MESTI BACA !! TANDA-TANDA WANITA MENGHIDAPI KETUMBUHAN FIBROID

bila kakak baca serba sedikit pasal fibroid, memang menyeramkan la.. hee~ sebab ianya merupakan ketumbuhan dalam perut yang menyerupai orang mengandung.. besar - bulat tapi sakit la kan.. sebab ianya ketumbuhan tak normal.. cuma yang korang kena faham, fibroid nih boleh menjadi kanser kalau korang tak amik tindakan awal untuk merawat..



masalah kesihatan wanita


PUNCA FIBROID


tak de sebab khusus tapi ianya ada kaitan dengan pengeluaran hormon estrogen dari dalam badan dan ketumbuhan ini seoalh-olah terhasil semasa tahun tahun reproduktif dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas habis haid.. fibroid nih boleh tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran hormon estrogen dan aliran darah tetapi biasanya tidak menyebabkan sebarang komplikasi..



FAKTA TENTANG FIBROID


mengikut kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% dari golongan ini yang betul betul memerlukan rawatan

  • sekiranya ada ahli keluarga terdekat anda mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi.
  • tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas puberti.. jadi ia tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak kanak dan saiz fibroid mengecut selepas menopos disebabkan kekurangan estrogen..
  • fibroid membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean.. kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal..
  • gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid adalah aliran haid yang banyak dan sengugut..
  • anemia adalah salah satu komplikasi serius fibroid..
  • 80% wanita yang mengidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala..
  • ke-teruk-kan gejala fibroid tidak berkait secara langsung dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim dimana ia tumbuh..
  • fibroid adalah di antara sebab utama Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim..
  • JENIS FIBROID :
    • fibroid submukus
      • membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam rahim
    • fibroid Intramural
      • membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding
    • fibroid Subserus
      • membesar di luar dinding rahim
    • fibroid Pedunkal
      • membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks ( pangkal rahim )

SIMPTOM FIBROID


biasanya simptom pesakit fibroid tak sama antara satu sama lain.. tapi boleh la korang cek kot kot ade ke simptom kat korang ke kan.. hee~ atau mungkin sedara mara / adik beradik / jiran tetangga yang dekat ke..
  • sakit ketika hubungan kelamin
    • istilah perubatan merujuk dyspareunia ( dys – tidak selesa, sakit, pareunia – hubungan kelamin )
  • haid yang banyak, sakit ketika haid dan berpanjangan dysmenorrhea )
  • tekanan pada belakang, pundi kencing dan usus besar
  • sembelit teruk
    • fibroid yang membesar akan menekan kawasan usus menjadikan diameter usus menyempit dan pergerakan najis tidak lancar.. apabila najis terhimpit lama-lama menyebabkan sembelit kronik atau berpanjangan..
    • sama jugak kalau ada apa-apa ketumbuhan di ovari, pundi kencing dan sebagainya.. sebab tu kalau sembelit kronik tak boleh pandang ringan.. tau..
  • kencing tidak lawas
    • sama macam sembelit.. ketumbuhan fibroid akan menekan pundi kencing dan menyebabkan kapasiti pundi kencing menjadi kecil dan sukar untuk membuang air kecil.. haa.. nah !! gitu.. 

KOMPLIKASI FIBROID


lebih kurang 3 % daripada penghidap fibroid mempunyai masalah kesukaran untuk hamil kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan kesukaran untuk melekatkan embrio pada dinding rahim dan sekiranya fibroid terlampau besar, ia juga menjadi penyebab saluran fallopian tersumbat dan menyebabkan seseorang itu sukar untuk hamil..


merawat masalah fibroid


RAWATAN FIBROID


kebanyakan masalah fibroid tidak perlu dirawat melainkan terdapat tanda-tanda yang mendatangkan kemudaratan kepada pesakit.. biasanya doktor akan membuat saranan berpandukan :

  • tahap keseriusan dan masalah pendarahan ketika haid
  • fibroid tunbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar
  • faktor umur
  • keinginan untuk menambah zuriat
antara pilihan rawatan ialah :

1 : Histerektomi

  • pembedahan membuang rahim..
  • histerektomi adalah pilihan terbaik sekiranya telah membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi. Ia juga adalah pilihan terbaik untuk mengelak fibroid secara kekal dan kesannya, anda tidak boleh hamil dan putus haid ( menopaus )
2 : Miomektomi


  • pembedahan untuk mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim. Dengan kaedah ini, ada kemungkinan untuk fibroid kembali menyerang ( dalam masa 10 tahun ), namun anda masih boleh hamil..
3 : Abliasi Endometrial ( Endometrial ablation ) boleh digunakan untuk fibroid yang membesar di dalam lapisan rahim. Tisu endometrium dibuang dengan menggunakan tenaga laser, gegelung dawai panas ( heated wire loop ) atau pemanasan mikrogelombang bendalir panas dalam sebiji belon..

4 : Uterine arteri embolisasi

  • ia adalah satu prosedur untuk mengecutkan rahim tanpa pembedahan dengan cara mengurangkan pengaliran darah..
5 : Ubat-ubatan
  • ia bertujuan merawat simptom dan ubat ini biasanya mengurangkan tahap estrogen untuk sementara waktu dan pada masa yang sama menyekat pertumbuhan fibroid, terutama sebelum pembedahan.. bagaimanapun, kerana ubat ini sering mendatangkan gejala putus haid seperti panas mencurah ( hot flushes ), kekeringan faraj ( dryness ) dan ketumpatan tulang yang berkurangan; rawatan biasanya diberi hanya tiga hingga enam bulan.. fibroid akan kembali tumbuh selepas  terapi hormon dihentikan..
kan elok kalau kita selalu memilih untuk mencegah berbanding merawat.. hee~ dengarnya kos rawatan pembedahan untuk fibroid ( atau apa apa ketumbuhan dalam abdomen ) semakin hari semakin mahal.. korang pilih yang mana ?

LOVE ;
ATIE ADNAN

1 comment:

Powered by Blogger.