MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN OLEH PESAKIT CYST DAN FIBROID

nah !! permasalahan paling famous dikalangan wanita pada zaman teknologi.. hee~ cyst dan fibroid !! yeay !! lagi lagi entri pasal ketumbuhan dalam sel badan wanita.. korang tak risau ke ? ke kakak yang risau lebih ? em.. dah nampak kan kat situ ? okay.. tak pe.. baca jek la eh.. enjoy !!! 

dah kerap pulak kan kakak cerita pasal ketumbuhan bagai nih.. hee~ dah itu yang lalu kat tepi cuping telinga kakak, kat depan mata kakak.. scroll jek, ade jek menyinggah al kisah pasal cyst la, fibroid la yang rata rata memang wanita jek alami.. cuak ? ye la !! asal wanita jek yang ade masalah cam ni ? haa.. ke korang salah sorang pesakit cyst dan fibroid ? haa..


CYST DAN FIBROID


mudah faham ;  cyst = jerawat tapi dalam badan kita.. memang boleh jek jadi kat lelaki tapi selalunya kita dengar kat perempuan la.. boleh tumbuh kat mana-mana bahagian dan boleh membesar sehingga mengganggu sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik.. kesimpulannya ; cyst bukan jek boleh jadi kat ovari tapi boleh jugak tumbuh kat paru-paru, buah pinggang, pankreas dan payudara..

antara tanda korang mungkin ada OVARIAN CUST, bila period korang mula terganggu..  ovarian cyst dan fibroid adalah ketumbuhan ( sama ) cuma bezanya fibroid merupakan tisu yang padat dan hanya berada dalam rahim.. tapi ovarian cyst boleh terdiri daripada cecair atau semi solid dan berada dalam ovari ** wink wink **..



PUNCA OVARIAN CYST DAN FIBROID

  • ovarian cyst dan fibroid terjadi disebabkan tubuh wanita terlebih hormon estrogen, dan kekurangan hormon progesteron.. senang cerita, hormon tak stabil..

  • hormon estrogen boleh jadi terlalu banyak disebabkan beberapa faktor termasuk, kehadiran xenoestrogen atau kata lain, hormon yang menyerupai estrogen ( xeno )..
  • xenoestrogen menyebabkan hormon estrogen menjadi lebih banyak dari progesterone..
  • xeno ni terhasil daripada toksin disebabkan kegunaan harian yang melibatkan BPA ( plastik ) , pthalates yang digunakan secara meluas untuk menghasilkan barangan plastik seperti bekas makanan plastik, bekas minuman plastik dan paraben yang digunakan sebagai pengawet di dalam kosmetik dan makanan..
  • pendek kata, memang almost impossible untuk kita elak kewujudan xenoestrogen di dalam tubuh sebab seharian kita pasti akan guna plastik - air mineral kan dalam botol plastik, pasti akan makan makanan luar atau minuman yang mengandungi bahan pengawet..




ADAKAH CYST DAN FIBROID BOLEH DIRAWAT ?

seperti yang telah ditulis oleh Dr. Hamid Arshad, tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan cyst dan fibroid TAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan.. 



selalu jek kita dengar, pesakit ketumbuhan cyst dan fibroid amik jalan mudah dengan melakukan pembedahan.. tapi masih juga ketumbuhan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun.. ye.. bergantung kepada betapa aktif hormon dalam badan kita la.. hee~ tapi kalau sekali sel tu dah ade, sangat susah nak matikan sel sekali jalan..

jaga pemakanan ? hee~ boleh ke ? okay.. okay.. positive side nya, secara tak lansung korang akan aware dengan ape yang korang makan.. kan ? nah !! kakak share sikit makanan ape yang korang boleh makan dan makanan ape yang korang kena elakkan.. yang penting ape ? konsistensi.. bagus.. hee~


TANDA-TANDA PENYAKIT CYST DAN FIBROID

  • gangguan haid
  • masalah keputihan kronik
  • masalah ketidaksuburan
  • kemandulan dikalangan wanita
  • sakit ketika melakukan hubungan suami isteri
  • perut kembang
  • kentut vagina
  • rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
  • kerap buang air kecil ketika batuk, berlari dan melompat
  • kerap letih dan lesu
  • sakit lutut dan tumit
  • sejuk pada kaki dan tangan
  • kejang otot bawah betis
  • kerap keguguran
  • ada ketumbuhan fibroid dan cyst


MAKANAN UNTUK PESAKIT CYST DAN FIBROID

  • ikan laut seperti bawal emas, kembong, selar
  • sayur-sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis
  • kekacang seperti badam, kacang tanah, black bean, kacang merah
  • sayur-sayuran seperti kobis, brokoli, bayam dan ulam-ulaman
  • buah-buahan seperti nenas dan betik
  • ubi kayu
  • sup miso
  • teh hijau

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN OLEH PESAKIT CYST DAN FIBROID

  • daging merah seperti kambing dan lembu
  • ayam ( boleh diambil tapi dalam kuantiti yang sedikit, kalau boleh cari ayam organik tanpa suntikan )
  • produk tenusu seperti keju
  • ikan haruan
  • gamat
  • bahan perasa / perisa seperti ajinomoto, kiub pati ayam
  • makanan manis seperti kuih muih dan pencuci mulut
  • minuman berkarbonat
  • makanan segera seperti sosej, nugget dan mee segera
  • makanan ringan seperti cip kentang
  • makanan berlemak dan berminyak
hee~ menyeramkan kan ? kalau dah sakit, semua makanan sedap sedap tak boleh makan.. seksa woo.. menelan air liur jek la.. tapi !! ade jek jalan penyelesaian.. haa.. tu la korang tak tau.. nanti kakak share eh.. tunggu tau !!

9 comments:

  1. penyakit yang semahunya dielakkan bagi kaum wanita..thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. takut pulak baca.harap3 tak ada lah penyakit ni

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing. Baru lps bt operation buang cyst 3 minggu lps,now kena start jagae mkne. Sakit lps operation hanya Allah j yg tau...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Semoga dijauhkan penyakit mcm ni.That why rabia pergi hospital.pergi check up.Alhamdulillah doktor kata tak ada apa2 penyakit.

    Cuma pergi check up untuk jantung berlubang je.darjah 4 rabia dh operation jantung berlubang

    ReplyDelete
  5. salam..sy pernah ader cyst dan da buang pd tahun 2007.Cyst sebesar 8cm.walau da 11 tahun berlalu tp rasa seram nya masih ader.nk kena berpantang mcm org bersalin.pemakanan yg paling penting utk elak ianya berulang kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nak tanya apa makanan yg kita perlu sipaya cyst x jd semula...saya br je buang cyst dan ovari pd 23/4/2019 sebesar 13cm. Nak tau bgmn sis jg pemakanan supaya cyst tidak tumbuh lg

      Delete
  6. Terima Kasih atas perkongsian. Pemakanan yang sihat dan senaman akan membantu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Tq share info sgt brguna utk smua trutama utk sy sndri slps Disahkan trdpat cyst belah kanan brukuran 2cm slps mengalami keguguran ank ke-3,smuanya Ada hikmah.. DOA kn sy trus kuat dgn berbekalkan smua info yg sy Ada...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.