9 + 1 TIPS LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH

by - November 25, 2014

APA ITU EPISIOTOMI ?

Semasa bersalin ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurangkan risiko koyakan, doktor akan melakukan episiotomi dimana faraj akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Lepas bersalin, luka tersebut akan dijahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari


Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup. Adoi. Macam susah nak terima dek tekak jek ni. Hee~



3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas ( suam ), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

6. Basahkan manjakani. Asah pada bontot pasu. Sapukan pada bahagian luka --> kawan saya kata sangat pedih tapi memang cepat eloknya.

7. Sits bath - rendam punggung di dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersihkan luka sehingga ke dalam vagina.

8. Senaman kegel - dibuat 100-200 kali sehari untuk melancarkan perjalanan darah ke vagina. Dengan itu, luka cepat sembuh.

9. Minum air kunyit. Kunyit kaya dengan antiseptik. Namun, tidak boleh diambil selalu. Amalkan minum sebanyak tiga kali sepanjang tempoh berpantang. Seelok-eloknya selepas seminggu berpantang dan di minum selama tiga hari berturut-turut.


Terasa susah nak buat cara tradisional sebab anak tekak tak boleh nak telan ? Hee~ Meh telan sirap anggur ni. Bukan setakat sembuhkan luka bersalin, tapi membentuk sel-sel baru dan mematikan sel-sel mati. Barulah awet muda !!






nak jimat tapi nak produk terbaik ?
pilihlah Shaklee..


dapatkan FREE CONSULTATION dari kakak..

You May Also Like

2 comments

  1. Saya makan manjakani he. ITU pun pil je.
    Ikan haruan mmg tak sentuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ memang kalau ikutkan, pil pil lagi senang nak telan..

      Delete