TANGGUNGJAWAB PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN DIKALANGAN KANAK-KANAK ANJURAN WHISKAS

by - June 03, 2017

peminat haiwan ? okay.. korang boleh geng dengan #duanur.. hee~ sebab dorang tak habis-habis bising kat telinga kakak memujuk nak bela barang seekor dua anak kucing untuk dibuat main.. bukan kakak tak bagi, tapi faham-faham la kan.. siapa nak menguruskan kucing tu nanti, nak jaga kebersihan persekitaran rumah lagi.. benda tu semua pada kakak sangat leceh dan mungkin akan terkejar-kejar.. ye ke ? ntah.. sebab tu Whiskas® Malaysia dengan kerjasama Mars Petcare talah menjalankan usahasama untuk sesi jelajah ke 65 buah sekolah rendah pada tahun 2017 ini untuk menggalakkan Tangungjawab Pemilikan Haiwan Peliharaan ( RPO )..


kempen yang bermula pada tahun 2015 yang diterajui oleh Whiskas® Malaysia ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya menjaga haiwan peliharaan terutamanya kucing yang memang sinonim dengan kanak-kanak.. dengan pembabitan 15 buah sekolah di sekitar Lembah Klang yang kini telah menjangkau sehingga negeri Pualau Pinang, Perak dan Johor dengan penglibatan pelajar sekolah berumur antara 10 hingga 12 tahun ; usaha ini berjaya mencapai lebih daripada 66 000 penglibatan kanak-kanak sekolah dalam tempoh 3 tahun !!

jurulatih program Jom Sayangi Haiwan Kita - Nurul Najwa Adzme menjelaskan tentang karekter kucing kepada pelajar..
program yang dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman, sesi interaktif selama satu jam memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari lebih lanjut tentang ciri-ciri kucing serta pelbagai fakta yang menarik tentangnya.. disamping info-info tentang cara memberi makanan yang sesuai dengan pemilihan jenis makanan yang tepat untuk memastikan kucing peliharaan mereka berada dalam keadaan yang sihat..


FAKTA KUCING : misai kucing boleh mengesan haba serta halangan dalam gelap


pelajar SK Seafield 3 sedang membaca risalah tentang penjagaan haiwan peliharaan..
jika perkembangan sehari-hari haiwan peliharaan positif, 'mereka' mampu menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat berbanding haiwan yang tidak dijaga dan terbiar.. malah dengan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan bertanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan, sekaligus mewujudkan dunia yang lebih penyayang dan adanya sifat belas kasihan terhadap orang lain ataupun haiwan lain apabila mereka dewasa kelak..



“adalah penting untuk kita menanam rasa tanggungjawab dan pemikiran yang 
tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini 
mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan 
peliharaan mereka sendiri.. inisiatif Jom Sayangi Haiwan Kita membantu memberi 
maklumat yang tepat tentang cara penjagaan kucing peliharaan.. 
memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu
bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu 
bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul.. 
pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik apabila bercakap tentang pemilikan haiwan peliharaan..” 

ujar Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director –
Malaysia, Singapura dan Filipina.


MARS INCORPORATED

merupakan sebuah perniagaan yang sudah menjangkau lebih daripada satu abad dan masih konsisten dalam penjualan pelbagai jenama seperti :

  • penjagaan haiwan peliharaan :
    • PEDIGREE®
    • ROYAL CANIN®
    • IAMS®
    • BANFIELD® 
    • CESAR®
  • coklat :
    • M&M’S®,
    • SNICKERS®
    • DOVE®
    • GALAXY®
    • MARS®
    • MILKY WAY®
    • TWIX® 
  • wrigley :
    • DOUBLEMINT®,
    • EXTRA®,
    • ORBIT® 
    • 5™
    • SKITTLES®
dan beberapa rangkaian makanan lain.. beribu pejabat di McLean, VA, Mars telah beroperasi diseluruh 78 buah negara dengan teguh berprinsip - KUALITI - KECEKAPAN - TANGGUNGJAWAB - PERMUAFAKATAN - KEBEBASAN dalam mewujudkan hubungan bersama pelbagai pihak berkepentingan bagi mencapai pertumbuhan yang positif..

guru-guru dan pelajar SK Seafield yang mengambil bahagian dalam kempen Jom Sayangi Haiwan Kita.. semua nampak happy jek !!
untuk maklumat lanjut tentang RPO di sekolah anjuran Mars Petcare, jom layari :

LAMAN SESAWANG : MARS PETCARE - COMMUNITY
FACEBOOK : MARS INCORPORATED
TWITTER : MARS GLOBAL
YOUTUBE : MARS GLOBAL

nampaknya, kakak kena pertimbangkan proposal dari #duanur untuk bela dua ekor kucing.. hahahaha~

You May Also Like

4 comments

  1. Bagus program ni boleh memupuk sifat kasih sayang of budak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. hee~ budak2 memang dah ada sifat penyayang tu tapi untuk kekalkan sampai ke besar mungkin susah juga.. harap2 kecintaan terhadap haiwan boleh lembutkan hati sesiapa jek.. tak kira umur dan pangkat.. kan..

      Delete
  2. Yeay saya geng #duanur :D Bagusnya program macam ni, dapat memupuk semangat cintakan haiwan dalam sejak kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ adoi.. pitam kakak macam ni.. ni gayanya memang kakak kena carik kucing untuk dorang ni.. mana nak carik tah..

      Delete