KAITAN KALSIUM DAN AKTIVITI SEHARIAN ?

bila cakap pasal kalsium, memang kaka berani jamin tak ramai penggemar susu.. kan ? hee~ okay.. yang mana tak suka susu, kita geng.. GENG ANTI SUSU.. gittew-- tapi kena tau jugak.. dlaam tak suka tu, terpaksa ambil sebab tulang kita terbina dengan kalsium.. kalau tak banyak la masal yang timbul.. belum 20 tahun tapi tulang dah keriuk keriuk dah tak boleh nak melasak macam remaja lain..

serius tak best kan ?


APA ITU KALSIUM ?

  • kalsium merupakan mineral yang penting untuk tulang, gusi dan gigi yang sihat..
  • doktor mungkin akan mencadangkan untuk mengambil makanan tambahan ( vitamin ) kalsium kalau terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia..

KENAPA KENA AMBIL KALSIUM UNTUK SARAPAN ?

kalau nak ikutkan, bila bila masa jek sesuai kalau nak minum susu ni tapi sebaik mungkin ambil waktu perut kosong, iaitu pagi la kan.. hee~ sebab ? sebab susu mengandungi kalori yang cukup untuk keperluan badan dan memberi tenaga pada tubuh.. walaupun korang TER-skip lunch, perut tak la lapar mana..

berapa ramai yang tak minum susu waktu sarapan ?

orait !! bab nih kita memang geng a-- sebab kakak memang sarapan berat berat.. macam nasi kandar ke, nasi kerabu ke, nasi berlauk ke.. memang jenis gitu sebab kakak jarang lunch tepat pada masa.. tapi !! sepanjang seminggu untuk CABARAN SARAPAN PAGI BERSAMA DUTCH LADY, kakak try a--

memang best.. badan pun rasa lebih ringan dan rasa lapar tu kurang berbanding makan ala-kadar waktu sarapan.. dah kalau kakak minum susu, memang tolek tepi la sarapan berat berat.. hee~

nak tau ape sarapan kakak ? haa.. sini !!!








KALSIUM PENTING ?


ye !! kalsium sangat penting untuk :
  • menguatkan tulang
    • kalsium membantu utnuk menguatkan tulang dan memastikan bentul yang betul kepada badan.. ia juga dapat mencegah penyakit arthitis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan dlaam aktiviti seharian
  • mencegah obesiti
    • kalsium dapat memabantu dalam mengekalkan  berat badan yang optimum.. haa.. kalau nak diet dan dapat berat badan yang sesuai dengan BMI, jangan lupa sarapan dengan susu setiap pagi..
  • melindungi otot jantung
    • jumlah kalsium yang mencukupi dapat membantu otot jantung melakukan kerja penguncupan dan pengembangan dengan betul dan membantu sistem sarafuntuk mengekalkan tekanan dalam arteri..
  • mengelakkan kanser kolon
    • kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan dan dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan.. kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini..
  • mencegah blues pra - haid
    • jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid seperti pening kepala, perubahan mood dan tekanan darah tinggi.. tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan..

  • mencegah batu karang
    • kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang.. faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang..
  • memastikan tahap pH alkali yang sihat
    • kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan..
  • mengawal tekanan darah
    • Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH )".. diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium.. hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun
  • mengalakkan pertumbuhan tulang, gigi dan kuku yang sihat
    • pengambilan kalsium SEPATUT nya bermula pada usia awal lagi bagi membentuk tulang dan gigi yang kuat dan tidak mudah rapuh..
  • membantu pengangkutan nutrien
    • kalsium membantu nutrien bergerak dengan lebih mudah melintasi membran sel..
haa.. nampak tak betapa badan kita sangat perlukan KALSIUM untuk pembentukan sel sel badan yang lebih sihat.. hee~ kakak memang bukan 'milk-person' tapi disebabkan faktor usia, kaka amik jugak la.. anak-anak pon sama dan pilihan kami memang yang mudah dan senang iaitu DUTCH LADY laa.. beli berkotak kotak lepas tu simpan dalam peti ais.. hee~



untuk maklumat lanjut pasal DUTCH LADY MALAYSIA..





10 comments:

  1. Sokong! Kalsium tu sangat penting utk pertumbuhan Kanak2 dan juga dewasa 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! sebab tu kena jugak la hadap walaupun bukan milk-person.. hee~

      Delete
  2. Manis tak ni? or kurang gula...mmg kalsium penting utk kanak-kanak, tapi wanita yg berusia sikit pun perlu kalsium juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak manis pon.. hee~ bukan kata wanita dan kanak-kanak.. lelaki pun perlukan kalsium.. lagi2 25 tahun dan keatas..

      Delete
  3. Bru lepas minum susu Dutch Lady coklat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. kat rumah nih yang cokelat tak laku.. dorang suka fullcream.. hee~ nanti boleh try cokelat plak tengok ape rasa..

      Delete
  4. Saya suka perisa coklat.
    Alhamdulillah habit minum susu semasa pregnant masih terbawa-bawa sampai sekarang tau ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. ibu hamil lagi kena minum susu.. sebab berkongsi dengan anak kan.. nanti takut salah sorang tak cukup sumber kalsium.. hee~

      Delete
  5. Replies
    1. hee~ kan !!! rugi jek sape tak minum susu..

      Delete

Powered by Blogger.