HYPER-REALITY EXA OUTPOST TARIKAN BARU DI SETIAWALK, PUCHONG

wuhuu-- ape best kat Puchong ? ntah.. tak de.. hahaha~ itu dulu la sebab kawasan sekitar Puchong ni orang kenal dengan kawasan perumahan.. tak terfikir pun kan ade tempat menarik disebalik bangunan-bangunan tinggi kat Puchong ni.. haa.. ape tu ? permainan dunia hyper-reality di EXA Outpost di Setiawalk.. tak jauh dah nih dengan kakak..


korang boleh bina kumpulan sendiri dengan kawan-kawan korang untuk jadi askar ( dalam game la tapi.. hee~ ) dan setiap dari korang akan mengalami sendiri permainan dan bekerjasama antara satu dengan yang lain untuk menentang pihak lawan..


permainan hyper-reality yang memang punyai tarikan tersendiri akan membuatkan korang rasa masa berlalu pantas.. kaki game faham la kan.. sebab ? dah korang main game, pempaham jek a.. lagi lagi game yang memang REAL depan bijik mata korang dengan jalan cerita yang padan dan bersesuaian mengikut level korang.. maksudnya, kalau korang menang part 1, korang akan naik part 2.. gile tak leka ? hahaha~ tantah lupa nak balik pon..

dengan formula dan modul yang sentiasa dipantau serta dipertingkatkan untuk kepuasan pengguna, korang akan mengalami sendiri penerokaan dimensi 12 dan situasi di luar atmosfera.. pihak lawan akan disediakan untuk korang mula dan habiskan misi dalam pasukan.. macam biasa la.. kalau dah ada pasukan, korang mesti la ada komander.. kan ? Komander Rick akan memberi arahan untuk korang lengkapkan misi..


nah !! firstime kakak angkat senapang.. hahaaha~ kalau korang nak tau, senapang ni satu-satunya yang menggunakan konsep 'reloaded'.. ape tu ? kalau korang dah asyik menembak aje kan, senapang tu akan panas ( berasap ) / kehabisan peluru, korang kena rehat sekejap ( 5 saat jek pon !! ) untuk reloaded senapang.. tak de nye nak kena tukar-tukar senapang ke pistol ke ape bagai.. pakai itu saje sampai kesudah.. jimat masa..

hari tu kawan kakak ade tanya kat instructor tu..


"kalau ade musuh datang tembah kita dalam tempoh reloaded tu ? nak buat ape ?"


sila la lari.. menyorok.. jangan la tunggu nyawa ditarik.. hee~

sut yang akan korang pakai.. nampak macam berat kan ? hee~ tapi tak !!
cuma !! masa korang tengah bermain, korang dilarang sama sekali berguling, melompat dan berlari sebab ada pillar disekeliling bilik ni yang menjadi 'gap' antara korang dan dunia yang telah diciptakan untuk korang explore.. ha.. dah kalau berguling-guling sekali terlanggar pillar tu, mau tumbang segala.. tak jadik dah nak teruskan misi.. itu satu hal.. hal lain yang melibatkan keselamatan korang sendiri..

tu nampak tiang tiang tu ? haa.. jangan ade yang gatal pergi gegar tiang tiang tu.. cubit kang.. dan korang hanya dibernarkan berdiri / berpusing / bergerak dalam kotak yang telah ditandakan untuk korang.. sempit ? jangan risau.. muat..
sebab tu, sebelum bermula korang akan diberi taklimat ringkas.. ingat.. jangan memandai langgar arahan officer bertugas..

sempena perasmian hari tu, EXA Group membuat tawaran menarik untuk korang yang minat dengan game berunsurkan realiti ni.. dengan harga serendah RM 65.00, korang akan dapat 1 round secara percuma.. kiranya BUY 1 FREE 1.. memang puas hati la kan.. kalau tak korang kena bayar RM 81.00 untuk 1 game..


kalau korang nak buat tempahan atau ada sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi :

FACEBOOK : EXA GLOBAL
INSTAGRAM : @exaglobal
LAMAN SESAWANG : www.exa-global.com

atau terus jek walk in :

B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor Darul Ehsan ( waze : SETIAWALK, PUCHONG )

sebenarnya EXA Outpost nih tempat baru dengan teknologi yang baru jugak.. jadi.. jangan pelik kalau korang pegi nanti, ada bahagian yang belum siap diubahsuai.. sebab nanti akan ada beberapa bahagian untuk family bersantai termasuk PS4, cafe dan permainan VR.. nampak ? semua bawah satu bumbung..

disamping lepak lepak dengan family, boleh juga tambah kenalan untuk networking.. kan ?



14 comments:

  1. Macam main yg real ke atie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah hanie.. memang nampak real.. hee~

      Delete
  2. bestnya main tembak2 mcm kat dalam game tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nih real punya.. hee~ memang nampak orang jahat tu depan mata sebijik macam kita nih jugak.. ape.. 3D eh ? haa.. gitu..

      Delete
  3. mcm best tgk.. kalau dekat mesti terjah btw selamat berpuasa akak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ nanti turun KL, jom.. kita g lepak sana..

      Delete
  4. Replies
    1. best cik kyra !! nanti pegi tau.. ajak pakwe.. eh.. hee~

      Delete
  5. Rumak makcik kat Puchong tapi tak taw kenapa tak pernah masok Setiawalk ni haha. Hebatnya tapi saya memang lemah gila main game ni alih-alih teros mati je. Senapang tu pon nampak cool sangatt.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ kakak pun tak reti gak nak main game tu.. tapi boleh jek redah.. anggap jek la darurat time main tu..

      Delete

Powered by Blogger.