MAKAN PERIA KATAK DAN TAK PERLUKAN SUPPLEMENT LAGI ?

October 12, 2016

bila teringat jek pahit peria, memang la rasa tak boleh nak telan ke hape ke kan.. hee~ maung pahit dia lagik buat ramai pandang peria sebelah mata jek padahal tau tu peria merupakan salah satu 'buah' yang memberi kesembuhan untuk banyak penyakit.. haa.. ke tak tau ? okay !! sekarang dah tau kan ? hahaha~

PERIA KATAK

  • secara ringkasnya, peria katak mengandungi kalori yang rendah tapi kaya dengan zat besi
  • mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zinc, fosforus, manganese dan fiber yang sangat tinggi
  • kandungan beta-karotene 2 kali ganda lebih berbanding brokoli
  • kandungan kalsium 2 kali ganda lebih berbanding bayam
  • kandungan potassium 2 kali ganda lebih berbanding pisang

asal la kakak buat entri pasal peria katak kan ? hee~ sebenarnya encik suami kakak dalam proses mengurangkan habit jahat beliau yang memang rata-rata tentang pemakanan.. jadik, kakak pun search la serba sedikit pasal home remedies yang mungkin kakak boleh bantu encik suami ( lepas tu kakak share kat korang plak.. ) haa.. mana yang rasa ade masalah kesihatan serba sedikit tu tapi tak nak / belum bersedia / takut nak makan supplement / malas / tak rajin / muak / tak suka  tak de bajet.. mungkin korang boleh manfaat kan PERIA KATAK nih..

KHASIAT PERIA KATAK

  • merawat darah kotor dan bertoksin dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau
  • membersih dan memperbaiki masalah hati yang disebabkan pengambilan alkohol berlebihan
  • meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan
  • penyakit taun - pada peringkat awal penyakit taun, boleh ikhtiar dengan mencampurkan jus peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau
  • penyakit kencing manis - peria katak tidak mengndungi sebatian hypoglycemic ( insulin tumbuhan ) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah jika diamalkan sekerap mungkin
  • tenaga - jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina disamping mengurangkan masalah sukar tidur pada waktu malam
  • masalah mata - kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki masalah mata ( kerabunan )
  • penyakit buasir - boleh ikhtiar dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan susu dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi
  • gangguan pernafasan - campurkan jus peria katak dengan madu dan amalkan setiap hari untuk merawat asthma dan penyakit paru-paru
  • psoriasis - amalkan jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit yang berkaitan dengan fungus seperti kurap

nih resepi yang kakak memang buat untuk encik suami.. nak harap beliau buat sendiri memang tak a-- lelaki / suami memang manja gini kan.. hee~ rasa nak lepuk lepuk jek..


2 sudu besar makan madu
setengah biji peria katak
5 biji limau kasturi
segelas air


kita kasik blend sampai sebati.. gittew--


hee~ nah !!! jadik la untuk beliau yang degil dan selalu skip dari makan supplement..

sebab kakak sendiri tak tau ape masalah dalaman encik suami, maka kakak amik tindakan drastik la untuk jadik 'doktor'.. tapi in shaa Allah.. makanan semulajadi macam buah-buahan, sayur-sayuran nih kalau korang pandai manfaatkan dan tolak mentah bahan yang ade kandungan sintetik sedikit sebanyak akan membantu menambah nilai kesihatan..

tak percaya ? 
ce try.. jangan baca jek.. hee~

bukan bermakna, dah amalkan peria katak, supplement kena tolak tepi ye.. kena makan jugak lagi lagi supplement SHAKLEE.. hee~ nih antara salah satu menu yang korang kena amalkan untuk repair masalah dalaman yang mungkin tersembunyi dan korang tak tau.. contoh la.. contoh.. ade orang kata jus peria katak dapat merawat tekanan darah tinggi.. orang kata la.. kalau korang tak try, korang tak tau kan.. tapi kalau dah sakit, sila lah jumpa doktor dan jangan memandai mandai.. cumanya, memang sangat tak rugi pun kalau korang kembali kepada makanan alami..

kenapa kena makan supplement ?
  • untuk membantu pembentukan sel baru + seimbangkan nutrisi dalam badan
pandai !!
hee~

nanti kakak share lepas sebulan ape jadik kat encik suami ye.. hahaha~ kot la tetiba bertukar jadik Arjun Rampal ke.. ouch-- yang penting sihat la.. sihat dalaman, sihat luaran.. kan ? isteri mana yang tak sayang suami ooi !!!!


You Might Also Like

6 comments

  1. buat ulam pun sodap! cecah dengan sambal belacan or sowhatever smbl..seyes sedap..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ pahit nau nau dik mas ooi.. tak lalu hakak..

      Delete
  2. Betul tu. Pandai Puan Atie buat minuman yang sedap untuk suami. Kalau saya pun mahu terseksa nak makan peria ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ bairkan beliau seksa sikit janji sihat.. orang lelaki nih susah nak makan supplement.. nih kita hadap kat beliau, nasib nak ditelan plak..

      Delete
  3. kat tekak saya, peria nih sangatlah tak sedap... huhu..

    ReplyDelete

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS