan bahawa ia masih relevan untuk pekerja mencari peluang, oleh itu penting bagi majikan untuk mengetahui cara menarik, merekrut dan mengekalkan pekerja yang berkebolehan."


Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa mereka yang bekerja dalam lapangan IT adalah bidang yang paling diidamkan di Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Filipina dan Singapura.


“Walaupun gelombang pemberhentian oleh syarikat teknologi di seluruh dunia, permintaan untuk pekerja bidang teknologi masih kekal berdasarkan penemuan laporan itu. Ini berdasarkan data daripada platform JobStreet dan JobsDB kami iaitu peningkatan 29% YoY (2021 vs 2022) dalam iklan pekerjaan untuk pekerja bidang teknologi di rantau ini,” tambah Bithos.​​


Pengarah Urusan JobStreet Malaysia, Vic Sithasanan berkata : “Kerajaan Malaysia sangat komited dalam memperkenalkan inisiatif strategik Malaysia Digital (MD) bagi menggalak syarikat-syarikat, pencari kerja dan pelaburan sambil meningkatkan daya perniagaan di Malaysia serta mengajak rakyat memainkan peranan utama dalam global revolusi digital dan ekonomi digital. MD bersedia untuk menjadi enjin pertumbuhan yang kukuh untuk Malaysia dengan Ekonomi Digital ditetapkan untuk menyumbang 25.5% daripada pertumbuhan keluaran dalam negara (KDNK) negara kita menjelang 2025 daripada 22.6%."


JobStreet Malaysia

Tinjauan itu juga membuktikan beberapa mitos pengambilan dan memberi gambaran tentang perkara yang dicari oleh pencari kerja dalam proses pengambilan mereka, contohnya :

  • Proses yang lancar dan tepat pada masanya ialah cara nombor satu bagi majikan untuk menonjol semasa pengambilan (67%), kerana 49% akan menolak tawaran kerja yang menarik jika mereka pernah berhadapan dengan pengalaman negatif.
  • Platform pengambilan adalah saluran utama yang digunakan semasa memohon pekerjaan. Sementara itu, cara terbaik untuk meningkatkan minat seseorang agar mencari pekerjaan adalah dari cadangan rakan sekeliling. Apabila mereka berminat, kebanyakan dari mereka akan mencari maklumat lanjut di media sosial dan laman web syarikat.
  • Ramai yang lebih suka melihat interaksi peribadi semasa proses pengambilan tetapi hanya 24% sahaja menyatakan mereka sangat selesa menyertai temuduga automatik yang diterajui AI.

 

Laporan itu juga memberikan cadangan tentang penambahbaikan proses pengambilan pekerja baharu dan jumlah tawaran kepada calon, termasuk : Cara mengatasi sikap berat sebelah , menentukur pendekatan mereka kepada persona yang berbeza, mendapatkan asas budaya yang betul dan banyak lagi.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai laporan ini boleh layari : https://www.jobstreet.com.my/en/cms/employer/case-study/what-jobseekers-wish-employers-knew/

 

Kerja Kosong Kerajaan 2023

Yakin dapat membantu lebih ramai pencari kerja dan bakal majikan untuk sama-sama saling bekerjasama, baru-baru ini JobStreet membuka peluang untuk orang awam menyertai program cari kerja secara terus bersama bakal-bakal majikan yang ada. Antara jenama terkemuka yang menyertai program ini adalah My NEWS, Sunway, Realme Malaysia, Starbucks Malaysia, XOX, Tealive dan banyak lagi.

Senarai Jawatan Kosong Terkini 2023

Aplikasi JobStreet yang menawarkan lebih 68,169 jawatan kosong boleh dimuat naik melalui Apple App Store dan Google Play Store.


1 comment:

  1. Semoga Malaysia semakin maju dengan pakar-pakar teknologi, ekonomi dan pekerja yang amanah, jujur & bertanggungjawab

    ReplyDelete

Powered by Blogger.