HAUNTED HOTEL ; FILEM SERAM DIADAPTASI DARI KISAH BENAR

ada yang memang kaki cerita seram ? dan kalau tengok cerita seram pun macam tengok kartun jek ? hee~ ade tak ? ade tak ? kalau ade, maksudnya korang kena cuba - try - test filem terbaru ni.. eh !! belum keluar kat panggung wayang pun lagi.. saya kakak teaser lebih sket.. filem seram yang telah diadaptasi dari kisah benar sebuah hotel di Malaysia !!


memperkenalkan barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Teddy Chin, Alvin Chong dan Nadia Aqilah ( Malaysia ), Aom Sushar ( Thailand ) dan Leon Li Chuan ( China ) akan menggegarkan panggung wayang bermula 19 Oktober 2017..

SINOPSIS

mengisahkan sepasang kekasih iaitu Ling ( Aom Sushar ) dan Jun ( Leon Li Chuan ) telah berpeluang datang ke Malaysia atas urusan kerja dan telah memenangai wang yang banyak di sebuah kasino.. bersama dengan kemenangan tersebut, mereka terpaksa tinggal di sebuah hotel yang tanpa mereka sedari hotel tersebut berhantu..

pelbagai gangguan misteri dari wanita berpakaian serba putih yang membuatkan mereka tertekan dan nekad untuk meninggalkan hotel tersebut.. sepanjang perjalanan mereka keluar dari hotel, mereka masih diganggu sehingga kemalangan dan jalan cerita semakin menarik apabila Jun tiba-tiba hilang dan Ling diselamatkan oleh seorang polis..

akibat kehilangan Jun yang menjadi tanda tanya dan dan Ling menjadi sangat tertekan sehingga sukar untuk diuruskan membawa Ling berurusan dengan bomoh.. Ling diberi rawatan untuk mendapatkan kisah sebenar disebalik gangguan wanita berpakaian putih dan kehilangan Jun..

menjadi satu kejutan apabila Ling yang dipersalahkan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.. 


haa.. tak dapat la kakak nak cerita habis sebab nanti tak seronok dah.. kan ? hee~ jadi !! korang kena la singgah kat panggung wayang 19 Oktober 2017 nanti untuk menjadi yang pertama tahu bagaimana penamat yang sangat menduga kewarasan akal manusia..

HAUNTED HOTEL MALAYSIA 2017

filem Malaysia di bawah arahan Ryon Lee yang berdurasi 1 jam 32 minit ini telah melalui sesi perfileman di amber Court, Genting Highland yang sangat terkenal dengan gelaran 'hotel paling menyeramkan di Malaysia' dan krew produksi juga turut diganggu dengan kelibat yang tidak diundang..

Ryon Lee yang juga merupakan seorang penulis beberapa filem seperti The Journey yang telah membuat kutipan melebihi RM 17.6 juta dan tersenarai antara filem box office turut pernah menulis skrip untuk Woohoo Big Day, Great Day dan Nasi Lemak 2.0 dan filem seram yang dihasilkan olehnya sebelum ini adalah Ketujuh dan The Transcend ; kedua-duanya pada tahun 2014..


Tajuk : Haunted Hotel
Bahasa : Mandarin ; subtitle Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Tarikh Tayangan : 19 Oktober 2017 ( Malaysia )
Genre : Seram ( P13 )
Durasi : 1 jam 32 minit
Format : 2D
Pengedar : Mega Films Distribution Sdn Bhd
Produksi : Lomo Pictures
Barisan Pelakon : Aom Sushar ( Thailand ), Li Chuan ( China ), Teddy Chin ( Malaysia ), Alvin Chong ( Malaysia ), Azman Hassan ( Malaysia )
Pengarah : Ryon Lee
Penerbit : Aron Koh dan Ming Yi

untuk yang memang suka layan filem seram dan menguji daya tahan jerit dan terkejut korang, kakak memang cadangkan filem Haunted Hotel ini masuk dalam senarai korang.. hee~ try la !!

15 comments:

  1. macam best ni kak.. Nurul memang suka tengok cite seram.. tapi maap la kalau dengar2 terjerit tu.. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ akak siap tido lagi dalam panggung wayang.. adoi !! sakit btol..

      Delete
  2. 19 oct ni yer baru keluar pawagam , CCL wajib tengok ni suka citer scary2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat CCL !! dah tengok ke ? hee~ ape komen ? brape star nak bagi ?

      Delete
  3. adehhh baca entry ni pun dah hilang pusat... Seram... kalau rasa berani nanti, nk tgk la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ begitu sekali siap hilang pusat..

      Delete
  4. Hahaha
    Now I know that you are Siti Rabiah Adnan on fbook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ampun !!! hahahaha~ salam kenalan dam.. rajin2 singgah eh..

      Delete
  5. Semasa tengok cerita INI terpaksa la bawa ear plug takut dengar jertan para penonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ tu la tu.. tapi haritu tak bawak.. lupa.. layan jek la jeritan dorang.. skait hatipun ye..

      Delete
  6. akk rasa kalau sesiapa jenis tak berani tu x payah la dik oii buat kang ada yg terkucil kat seat....heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ betul kak.. baik tak payah tengok buat yang penakut bagai tu.. nanti tak memasal tak bleh tido malam..

      Delete
  7. nak tengok la citer ni tp di kelate x ada cinema la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. ye ke.. bam kie naik la kuantan.. hee~ sana ada mall kan ? kena tengok bam kie.. serius best..

      Delete
  8. GV teringin nak cite ini kak Atie. Nasi Lemak 2.0 dan The Journey mmg best sangat.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.