JUALAN MEGA AKHIR TAHUN PALING SENSASI SUPER 11.11 SHOPEE

sekali lagi, Shopee yang merupakan platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan sekali lagi menawarkan Jualan Mega Akhir Tahun Paling Sensasi Super 11.11 Shopee dengan memberi lebih banyak pilihan dari pelbagai kategori seperti elektronik, perkakasan rumah, kesihatan, kecantikan, bayi, permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.. nah !! macam sebelumnya.. harga dorang memang antara yang terendah dipasaran !!

shopee_11.11_jualan_mega_akhir_tahun


dengan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 yang sebelumnya, sekali lagi Shopee memulakan musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 01 November 2017 hingga 11 November 2017.. pengguna akan mendapat tawaran hebat berganda termasuk Jualan Murah RM 11.00, penghantaran percuma ( ini kakak suka !! hee~ ), hadiah harian dan banyak lagi.. dengan kerjasama dari jenama terkenal seperti Petronas, Digi dan Watsons membuatkan platform ini sentiasa menjadi kunjungan kaki shopping online..

macam sebelumnya.. kakak sendiri jangkakan Jualan Murah Super 11.11 Shopee akan menjadi acara jualan mega akhir tahun paling havoc..

shopee_11.11_jualan_mega_akhir_tahun_2


“Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 pada bulan lepas mencatat kejayaan 
besar kerana kami merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali 
ganda dan trafik pengguna sebanyak lima kali ganda dalam tempoh 24 jam.. 
sokongan memberangsangkan daripada semua pengguna kami mendorong kami 
untuk melancarkan Jualan Murah Super 11.11 ini.. 

kali ini, kami menampilkan lebih daripada 3,000 jenama dan usahawan 
pilihan yang menawarkan potongan harga berganda sehingga 90% dan lebih 
100,000 produk yang dibawah Jaminan Harga Terendah Shopee..” 

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee


bru-baru ni kan dah diumumkan Bajet 2018 yang menggariskan e-Dagang sebagai salah satu pemacu utama ke arah membangunkan digital ekonomi Malaysia yang dijangka mampu menarik pelaburan sebanyak RM 700 juta dengan menawarkan 2 500 peluang pekerjaan.. dan !! Shopee ; platform e-Dagang terkemuka di Malaysia dengan lebih dari 150 000 usahawan aktif menjual dan Shopee sangat komited untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana tempatan menerusi insentif komisyen sifar ( kosong = 0 ), penghantaran percuma ke seluruh negara dan kempen MEGA seperti Jualan Murah Super 11.11 Shopee untuk meningkatkan pendapatan penjual..

shopee_11.11_jualan_mega_akhir_tahun_3

bermula 01 November, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga untuk pelbagai kategori popular termasuklah 3 pusingan ‘shocking sale’ setiap hari yang menawarkan koleksi 50 jenis produk kegemaran korang pada harga terendah !! confirm kelabu biji mata la nanti.. hee~ jangan lupa untuk main ‘SPIN TO WIN’ dan rebut hadiah yang bernilai sehingga RM 300,000.00 untuk dimenangi setiap hari..

shopee_11.11_jualan_mega_akhir_tahun_4

nak lagi best ? hee~


“Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan 
potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah 
sempena musim perayaan.. kami berharap anda semua boleh menyertai 
acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi..” 

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee


keseronokan membeli-belah akan memuncak pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang turut menawarkan produk jualan 24 jam tanpa henti termasuklah jualan murah RM 11.00, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM 20.00, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee dan banyak lagi !! lebih 100,000 produk yang dijamin pada harga terendah dan sekiranya korang ada terjumpa mana-mana produk yang sama dijual pada harga lebih rendah berbanding Shopee, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut.. nah !! betapa Shopee yakin mampu memberikan yang terbaik untuk penggun mereka.. kan ?

shopee_11.11_jualan_mega_akhir_tahun_1

untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.shopee.com.my/1111..

atau..

muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.. senang kan ? semuanya dihujung jari jek--

atiehilmi.com

13 comments:

  1. november memang ditunggu-tunggu tiap tahun.. hehehe..shopping time.. online je wey..semua di hujung jari

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kan !! mana yang kaki shopping memang tunggu hujung tahun untuk pulun sakan..

      Delete
  2. sure kaki shopping tk sbr tgu 11.11

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! dan meronta ronta la maybank2u.. hee~

      Delete
  3. Replies
    1. betul tu wakkkk— cepat sebelum 11.11.. hee~

      Delete
  4. aduuuuh lemah ni godaan godaan shopping online. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ yang kuat sahaja tidak tergoda.. yang macam kita ni tak payah la acah2 tak nampak.. install cepat !!!

      Delete
  5. rs nyer kaki2 shopping online mmg dah tggu siap2 dpn PC bla november menjelma ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! masa ni la nak pulun topup mana yang patut.. hee~

      Delete
  6. Kaklong pun dah masukkan banyak barang dalam shopping cart. Nak tunggu 11/11 ni.
    Tak sabar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cayalah kak long !! hee~ saya tak sempat buat ape lagi.. dah tau 11.11 nanti harga jatuh menjunam murah.. jadi nak tunggu pada tarikh kejadian jugak..

      Delete
  7. Shopee ni mmg popular sangat kan kak. Diskauan promosi cmnie yang akan wat ramai online buyer nak beli tu. Terbaik la semua. :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.