COWBOY STEAKHOUSE UNTUK PEMINAT MAKANAN BARAT YANG SUKA BERJIMAT

April 18, 2017

minat makanan barat ? itali ? tapi poket selalu ala kadar jek kegemukannya ? hee~ mesti frust kan tiap kali ada rasa nak makan sesuatu tapi terbatas sebab keadaan poket tak mengizinkan nak lepak makan kat restoran yang ada nama.. kan ? pernah try makan kat COWBOY STEAKHOUSE ? kalau belum.. kakak cadangkan korang try.. kenapa ?

BACA SINI --> JOM BUAT SIDEINCOME !!

first sekali ; HALAL.. hee~


kakak pernah makan sekali kat Cowboy Steakhouse nih, cawangan Kota Damansara tapi rasa dia sangat menghampa kan dan memang tak de niat nak repeat balik sebab first impression kakak pada makanan sangat kuat.. dia macam, ko minum kopi tapi ko pi tu tak sedap.. peratusan untuk ko repeat beli kopi tu memang sangat rendah.. hee~ a-- gitu la lebih kurang..

encik suami kakak la punya pasal nih dan kakak terjebak lagi sekali masuk ke Cowboy Steakhouse cuma cawangan lain.. cawangan Kota Damansara dah tutup.. hahahah~ nampak ? yang kami singgah ni di Bandar Kinrara dengan alasan encik suami..


"yang dah makan kat situ, awak.. abang belum lagik.."


haa.. dah tu ? takkan ko nak tengok jek beliau makan sensorang kan.. kena la jugak oder * terjebak-- *..

air kosong 2 untuk kakak.. epal asam boi untuk beliau.. 
steak combo ; kakak punya
t-bone steak untuk beliau
mana #duanur ? hee~ dorang keletihan lalu pengsan di dalam kereta.. dapat la kakak dan encik suami menggedik berdua.. a.. gittew-- orang ada anak nih, mana dan, bila dan jek nak berdua dua.. manfaatkan masa yang ada sebaik mungkin..

sedap ?

em.. sedap nih subjektif tau.. tapi kalau tanya kakak, sangat biasa biasa jek macam steakhouse yang lain.. tak de yang special.. daging yang nipis tapi kat dalam masih basah dan merah, daging liat sikit, lemak kat daging kambing lagi banyak dari daging.. hee~ sos blackpepper pun okay la, sama jek macam kat steakhouse yang lain.. tapi tak tau la pada korang, mungkin pada anak tekak korang SEDAP.. hee~ jangan kecam kakak tau bila kakak terlampau jujur..

macam kakak cakap la.. tak de ape yang special.. semua biasa biasa jek..

tapi !! ada benda yang kakak suka.. hahaha~ nampak ? kakak suka environment kat Cowboy Steakhouse.. simple, tak payah bunga bunga dan cat warna warni tetap cantik dengan kemasan kayu pallet yang dah di-syelek dan kemas.. haa.. kakak suka.. nak makan pun tak rasa serabut * kakak tak tangkap gambar pun sebab malas nak bangun.. hahaha~ kepenatan seharian kat luar kan, kaki pun dah tegang.. jadik kakak duduk saje-- *

antara menu yang ada kat sana.. murah kan ? kalau ngidam ngidam, nak makan banyak pun tak ralat.. hee~
kakak suka dan akan support anak Melayu meniaga tapi kakak selalu harapkan kelainan dari tuan empunya kedai.. haa.. cane tu ? expectation kakak memang tinggi dalam bab makan makan ni.. 

dan yang kakak teruja.. masa kakak g makan hari tu.. 80% adalah orang Cina dan selebihnya baru orang Melayu.. haa.. nampak ? nampak ? nampak ? area Bandar Kinrara memang ada la sebijik dua kedai makanan western yang affordable untuk golongan pertengahan tapi dengan bersilih ganti customer kaum Cina.. kira alhamdulillah la kan.. makanan halal semakin berleluasa dan tak de alasan lagi untuk mencari yang fardhu.. kan ?

alhamdulillah.. licin !! hee~
selang beberapa minit habis jek kitorang makan + dating.. hee~ dengar ade orang panggil.. 


"ibu ayah ni pegi makan tak ajak adik pun.."


hahahah~ kena la kakak g amik budak masam tu dan bawak ke meja kitorang..


dan bungkus Spaghetti Carbonara sebab tau dia takkan habiskan sepinggan pun.. makan buat buat rasa jek.. lepas tu bungkus balik, bekal kan untuk bangman.. 

rasa Spaghetti Carbonara ? em.. sedap.. ini serius sedap.. cukup rasa dengan lemak lemak creamy dia.. hee~ ini kakak boleh bagi bintang bulan planet Pluto.. gittew-- yang lain tak dapat la kot..

jumlah kseluruhan sebelum masuk harga Spaghetti Carbonara.. okay la kan ?
secara keseluruhan :

makanan / minuman - ♥ / 5
harga -  / 5
persekitaran - / 5♥ ♥ ♥ 
layanan pekerja - ♥  / 5

kemudahan lain lain - / 5 ( bonus untuk pengguna kerusi roda / stroller sebab memang ada parking khas depan kedai dan laluan khas untuk korang.. jadik tak payah guna tangga.. )

kalau korang nak try menu dorang, boleh singgah sini :

FACEBOOK : COWBOY STEAKHOUSE BANDAR KINRARA
ALAMAT : No. 71 - G, Block A, Jalan BK 5A / 2, Bandar Kinrara
TEMPAHAN : 019 661 4120

You Might Also Like

14 comments

  1. Saya suka sizzling udang dia..kalau ke sini, mmg order hat tu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. noted !! nanti saya try sizzling udang.. hee~ masalah saya, tak reti kopek kulit udang.. adoi..

      Delete
  2. Boleh cuba nanti nie.. ;)

    ReplyDelete
  3. hehe.kalau daging liat tak syok makan tau.(^_^).Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    ReplyDelete
  4. Nasib baik sy tak berapa minat makanan barat 😏 Tapi kengkadang terasa nak makan juga 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak brape minat sebab selalu frust.. tak macam kalau makan nasik padang atau nasi kandar.. hahahah~ confirm lalu kat tekak dengna gembira.. ala.. sekali sekala okay kot kan..

      Delete
  5. sedapp oiii..nanti terjahlaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. tekak kita tak sama.. hahaha~ nanti nad g try.. lepas tu baru komen..

      Delete

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS