FIBROID DAN CARA MERAWAT PALING EFISYEN

April 10, 2017


FIBROID atau nama lainnya MYOMA adalah sejenis ketumbuhan yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim ( uterus ). Ia boeh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau berganda. Ia juga perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur ( reproductive ).





Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang dialami oleh wanita muda yang belum haid. Ia biasanya mengecut sebelum menopaus.



JENIS-JENIS FIBROID


Fibroid submukus
  • Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam rahim

Fibroid Intramural
  • Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.

Fibroid Subserus
  • Membesar di luar dinding rahim

Fibroid Pedunkal
  • Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks ( pangkal rahim )

SIMPTOM FIBROID

Kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang jelas namun ia bergantung pada saiz dan lokasi fibroid di dalam rahim serta jarak fibroid daripada serviks. Ia mungkin akan memberi tanda seperti :

  • Rasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada pelvis
  • Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
  • Sengugut ( dysmenorrhoea )
  • Masalah pendarahan yang abnormal
  • Pendarahan antara kitaran haid ( intermenstrual bleed )
  • Tempoh haid yang panjang ( prolonged menses )
  • Darah haid yang banyak ( menorrhagia )
  • Masalah atau sakit ketika hubungan kelamin ( sekiranya fibroid terlalu besar )
  • Kencing tidak lawas atau kerap kencing ( tekanan kepada pundi kencing )
  • Sembelit ( tekanan kepada rektum )

KOMPLIKASI

Lebih kurang 3 % daripada penghidap fibroid mempunyai masalah kesukaran untuk hamil kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan kesukaran untuk melekatkan embrio pada dinding rahim. Sekiranya fibroid terlampau besar, ia juga menjadi penyebab saluran fallopian tersumbat dan menyebabkan seseorang itu sukar untuk hamil.




RAWATAN PENYAKIT FIBROID

Kebanyakan masalah fibroid tidak perlu dirawat melainkan terdapat tanda-tanda yang mendatangkan kemudaratan kepada pesakit. Biasanya doktor akan membuat saranan berpandukan :
  • tahap keseriusan dan masalah pendarahan ketika haid
  • fibroid tunbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar
  • faktor umur
  • keinginan untuk menambah zuriat
Antara pilihan rawatan ialah :

1 : HISTEREKTOMI

  • pembedahan membuang rahim. Histerektomi adalah pilihan terbaik sekiranya telah membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi. Ia juga adalah pilihan terbaik untuk mengelak fibroid secara kekal. Kesannya, anda tidak boleh hamil dan putus haid (menopaus)
  • pembedahan untuk mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim. Dengan kaedah ini, ada kemungkinan untuk fibroid kembali menyerang ( dalam masa 10 tahun ), namun anda masih boleh hamil.

3 : ENDOMETRIAL ABLATION

  • boleh digunakan untuk fibroid yang membesar di dalam lapisan rahim. Tisu endometrium dibuang dengan menggunakan tenaga laser, gegelung dawai panas ( heated wire loop ) atau pemanasan mikrogelombang bendalir panas dalam sebiji belon.
  • ia adalah satu prosedur untuk mengecutkan rahim tanpa pembedahan dengan cara mengurangkan pengaliran darah kepadanya.

5 : UBAT-UBATAN

  • Ia merawat simptom. Ubat ini biasanya mengurangkan tahap estrogen untuk sementara waktu dan pada masa yang sama menyekat pertumbuhan fibroid, terutama sebelum pembedahan. Bagaimanapun, kerana ubat ini sering mendatangkan gejala putus haid seperti panas mencurah ( hot flushes ), kekeringan faraj ( dryness ) dan ketumpatan tulang yang berkurangan; rawatan biasanya diberi hanya tiga hingga enam bulan. Fibroid akan kembali tumbuh selepas  terapi hormon dihentikan.

PERTUBUHAN SOKONGAN DAN RUJUKAN

http://www.obgyn.net/ah/images/types_of_fibroids.jpg
http://www.hopeforfibroids.org/missionstatement.htmL
http://www.fibroidnetworkonline.com
http://groups.yahoo.com/group/uterinefibroids


MERAWAT FIBROID DENGAN SHAKLEE

dah banyak kes sebenarnya berjaya mengecilkan saiz fibroid dan ada juga kes tidak memerlukan pembedahan untuk membuang fibroid tu.. hee~ best kan sebab tak payah nak melabur banyak duit untuk pembedahan semata-mata..


You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS