MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN OLEH PESAKIT CYST DAN FIBROID

by - January 05, 2017

nah !! permasalahan paling famous dikalangan wanita pada zaman teknologi.. hee~ cyst dan fibroid !! yeay !! lagi lagi entri pasal ketumbuhan dalam sel badan wanita.. korang tak risau ke ? ke kakak yang risau lebih ? em.. dah nampak kan kat situ ? okay.. tak pe.. baca jek la eh.. enjoy !!! 

dah kerap pulak kan kakak cerita pasal ketumbuhan bagai nih.. hee~ dah itu yang lalu kat tepi cuping telinga kakak, kat depan mata kakak.. scroll jek, ade jek menyinggah al kisah pasal cyst la, fibroid la yang rata rata memang wanita jek alami.. cuak ? ye la !! asal wanita jek yang ade masalah cam ni ? haa.. ke korang salah sorang pesakit cyst dan fibroid ? haa..

CYST DAN FIBROID

mudah faham ;  cyst = jerawat tapi dalam badan kita.. memang boleh jek jadi kat lelaki tapi selalunya kita dengar kat perempuan la.. boleh tumbuh kat mana-mana bahagian dan boleh membesar sehingga mengganggu sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik.. kesimpulannya ; cyst bukan jek boleh jadi kat ovari tapi boleh jugak tumbuh kat paru-paru, buah pinggang, pankreas dan payudara..

antara tanda korang mungkin ada OVARIAN CUST, bila period korang mula terganggu..  ovarian cyst dan fibroid adalah ketumbuhan ( sama ) cuma bezanya fibroid merupakan tisu yang padat dan hanya berada dalam rahim.. tapi ovarian cyst boleh terdiri daripada cecair atau semi solid dan berada dalam ovari ** wink wink **..



PUNCA OVARIAN CYST DAN FIBROID

  • ovarian cyst dan fibroid terjadi disebabkan tubuh wanita terlebih hormon estrogen, dan kekurangan hormon progesteron.. senang cerita, hormon tak stabil..
  • hormon estrogen boleh jadi terlalu banyak disebabkan beberapa faktor termasuk, kehadiran xenoestrogen atau kata lain, hormon yang menyerupai estrogen ( xeno )..
  • xenoestrogen menyebabkan hormon estrogen menjadi lebih banyak dari progesterone..
  • xeno ni terhasil daripada toksin disebabkan kegunaan harian yang melibatkan BPA ( plastik ) , pthalates yang digunakan secara meluas untuk menghasilkan barangan plastik seperti bekas makanan plastik, bekas minuman plastik dan paraben yang digunakan sebagai pengawet di dalam kosmetik dan makanan..
  • pendek kata, memang almost impossible untuk kita elak kewujudan xenoestrogen di dalam tubuh sebab seharian kita pasti akan guna plastik - air mineral kan dalam botol plastik, pasti akan makan makanan luar atau minuman yang mengandungi bahan pengawet..

ADAKAH CYST DAN FIBROID BOLEH DIRAWAT ?

seperti yang telah ditulis oleh Dr. Hamid Arshad, tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan cyst dan fibroid TAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan.. 


selalu jek kita dengar, pesakit ketumbuhan cyst dan fibroid amik jalan mudah dengan melakukan pembedahan.. tapi masih juga ketumbuhan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun.. ye.. bergantung kepada betapa aktif hormon dalam badan kita la.. hee~ tapi kalau sekali sel tu dah ade, sangat susah nak matikan sel sekali jalan..

jaga pemakanan ? hee~ boleh ke ? okay.. okay.. positive side nya, secara tak lansung korang akan aware dengan ape yang korang makan.. kan ? nah !! kakak share sikit makanan ape yang korang boleh makan dan makanan ape yang korang kena elakkan.. yang penting ape ? konsistensi.. bagus.. hee~

TANDA-TANDA PENYAKIT CYST DAN FIBROID

  • gangguan haid
  • masalah keputihan kronik
  • masalah ketidaksuburan
  • kemandulan dikalangan wanita
  • sakit ketika melakukan hubungan suami isteri
  • perut kembang
  • kentut vagina
  • rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
  • kerap buang air kecil ketika batuk, berlari dan melompat
  • kerap letih dan lesu
  • sakit lutut dan tumit
  • sejuk pada kaki dan tangan
  • kejang otot bawah betis
  • kerap keguguran
  • ada ketumbuhan fibroid dan cyst

MAKANAN UNTUK PESAKIT CYST DAN FIBROID

  • ikan laut seperti bawal emas, kembong, selar
  • sayur-sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis
  • kekacang seperti badam, kacang tanah, black bean, kacang merah
  • sayur-sayuran seperti kobis, brokoli, bayam dan ulam-ulaman
  • buah-buahan seperti nenas dan betik
  • ubi kayu
  • sup miso
  • teh hijau

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN OLEH PESAKIT CYST DAN FIBROID

  • daging merah seperti kambing dan lembu
  • ayam ( boleh diambil tapi dalam kuantiti yang sedikit, kalau boleh cari ayam organik tanpa suntikan )
  • produk tenusu seperti keju
  • ikan haruan
  • gamat
  • bahan perasa / perisa seperti ajinomoto, kiub pati ayam
  • makanan manis seperti kuih muih dan pencuci mulut
  • minuman berkarbonat
  • makanan segera seperti sosej, nugget dan mee segera
  • makanan ringan seperti cip kentang
  • makanan berlemak dan berminyak
hee~ menyeramkan kan ? kalau dah sakit, semua makanan sedap sedap tak boleh makan.. seksa woo.. menelan air liur jek la.. tapi !! ade jek jalan penyelesaian.. haa.. tu la korang tak tau.. nanti kakak share eh.. tunggu tau !!




You May Also Like

69 comments

  1. Mmg menyeramkan Atie. Moga dijauhkan benda benda gini hendaknya. Kalau boleh tak mau duduk hospital sebenarnya huhu...

    Sekarang ni baru tahu, nikmat kesihatan jugak yg penting dulu dulu tak berapa nak fikir sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. atie dulu pun memang tak amik kisah lansung pasal kesihatan.. makan pun main hentam jek.. tapi bila dah masuk niche yang berkaitan.. hee~ nah !! banyak kena ubah selagi sempat..

      Delete
  2. penyakit yang semahunya dielakkan bagi kaum wanita..thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. hee~ semoga lebih ramai wanita mempunyai kesedaran tentang KETUMBUHAN.. in shaa Allah..

      Delete
  3. takut pulak baca.harap3 tak ada lah penyakit ni

    ReplyDelete
  4. telur ngn roti boleh makan x?
    sy ade cyst 3.3cm.. x berani nk mkn sume benda takot besar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tu dik.. dah jumpa doktor ?

      Delete
    2. salam mieyra nasir..apa kabar awak..cyst awak yg 3.3cm tu mngecut n hilang tk..

      Delete
  5. A great post - I continually feel that it's less simple than I previously thought.

    fibroid removal surgery india

    ReplyDelete
  6. Tq for sharing.Baru lps buat operation buang cyst 11cm 😓. Skrg ni kena jaga mkn takut jd blk. Sakit lps operation hanya Allah je tau...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kt sepital mana...sy tgh tunggu turn nk opret...takutnya

      Delete
    2. Sy punya lagi besar dah mcm orang mgdung 9bulan .. tp skrg sy sy buang .. sy csty jenis cecair .. lps opret , kempis trus perut ..

      Delete
    3. Berapa ye kos operation?

      Delete
  7. Tq for sharing. Baru lps bt operation buang cyst 3 minggu lps,now kena start jagae mkne. Sakit lps operation hanya Allah j yg tau...huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing..saya baru shj buang cyst ovary..cyst sy dah pecah..ya Allah..sakitnya hanya Allah yg tahu..today 21 ari..masih berpantang..luka luar dah ok..tapi masih rasa sengal2 n ngilu2 kt dalam..moga diberi kesembuhan dariNya..sy akan cuba elakkan makanan yg x elok utk cyts..serik operate ni😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam
      Saya baru selesai operate 18/5..Hari ni hari ke tiga..Ya allah sakit tuhan sahaja yang tahu...tempat pembedahan sakit.sangat..sehingga nak.batuk pun x boleh.harap cepatlah sembuh

      Delete
  9. Apa dia jalan penyelesaian lain tuh, cpt2 share ye tk sabar nk baca😚

    ReplyDelete
  10. Anonymous10 May, 2018

    Br kua hosp sebab etopic n fibroid...sakitnye tuhan saja tahu...kne tebukx da perot ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuuuuuuuuu.. sis.. nanti share kan pengalaman ya.. teringin sangat saya nak baca.. semoga sis cepat sembuh..

      Delete
  11. Sy pon ade cyst 3x3 n fibroid 5x3, msh dlm pemerhatian, sebab sy tgh mgndung 10w...

    ReplyDelete
  12. Sy pon ade cyst 3x3cm n fibroid 5x3cm, msh dlm pemerhatian, sbb sy mgandung 10w...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam awk..sy baru saja mngalami benda yg sama mcm awk..tgh hamil 10w n ada fabroid 3x3cm..risau semua ada,awk mcm mana?dia mengecut ka?

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Semoga dijauhkan penyakit mcm ni.That why rabia pergi hospital.pergi check up.Alhamdulillah doktor kata tak ada apa2 penyakit.

    Cuma pergi check up untuk jantung berlubang je.darjah 4 rabia dh operation jantung berlubang

    ReplyDelete
  15. seafood boleh makan tak?

    ReplyDelete
  16. Saya pn baru lepas pmbedahan buang cyst 6.7cm 25hb julai. Trus google apa pantng larang seleps operte benda ni. Thanks sharing sis

    ReplyDelete
  17. 2011 pernah kene tebuk sbb ad cyst, lps 1 tahun ad fibroid plk.usaha berubat lps tu hilang,tahun lps ad semula sampai skg.dua mggu llu p hospital doc kata b'tambah bsr. Dlu 4cm skg 6.4cm ...sakitnya hanya Tuhan yg tahu. Tahun lps 2x msuk ward sbb period n byk kluar drh. Melebihi sgt. Hb tinggal 6 je. D msuk darah tp x sempat abis sy demam.skg mcm" rasa sakit.x reti nk terangkn. Sedih sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga cepat sembuh.cuba cara herba

      Delete
  18. saya pengidap cyst ovary dan baru lepas operation 3 bulan lepas.Kiri kanan kena dan ovary hampir dibuang..sebelah kiri jenis dermoid cyst sebesar 5cm dan sebelah kanan xpasti sejenis cyst apew yang pasti berlemak sebesar 10cm.Doc ckp jenis dermoid cyst takkan ada lagi sampai biler.. tapi saya tetap risau. Saya belum berkawin lagi tapi dah rasa semua nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm sabar ya kak.. Saya faham perasaan tu. Sakit sangat :')

      Delete
    2. Awak operate di hosptital mana?

      Delete
    3. Dermoid cyst tu doktor dh buang ke sis....

      Delete
  19. Sy br lepas minor operation utk cyst...1 cm..skrang dh xbleh mkn ikut suka takut bl dlm bilik bedah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy baru thu pg td,yg sy ad cyst belah kiri,doc ckp 2.87cm,klo cyst 6cm baru kene operation,Awak operation dekat swasta ke?die buang cyst sahaja,atau ovari kita skli ya

      Delete
    2. maaf tanye, kalau 1cm pun doc bg operate ke?. Sebab saya ade cyst 4 cm. Tapi doc kata cek lg 4 bln akan dtg. Sebab cyst kurang dr 5cm x berbahaya. Dan kadang2 boleh hilang mcm tu je. So saya kene tunggu lg 4 bulan nak tgk cyst ni membesar atau tidak.

      Delete
  20. sya bru dekat 2 minggu buang endo cys seblh kanan scra laparoscopy.saiz 7cm..sakit allah je yg tahu..hrap2 ad hikmah diatas ujian ini dan diberi cahaya mata slps ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah dear.kita usaha dan berdoa. Jaga pemakanan n lifestyle

      Delete
  21. Saya baru lepas operate 'emergency' 8/8 haritu.. Sepatutnya date op 21/8... Pagi 8hb tu rasa sakit yg teramat. Mcm contraction.. Sakit lepastu hilang... Sakit lagi sampai la dlm 2 jam lebih. P hkl doc suruh refer ke O&G... Dah scan semua doc kata cyst membengkak dan haritu juga sy operate. Perasaan dan pengalaman yg sukar untuk dikongsikan. Sakit mcm hilang separuh nyawa. Derita selepas operation Allah saja yg tahu. Ditambah pula sy diserang angin medu... Allahhhhhh... Tu saja ungkapan yg keluar dr bibir. Doc ada bgtahu.. Rupanya cyst sy dah terpusing.. 'twisted ovarian cyst'.. Belah kiri.. 16cm.. Yg belah kanan pula 10cm... Masa diangkat keluar cyst tu pecah. Alhamdulillah tak pecah kat dalam.. Andaikata pecah didalam dan kandungan cyst tu ada sel kanser boleh bawa kepada kematian.. Skrg tgh berpantang cuma sy nak tanya pada yg lebih berpengalaman.. Pantang lepas buang cyst ni sama mcm pantang lepas bersalin ke? Telur boleh makan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sis cepat sihat ye. Seeloknya berpantang mcm orang bersalin berpantang. Saya dulu tahun 2005 operate appendix,mak saya suruh berpantang juga tapi dlm 2 minggu je. Telur tu sumber protein,kalau tak berani nak makan dulu maybe boleh ganti dgn sumber protein lain. Protein penting utk recover

      Delete
  22. Klo ada cyst gn fibroid blh mkn telur x

    ReplyDelete
  23. Kalo ada cyst gn fibroid blh mkn telur x

    ReplyDelete
  24. Byk kne pantang mkn..semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah..

    ReplyDelete
  25. Sy masih d hosp, kemarin dlu operation buang cyst 7×10.. Lpas ni kna jga pemakanan takot tumbuh lgi

    ReplyDelete
  26. Saya pernah oprate csyt 16cm pada bulan 4 tahun lepas..pada bulan 12 tahun lepas csyt Sy tumbuh balik Dlm 5cm...3bulan lepas cek hospital masih lagi csyt 5cm...Sy jaga permakanan Tp csyt masih lagi aktif��...semoga allah beri kesihatan untuk kita semua dan dapat menimbang Cahaya mata suatu hari nnt..aamiin��

    ReplyDelete
  27. saya baru dapat tahu ada fibroid 8cm masa pegi check up 9/10/18.. punca pegi check up sbb rasa xselsa dekat perut bahagian bawah n perut keras bla di tekan. bla scan, doktor ckp ada fibroid 8cm.. ms tu trus menangis.. sekarang nak kena refer dktr pakar.. xtahu la nati next step apa.. harap2 dpermudahkan segala urusan n sy dpt menimang cahaya mata .. dh 3 tahun lebih kwin dan masih belum ada rezeki anak... dapat ujian mcm ni pulak... smoga ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  28. Salam sis semua, saya baru dapat tahu saya ada ketumbuhan cyst, cyst saya dah membesar saiz 12cm, saya masih menunggu result darah Dan ct scan baru doctor bagi tarikh untuk operation.. Sekarang saya takut nak makan takut cyst membesar lagi, saya dalam keadaan tekanan selepas tahu penyakit ni.

    ReplyDelete
  29. Saya baru detect cyst..tapi sy sedang hamil 3 bln..doc ckp besar..so kena buang..ada apa2 effect ke untuk baby?siapa ada pengalaman?😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru2 ni saya hamil 2 bulan lebih ada cyst 7 cm..docter nk opret cyst tu..rasa takut gak la takut jadi pape ngan bby..saya di masuk wab 1 hr sblm opret mlm tu docter scan lagi sekali nk tengok cyst makin besar ke x last2 tengok bby dalam kandungan x gerak..Allah sdih sngt bby dah xda dalam perut..docter pun batal untuk buang cyst..skrg tunggu janin kluar sedri dalam 2 minggu ����

      Delete
  30. Sya baru kahwin 2 thn,bru2 ni check up sbb drh haid keluar terus,2 kali sebln drh kluar...doc kata fibroid 3x2.4cm refer pakar puan ,doc kata sbb tu x dpt baby smpai skrg sbb ada bnda yg kacau pembiakkan telur utk jd baby...nntu 14/12 ni jmpa pakar puan...doa2 sya

    ReplyDelete
  31. Sya baru kahwin 2 thn,bru2 ni check up sbb drh haid keluar terus,2 kali sebln drh kluar...doc kata fibroid 3x2.4cm refer pakar puan ,doc kata sbb tu x dpt baby smpai skrg sbb ada bnda yg kacau pembiakkan telur utk jd baby...nntu 14/12 ni jmpa pakar puan...doa2 sya

    ReplyDelete
  32. salam..sy pernah ader cyst dan da buang pd tahun 2007.Cyst sebesar 8cm.walau da 11 tahun berlalu tp rasa seram nya masih ader.nk kena berpantang mcm org bersalin.pemakanan yg paling penting utk elak ianya berulang kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nak tanya apa makanan yg kita perlu sipaya cyst x jd semula...saya br je buang cyst dan ovari pd 23/4/2019 sebesar 13cm. Nak tau bgmn sis jg pemakanan supaya cyst tidak tumbuh lg

      Delete
  33. Saya baru dapat tahu 3 minggu lepas itu pun sebab nak scan baby (first baby) sy pregnant 7week time tu. Doc trkejut sy ada ketulan lain di ovary kanan. Rupanya itu cyst. And now sy rasa risau kalau operation nanti ada pape risiko dkt baby sy. Now sy tgh tnggu date nak operation. doakan semua baik2 je. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis da operate ke.. Leh share.. Sis boe cm mse kesan ada cyst

      Delete
    2. Sis da operate ke.. Leh share.. Sis boe cm mse kesan ada cyst

      Delete
  34. dalam dilema untuk operate......saya akn operate pada 10 january ni fibroid 5.5cm dan cyst 4cm.nak tangguh or teruskan?.....takut sakit after operate.

    ReplyDelete
  35. Saya baru dapat tahu ad cyst ovari 5cmx4cm.. Skrg tgah cuba amal kn makan yg berkasiat, insha allah.. Semoga kita semua tabah mghadapi semua ini... Hnya tuhan saje yg thu perasaan kite... Tq share

    ReplyDelete
  36. Saya baru dapat tahu ad cyst ovari 5cmx4cm.. Skrg tgah cuba amal kn makan yg berkasiat, insha allah.. Semoga kita semua tabah mghadapi semua ini... Hnya tuhan saje yg thu perasaan kite... Tq share

    ReplyDelete
  37. Susu boleh minum tak kakk

    ReplyDelete
  38. Sy bru lepas operation buang fibroid pada 8/1/19.alkisahnya sy period 30/8.sakit kepala yg teramat. Dh lama sy alami sakit kepala berpanjangan bila period, period pulak heavy flow. Sentiasa bocor dan asyik nk terkencing sepanjang masa. Tp silap sy xpergi check awal2. 31/1 pergi check kt hospital kerajaan, temujanji lmbt lg. Sy pun ke KPJ. Doktor scan ada fibroid sebesar 9cm lebih. Katanya perut sy mcm org pregnant 14 minggu. check 31/12....7/1 terus masuk wad utk operation. Doktor bg mc bulan
    Betapa peritnya rasa lepas operation,hanya Allah ke tahu. Skrg tgh berpantang kt rumah mak. Syukur masih ada mak, jaga mas pantang. Semoga sy mendapat zuriat selepas ini. Dh lama idamkan ank sendiri

    ReplyDelete
  39. saya baru 2 minggu operation buang fibroid dan cyst....

    ReplyDelete
  40. Sy Bru dpt Tahu yg sy cyst 2cm x 2.3cm.. period sy xberhenti..DH 17hari...slalu nya period lama Sbb fibroid tp sy doktor ckp cyst..doktor just bg ubt utk stop darah period...lg 2bulan doktor nk scan balik..doktor ad suggest kn sy Mkn habatussauda Dan peria....

    ReplyDelete
  41. sy ada cyst dua belah dlm perut..kanan 5cm sblah kiri 3cm...lpas pergi check hospital swasta...lpas selang berapa hari sy mkn ubt than sakit dan bengkak..sy pergi check dkat hospital krjaan...alhamdulillah cyst sy sblah kiri dah xada...cme sblah kanan trun jd 4cm...doc ckp lau ada cyst ssah nk mengndung...sy dh khwn..minta2 satu hari lg sy mengandung...in sha allah...lg satu doc ckp lau sy mngandung cyst sy mybe akn kurang...xbengkak..sy dh lupa cyst apa...doc ckp cyst awk xbhya cuma klau period mmg skit sbb jd bengkak...sbb period sy bkn dlm rahim tp luar rahim melekat dkat dinding rahim tuh yg jd cyst...

    ReplyDelete
  42. sy ada cyst dua belah dlm perut..kanan 5cm sblah kiri 3cm...lpas pergi check hospital swasta...lpas selang berapa hari sy mkn ubt than sakit dan bengkak..sy pergi check dkat hospital krjaan...alhamdulillah cyst sy sblah kiri dah xada...cme sblah kanan trun jd 4cm...doc ckp lau ada cyst ssah nk mengndung...sy dh khwn..minta2 satu hari lg sy mengandung...in sha allah...lg satu doc ckp lau sy mngandung cyst sy mybe akn kurang...xbengkak..sy dh lupa cyst apa...doc ckp cyst awk xbhya cuma klau period mmg skit sbb jd bengkak...sbb period sy bkn dlm rahim tp luar rahim melekat dkat dinding rahim tuh yg jd cyst...

    ReplyDelete
  43. Terima kasih atas perkongsian...semoga jadi iktibar..

    ReplyDelete
  44. alhamdulillah..saya baru mjalani pembedahan fabroid dan sis.....nasihat sy jgn takut....redha..insha Allah....segala nya mjadi mudah....

    ReplyDelete