ANDA KETAGIH BENDA MANIS ?

by - November 04, 2015


cuba nak hidup dalam gaya FREE SUGAR ? hee~ boleh ke nak berhenti 'makan' gula lepas dah bertahun-tahun dok semua jenis air yang kita minum banyak dengan kandungan gula.. bunyi macam susah dan mustahilkan ? ye.. tapi bukan bermaksud tak de jalan penyelesaian..

jom kita cek cemana cara untuk kita elak terus terus menjadi penagih benda manis..

1 : SEDAR AKAN 'NIKMAT' KETAGIHAN
  • bila dah biasa dengan gula, sampai nak tidur pun dok carik benda manis kan ? cokelat ke, kuih muih ke.. tak kisah janji benda manis untuk sedapkan tekak.. korang tau tak ketagihan gula ni sama-macam-dengan ketagihan pada pelbagai jenis dadah ? lagi banyak korang makan, lagi banyak korang nak.. ada tu sampai masuk dalam mimpi.. hee~

2 : ELAKKAN MENYIMPAN STOK
  • ya.. asal bukak peti sejuk, ada jek kek tersedia.. asal bukak almari stok makanan, ada jek roti roti manis, cokelat, minuman berkarbohidrat.. hee~ dari rumah kita dah mula menjinakkan diri dengan benda manis.. haa.. dah baca artikel ni ? boleh la kurangkan makanan manis kat dalam senarai stok makanan.. cuma itu cara paling mudah untuk kurangkan pengambilan gula dalam diet seharian sekaligus mengurangkan rasa ketagihan..

3 : SEBAB TERSEMBUNYI ( KENA TIPU )
  • dulu.. kakak suka sangat kat ade satu jenis biskut oat ni.. katanya tanpa gula dan pemberi tenaga.. hahaha~ korang tau tak ? gula adalah pembekal tenaga yang baik ? dan korang akan rasa bertenaga jek bila gula banyak dalam badan.. dan korang kena tipu dengan pelbagai jenis makanan yang dah ade SUGAR FREE kat pasaran tu.. psssttt.. yogurt yang konon untuk penghadaman dan berfungsi membentuk tubuh yang lansing sebenarnya tinggi kandungan gula.. hee~ dan gula bertukar kepada lemak.. jangan komplen kalau dah makan makanan untuk diet tapi berat masih tak turun jugak.. hee~

4 : TEMPOH ( KITA AMIK 2 MINGGU )
  • 2 minggu tanpa benda manis.. agak susah.. ye.. kakak pun sama.. kengkadang terbayang air coke terbang depan mata.. hahaha~ tapi kena paksa diri dan disiplin la kalau nak sihat kan.. gantikan makanan mais anda dengan slaad.. lagi best kot kan.. hee~ cuba la.. mana tau.. nak seribu daya tak nak seribu dalih..

5 : AIR MASAK
  • bila sampai masa korang betul betul nak benda manis, salah satu solusi paling mudah adalah dengan minum air sejuk.. ala.. air kosong dari peti sejuk tu.. haa.. kalau nak lagik best, perahkan sedikit lemon dan beberapa helai daun pudina.. dan !! walllaaahhh !! keinginan untuk makan benda manis tadi dah di-cover dengan minuman detox !! anda berjaya.. hee~

6 : PEMULIHAN BERKALA 
  • kalau nak stop terus, macam berat jek hati ni kan.. meleleh jek air liur bila jenjalan nampak kek, cokelat, lolipop.. hahaha~ kalau dulu, amik hari-hari.. lepas ni try secara berkala.. seminggu sekali sebagai contoh.. jadikan hari Jumaat sebagai CHEAT DAY.. haa.. tapi kena disiplin la.. jangan la Jumaat dah cheat day, sabtu pun cheat day gak.. ahad pun cheat day gak.. hee~ punah disiplin gamak nye gitu..

7 : MAKAN DI LUAR
  • ada perancangan nak makan kat luar dengan ahli keluarga atau kengkawan ? haa.. ini kes berat !! hahaha~ set minda korang.. dan buat pesanan ringkas kat ahli keluarga atau kengkawan untuk ingatkan korang supaya TIADA pencuci mulut yang manis untuk korang.. hee~ jangan sekat orang lain plak.. yangp enting korang tu.. jangan nanti korang tak boleh nak makan, sampai orang lain pun korang tak bagi nak makan sama..

8 : AMBIL MASA
  • ye.. susah kot nak berhenti secara mengejut.. betul.. kakak sokong.. ambil masa dan perlahan-lahan.. janji konsisten.. haa.. korang tau tak gula ni banyak nama.. dekat setiap pembungkusan makanan kan ade kandungan makanan kan ? korang boleh cek senarai nama gula yang terselit.. hee~ kata nak diet kan.. nak sihat kena la berkorban untuk gaya hidup yang lebih sihat.. gitteewww--

ni senarai nama gula yang ade kat pasaran ye.. cek tau..

1 : buttered syrup
2 : cane sugar
3 : brown sugar
4 : corn syrup
5 : beet sugar
6 : dextrose
7 : caramel
8 : galactose
9 : friute juice concentrate
10 : diatase
11 : dextran
12 : icing sugar
13 : ethyl maltol
14 : date sugar
15 : glucose
16 : golden syrup
17 : barley malt
18 : refiners syrup
19 : sugar
20 : maple syrup
21 : honey
22 : turbinado sugar
23 : glucose solid 
24 : golden sugar
25 : barbados syrup
26 : castor sugar
27 : lactose 
28 : panocha
29 : raw sugar
30 : muscouado
31 : rice syrup
32 : treacle
33 : florida crystal
34 : yellow sugar
35 : mannitol
36 : molasses
37 : diastatic malt
38 : fructose
39 : agave nectar
40 : high frustose corn syrup

hati-hati ya.. hee~ nantikan TIPS MENANGANI DIABETES dari kakak.. dan zaman sekarang ni pun, golongan muda pun dah ramai menghidap diabetes.. pergh !! ada tu kena cucuk insulin sendiri.. haa.. tunggu tau..


LOVE ;

You May Also Like

0 comments