SUCIKAN DIRI DAN HATI, RAMADAN INI DENGAN LIFEBUOY DAN RANGKAIAN MEDIA PRIMA

bila bercakap tentang kebersihan, mesti ramai yang ambil ringan dan sambil lewa.. kan ? konon, mudah jek nak atasi masalah bakteria dan virus ni.. konon jek laa-- hee~ tapi, korang tau tak yang aktiviti sehari-hari kita membuatkan kita terdedah dengan pelbagai kemungkinan untuk kita dan ahli keluarga kita jatuh sakit dan tidak selesa menjalani aktiviti harian ? haa.. sebab tu la, Lifebuoy ; jenama sabun mandian nombor 1 di Malaysia dengan kerjasama rangkaian televisyen Media Prima telah melancarkan kempen Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini..


Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia ; Vincent Chong berkata :


sebagai jenama No. 1 di Malaysia bagi sabun mandian yang memberi perlindungan
daripada kuman, Lifebuoy mahu membawa perubahan dengan meneruskan komitmen
kami untuk meningkatkan amalan kebersihan di kalangan rakyat Malaysia..


selain iklan di televisyen, Lifebuoy juga akan mengunjungi bandar-bandar terpilih di seluruh Malaysia bagi mengukuhkan lagi usaha pendidikan amalan kesihatan.. bagi memanfaatkan sepenuhnya kempen tahunan sempena bulan Ramadan dan hari Raya anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima, Lifebuoy turut menggabungkan inisiatifnya dalam acara 'Skuad Terima Kasih', 'Bazar Terima Kasih' dan 'Jom Masjid' yang akan diadakan di johor, Terengganu, Pahang dan Kedah..

ada pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan termasuk demonstrasi membasuh tangan dengan cara yang betul dan pengagihan lebih 3000 pek sabun Lifebuoy.. jadi !! jangan lupa semak kalendar korang !! hee~ 

siapa pernah tengok iklan ni ? hee~


kempen yang dijalankan serentak di seluruh negara ini bukan sekadar memperkenalkan produk malah turut membawa misi menerusi mesej kebersihan dalam format yang menarik disamping menerapkan amalan penjagaan kebersihan diri dan keluarga.. 


penampilan aktor hebat Malaysia, Farid Kamil bersama anaknya Che Mad sebenarnya menjadi tanda tanya kat kakak.. hee~ ye la.. biasanya kita tengok iklan sabun sabun ni sangat cliche antara ibu dan anak.. kan ? tapi kali ni Lifebuoy membuat kelainan dengan melantik Farid Kamil dan Che Mad sebagai duta untuk kempen Sucikan Diri dan Hati, Ramadan ini..


hal hal kebersihan dan kesihatan bukan sahaja dipikul oleh ibu sebaliknya kerjasama si ayah juga memainkan peranan penting.. lagi lagi bulan baik yang memerlukan kita, umat Islam memberi sepenuh tumpuan untuk beribadat.. kalau tak selesa, cemana ?


"kebersihan diri merupakan asas kepada penjagaan kesihatan dan pencegahan pelbagai
jenis penyakit yang disebabkan oleh kuman.. mandian sempurna adalah rutin
kebersihan yang penting agar badan kekal selesa.."


dan yang paling best, Lifebuoy turut menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Watsons untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil tindakan dan melakukan amal kebajikan sepanjang bulan Ramadan ini dengan cara, setiap pembelian bernilai RM 15.00 di mana-mana cawangan Watsons, sejumlah nilai RM 1.00 akan didermakan kepada Tabung TV3 Bersamamu iaitu sebuah tabung amal yang giat dijalankan oleh pihak TV3 untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik..

tak cukup BEST ?


nak menang baucer tunai berjumlah RM 100, 000.00 dari Lifebouy ? haa.. ape lagik ? sambil korang membeli dan beramal, korang juga berpeluang untuk menang hadiah yang menarik !! kakak tanak cakap banyak sebab kakak sendiri geram bila tengok jumlah nilai yang dipertaruhkan.. hee~

dengan 3 cara mudah :

  • beli produk Lifebuoy bernilai RM 20.00 dan keatas dalam satu resit..
  • ambil gambar resit yang telah dicetak..
  • hantar melalui aplikasi whatsapp / MMS ke 014 933 8131
mana tau nasib korang baik dan dapat pakai emas baru tajaan Habib tak pun dapat Gift Card dari Petronas.. wuhuu-- tu pun dah cukup heaven tu..


untuk maklumat lanjut tentang Lifebuoy dan kempen yang sedang berlansung, boleh lawati :

FACEBOOK : LIFEBUOY MALAYSIA
LAMAN SESAWANG : WWW.LIFEBUOY.COM
LAMAN SESAWANG : UNILIVER - LIFEBUOY
LAMAN BELI BELAH : WATSONS - LIFEBUOY

jom !! sambil membeli, sambil menderma, sambil berpeluang untuk menang hadiah !! hee~ 3 dalam 1.. dah macam kopi instant.. 

selamat menunaikan Rukun Islam ketiga !!
semoga semuanya sihat dan cergas sepanjang hari..

8 comments:

  1. hee~ kan !! kakak pun sama.. anak2 ni tangan dia cepat nau kotor.. main ape tah..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kan !! suka tengok instagram mama dia.. hee~ ade jek keletah dia..

      Delete
  3. Sambil membeli sambil menderma. Lifebouy ni pun antara jenama yang selalu ana beli. Bagus sebagai pembunuh kuman semasa mandi utk seisi keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana.. atie pun ada jek stok Lifebuoy kat rumah.. anak2 selalu main kotor ntah mana mengerodok.. hee~

      Delete
  4. suka tgk iklan chemad ni.. hehe comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !!! hahahaha~ slang dia pun sedap.. ade slang mat saleh.. comel !!

      Delete
  5. selalu nampk iklannya..comel je anak farid kamil ni..ikut maknya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.