3 CARA MERAWAT MIGRAIN KRONIK YANG MENJADI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

March 02, 2017

bila sebut pasal sakit kepala, mesti ade orang akan terfikir "aku kena kanser otak ke ? ade ketumbuhan dalam otak aku ke ?" kan ? eleh.. baik ngaku.. hee~ ye.. kakak pun selalu fikir gitu.. dah tu plak sakit nya memang sebelah sebelah jek.. lagi la cuak.. kan ? memang tak terfikir lansung pasal MIGRAIN.. betapa naifnya ilmu tentang kesihatan.. hahahaha~


kadang-kadang bila time dia nak kena tu sampai nak senyum pun tak boleh apataha lagi nak buat kerja.. memang tak laa.. selalunya bila migrain menyerang, pesakit susah nak tido, kurang fokus, tak boleh kena cahaya terang, nak hadap suasan bising pun tak boleh.. memang pendek cerita nak kena duduk dalam bilik gelap yang sunyi dan tak de sesape melainkan diri sendiri..

kalau nak cepat elok, kena la makan painkiller.. hee~ tapi kalau dah kerap kena, banyak la plak painkiller nak kena telan.. kesian buah pinggang nak bekerja keras.. jadik.. ini bukan jalan penyelesaian yang baik..



nah !! cek.. manalatau selama ni korang memang ada tanda-tanda ke kan..

PUNCA MIGRAIN

ada teori yang mengatakan migrain berpunca dari pengembangan salur darah, tapi macam pelik plak kan.. asal plak bila kena migrain mesti sebelah kepala jek.. em.. kakak ada baca beberapa teori yang bercanggah nih.. hee~

saraf akan bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain macam stress dan stress pulak menyebabkan spasm disaluran darah yang berselirat dengan saraf seperti arteri.. spasm mampu menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak dan apabila ini berlaku perngaliran darah ke otak akan berkurang..

pada masa yang sama, platlet ( partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah ) melekat antara satu dengan yang lain.. ini menyebabkan serotonin dikeluarkan dari badan yang akan mengecilkan lagi saluran darah.. secara tak lansung proses ni mengurangkan lagi bekalan darah ke otak..

bila bekalan oksigen kurang akan ada saluran darah arteri yang membuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga dari otak.. pembesaran saluran darah arteri akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandin daripada tisu-tisu dan sel-sel darah.. bahan yang menyebabkan inflamasi seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit pun dikeluarkan sama.. 

bahan-bahan ni la punca terjadinya migrain !!

nah !! mungkin faktor kat bawah nih pun boleh jadi punca.. manalatau..

PEMAKANAN

  • makanan yang mengandungi MSG, cheese, nitrat, coklat, kekacang dan alkohol boleh menyebabkan migrain ada juga makanan yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah..
  • diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah juga boleh menjadi punca migrain kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang..
  • tidak makan / lambat makan pun boleh jadi punca !!
  • mereka yang kerap minum minuman berkafien seperti kopi, teh, nescafe, minuman berkarbonat selalunya mengalami caffeine withdrawal syndrome dan bila dorang try untuk menghentikan tabiat kafien secara mendadak.. sindrom ni sama dengan migrain sebab kafien menyempitkan saluran darah dan bila dorang berhenti amik kafien secara mengejut menyebabkan saluran darah mengembang..

HORMON

migrain tidak dikaitkan terus dengan hormon estrogen ( wanita ) tapi !! ianya boleh berpunca dari turun dan naik paras estrogen secara tidak menentu..
  • mengandung
    • selalunya kejadian hormon turun naik dengan tak stabil nih masa mengandung.. hee~
  • haid
    • ramai jek wanita kena migrain sebelum - semasa - selepas haid..
  • pil perancang
    • ada pil perancang mengandungi estrogen !!
  • menopause ( putus haid )
    • Hormone Replacement Theraphy ( HRT ) menggunakan hormon termasuk estrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya akan mengalami migrain..

CARA HIDUP

  • terlebih atau terkurang tidur pun boleh jadi punca migrain.. tidur dan jaga dengan teratur.. manfaatkan 24 jam ( 8 jam tidur - 8 jam beribadat - 8 jam bekerja ) sebaik baiknya..
  • pengambilan ubat
    • ada sesetengah ubat menyebabkan saluran darah mengembang dan boleh menjadi punca migrain.. sama juga dengan herba..
    • penggunaan ubat migrain secara berlebihan pun boleh jadik punca..

LAIN-LAIN PUNCA MIGRAIN

  • perubahan cuaca secara mendadak..
  • cuaca terang dari matahari atau lampu..
  • bunyi bising yang terlampau kuat..
  • menonton tv / memandang skrin komputer terlalu lama..
  • stress / tekanan emosi
    • sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan ada sesetengahnya semasa tekanan.. jadi !! kawal emosi korang sebaik mungkin..
  • jantina
    • perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki.. hee~
  • perokok tegar..

RAWATAN MIGRAIN

1 : RAWATAN DENGAN HERBA

  • antara rawatan yang digunakan untuk melegakan migrain ialah  hypericum + feverfew + gastrodia dan kelebihan rawatan jenis ini ialah ia TIDAK MELIBATKAN pelbagai bahan sintetik dan ubat-ubatan lain yang selalunya mempuntai kesan sampingan tak baik.. tapi !! rawata nherba biasanya mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan pesakit mengambil secara konsisten sebelum kesannya dapat dilihat..

2 : RAWATAN TANPA UBAT

  • kawal pemakanan !! elakkan makanan yang mengandungi garam sebab garam boleh menyebabkan fluid retention..
  • kawal stress.. hee~ memang macam susah jek kan tapi kalau korang belajar switch perasaan, tak de ape yang mustahil..
  • tuam kat tempat yang sakit dengan botol yangmengandungi air suam..
  • genggam ice cube pada tangan kanan ( kalau sakit pada kepala belah kiri ) dan sebaliknya jika ia belaku.. biasanya ambil masa jugak.. hee~ kakak pernah sampai terlelap sambil genggam ice cube..
  • baring di tempat yang gelap dan sunyi..
  • biofeedback iaitu pesakit diajar cara mengawal pengembangan dan pengecutan otot serta saluran darah.. teknik ni lebih berkesan kalau diajar kepada pesakit kanak-kanak..
  • rawatan lain seperti refleksologi dan berurut mungkin membantu..
3 : RAWATAN MENGGUNAKAN UBAT-UBATAN

  • vasoconstrictors
    • ergotamine dan dihydroergotamine membuatkan saluran darah semakin kecil / kecut.. pesakit digalakkan mengambilnya pada permulaan migrain..
  • 5-HT agonist seperti sumatriptan, naratriptan, zolmitriptan, rizatriptan yang bertindak menggantikan fungsi serotonin..
  • isometheptene
  • kombinasi aspirin + acetaminophen + caffeine

  • analgesic ( ubat tahan sakit ) termasuk narcotic analgesic.. akibatnya ? anda boleh ketagihan !!
  • corticosteroid
  • betablocker - propranolol melancarkan perjalanan darah..
  • calcium channel blocker melancarkan perjalanan darah..
  • non-steroidal anti-inflammatory drugs ( NSAIDs ) = aspirin kerana aspirin mengurangkan sakit dan pengumpulan platlet..
  • ubat anti depresi seperti amitriptyline boleh mengawal kandungan serotonon..
  • riboflavin atau vitamin B2 dalam lingkungan 400mg sehari..

banyak-banyak makan ubat tu tak pe ke ? hee~ korang tak risau ke ? kakak plak yang risau kan korang haa.. tak pe la.. pape pun jangan lupa minum air masak 3 liter sehari tau.. bila badan kita cukup air, penyakit pun tak suka nak dekat.. manalatau.. kita usaha jek perbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik..

dari duduk diam dan redha dengan penyakit yang silih berganti.. kan ?


You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS