SAYA MAKAN SAYUR ; SAYA SIHAT !! AWAK ?

December 19, 2016

bila cakap pasal kesihatan, orang selalu kaitkan.. 

"haa.. tu la.. tanak makan sayur.."
"sebab tu kulit ko tak cantik, tak makan sayur.."
"ala.. sembelit tu biasa la.. sebab tak makan sayur.."
"tu tak makan sayur la tu, tengok rambut dia dan botak.."

hahahah~ kan ? kan ? dan kalau dengan anak kecik, selalunya macam ni..

"kalau abang tak makan sayur, nanti lambat tinggi.. kawan kawan semua tinggi dah.."
"adik kena la makan sayur, nanti kulit cantik macam Neelofa.."
"siapa tak makan sayur, tak boleh pergi mandi swimming pool.."

hee~ kan ? kan ? mesti ade yang kerap keluarkan dialog yang berkaitan dengan sayur lagi lagi masa nak suap anak makan.. memang dah jadik skrip drama harian.. tapi.. tau tak dengan skrip drama tu tersimpan sejuta rahsia yang mungkin korang pun tak pernah nak amik berat.. ye.. tau tu memang dah tau la, tapi macam "ala.. basuh jek la.. nanti hilang la racun nye.."


dah makan sayur, tak payah dah makan supplement.. hee~ ye ke ? yakin sangat ni.. jom kita cek pulak ape khasiat dari sayur yang membantu korang untuk tolak supplement dan sejauh mana konsistensi korang makan sayur mengikut keperluan badan..


kalau ikut graf yang pakar pemakanan share nih, untuk wanita dan lelaki berusia 19 - 50 tahun memerlukan 7 - 10 hidangan bersayur / buah-buahan SETIAP HARI.. dan leafy vegetables ( sayuran berdaun ) lebih kurang setengah cawan untuk yang sudah masak + 1 cawan yang mentah !! hee~ korang ? cemana ? cukup tak ? cukup tak ? okay.. tak payah jawab sebab tau.. memang tak cukup punya..

dan kalau cukup pun, korang rasa sayur tu seme selamat ke ? haa.. kalau selamat makan tu memang la sampai ke perut, maksudnya.. selamat atau tidak dimakan ? tak kisah la makan mentah ke, masak dulu ke.. mana mana jek.. 

jom !! kita explore sikit..
terdapat beberapa kelas racun perosak dalam istilah Inggeris yang berakhir dengan "cide", yang berasal daripada perkataan Latin bermaksud "untuk membunuh" seperti racun serangga ( insecticide ) yang digunakan untuk membunuh serangga, racun rumpai ( herbicide ) untuk mengawal rumpai, racun kulat ( fungicide ) untuk membunuh kulat patogen dan racun bakteria ( bactericide ) untuk membunuh bakteria dengan bertujuan menjaga kualiti dan kecantikan tanaman dari serangan makhluk perosak.. wink wink.. dan ianya bukan sesuatu yang pelik untuk kebanyakan negara maju yang membekalkan sayuran segar setiap hari kepada penduduk..
ia dapat meningkatkan keuntungan petani / penternak dengan penghasilan produk yang berkualiti dan banyak.. kandungan nutrisi produk meningkat dan tetapi tahap kualiti produk belum tentu selamat untuk dimakan walaupun pengeluaran bahan makanan dalam negara terus kekal meningkat dimana nilai eksport negara juga naik hasil jualan produk makanan.. 

TAPI !!! penggunaan racun perlu dikawal dengan ketat untuk semua peringkat bermula dari pembuatan, pengedaran, penjualan, pengiklanan, pembelian, penyimpanan, penggunaan dan keselamatan lepas tuai ( post harvest interval ).. kegagalan dalam sistem rantaian tersebut akan menyebabkan berlakunya bencana kepada semua pihak sekiranya tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan penggunaan yang salah dan menyebabkan kesan racun terus kepada pengguna.. semua peringkat perlu faham peranan masing-masing terutama diperingkat pengguna seperti petani atau penternak yang terdedah terus dengan racun tersebut.. pengendalian menyimpan, pengguna dan memetik hasil lepas tuai mestilah mengikut peraturan pada label.. 

amacam ? yakin dah sayuran harian yang kita makan tu BERSIH dan SELAMAT ? hee~

korang pilih mana ? sayuran dari pasar yang nampak cantik tapi belum tentu SIHAT atau sayuran yang korang tanam sendiri ? atau memang tak payah makan sayur lansung ? senang.. tak payah nak fikir panjang.. hee~


ini realiti sayur dan buah yang kita makan.. hee~ kita nak nafikan atau pejam mata dan buat buat tak nampak.. asalkan makan jek sayur.. lain lain punya hal tolak tepi..

KELEBIHAN SAYUR ORGANIK

kalau takutkan kemungkinan yang bakal berlaku, kenapa tak pilih jalan lain ? hee~ tanam la sendiri !! yeay !! best kan kalau dapat bercucuk tanam lepas tu hasil tuaian dapat plak buat juadah.. haish.. best.. hee~ jom kita tengok ape kelebihan makan sayur organik..

1 : KANDUNGAN GIZI YANG TINGGI
  • "penelitian yang di sampaikan organic.org menunjukkan hasil, bahawa sayuran organik mengandung 27 % vitamin C, 21,1 % zat besi , 29.3 % magnesium, 13,6 % fosforus, dan 18% polyphenol.."
2 : LEBIH SEGAR DAN TAHAN LAMA

3 : BAIK UNTUK PERKEMBANGAN ANAK-ANAK

  • American Academy of Pediatrics / AAP ada menyebut bahawa sayuran organik berpotensi mengurangkan risiko jangkitan pada anak-anak terutamanya bakteria yang kebal terhadap ubat-ubatan..
4 : TINGGI ANTIOKSIDAN
  • sayur organik memiliki 50 % lebih banyak antioksida berbanding sayur bukan dari tanaman secara organik dimana kandungan ini dapat menurunkan risiko penyakit kanser..
5 : MENGELAKKAN PENCEMARAN UDARA
  • kalau dah nama pun organik, terang terang la tak pakai bahan kimia kan.. hee~ sekaligus dapat meminimakan pencemaran udara..


apa yang kita makan harini, akan bagi kesan pada tubuh badan kita nanti nanti.. sebab tu kena pilih yang terbaik sebab badan nak pakai lama kan dan taknak la bila sampai saat 'pulang' nanti banyak kerosakan yang kita dah buat kat badan ni.. tak best kan.. macamana pulak kita nak menghadap Dia kat sana.. 

sama jugak dengan pemilihan makanan tambahan harian yang kononnya untuk jaga kesihatan tapi dalam diam memudaratkan kesihatan.. haa.. apecer ??? hee~

cuma dengan label Shaklee, kami menitik beratkan soal kesihatan dan kami ( kakak pon !!! ) percaya, kalau kita sihat bukan cantik jek kita dapat tapi kebahagiaan dan lebih beruntung dapat membahagiakan.. ini bukan omongan kosong sebab vitamin Shaklee dah berjaya merawat pelbagai penyakit yang pesakit carik ( ye la.. carik penyakit la kan kalau tak jaga kesihatan.. hee~ lepas tu lompat lompat supplement.. macam main dam ular.. ) dan lepas tu tergantung tanpa penjelasan.. kesian badan weyh..


BACA SINI --> JANGAN RISIKOKAN MASA DEPAN KORANG !!

hee~ tak pe.. keputusan kat tangan korang dan korang pun bukan calang calang orang.. bijak - pandai - berpendidikan - cerdik - cantik.. eh !! semua yang baik baik la ade kat korang.. dan sebab satu keputusan korang, mampu mengubah segalanya.. a.. gittew--

jadik !!
makan sayur kat pasar atau tanam sendiri ?
makan sayur atau makan supplement ?

sayur kena makan..
supplement pun kena makan..

belum tentu korangmampu konsisten untuk makan sayur setiap hari dengan kuantiti yang cukup.. dan belum tentu sayur yang korang makan BESIH SUCI MURNI.. hee~

You Might Also Like

4 comments

  1. busyra makan smua sayur. kecuali tak berapa suka pada sawi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! sayur sawi ade kena kena masa kakak beli dia ade rasa macam pahit tah pape.. dia pahit tapi pelik sikit.. cane nak explain rasa tu tah.. hee~

      Delete
  2. Wah.. Setiap hari kena makan dalam kuantiti macam tu. Erk.. Reen jarang makan sayur dan buah. Kalau ada, memang masak dan makan.

    Kalau tak ada.. Makan je ape yang ada. Heh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kalau tak boleh nak makan ikut jadual, nanti reen kena amik multivitamin tau.. banyak dah multivitamin kat pasaran.. bantu cukupkan nutrisi dalam badan..

      Delete

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS