BEKAL TENAGA SEPANJANG HARI PERSEKOLAHAN ANAK DENGAN MILO®

minggu lepas, kakak dan Nur Aiman berpeluang menyertai Bengkel Bento ‘Pack In The Energy For Champions’ Milo® untuk sama-sama mempelajari teknik penyediaan bento yang mudah dan cepat tetapi nutrisi – nya seimbang.. nah !! boleh ke ? hee~ mestilah boleh sebab tak de apa yang mustahilkan ? kan ?

12_milo_bento_box_workshop

disamping mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat, kakak juga dapat topup ilmu mengenai pelan pemakanan seimbang untuk anak bertuah ni.. haa.. ye la.. cuti sekolah ni memang dorang banyak makan junk foods + makan kat luar dan kandungan semua bercampur aduk – tak berapa nak sihat untuk perkembangan kanak-kanak.. ada jugak la mommy – son time.. hee~

sepanjang majlis tersebut, banyak pengisian positif yang kakak dapat disamping memperbetulkan kembali mindsetting kakak untuk terus menyiapkan bekal untuk suami dan anak-anak ke sekolah.. ibarat pantang mundur sebelum operasi la tu.. hahaha~

rupanya ; dalam kajian yang telah dijalankan oleh pihak Nestle Malaysia, seorang kanak-kanak menggunakan sehingga 1500 kcal ( kilo calorie )  dalam satu hari persekolahan dan jumlah tenaga tersebut sebenarnya sama dengan tenaga yang diperlukan untuk mendaki gunung dan berenang sebanyak 50 pusingan kolam renang.. wah !! larat pulak kan kanak-kanak sekecil Nur Aiman menyimpan tenaga sebanyak itu ? em.. sebenarnya TAK !!

sebab tu kakak rasa pendedahan yang dilakukan oleh pihak Milo® dalam memberi pendekatan supaya setiap dari kanak-kanak yang bersekolah dibekalkan dengan tenaga yang secukupnya disamping mendapat khasiat yang dapat menyokong perkembangan mental dan fizikal mereka serta memenuhi keperluan tenaga seharian mereka..

13_milo_bento_box_workshop


“kanak-kanak kita adalah juara kita.. maka, pentingnya kita memberikan 
mereka segala sokongan yang diperlukan untuk berdepan pelbagai cabaran 
dalam kehidupan seharian mereka.. oleh sebab inilah kami menggalakkan 
ibu bapa untuk menyediakan bekal makanan yang seimbang dan berkhasiat.. 
Milo® UHT dapat menghasilkan tenaga yang efisyen daripada makanan, 
sekaligus memberkalkan tenaga kepada kanak-kanak untuk memberkan prestasi 
yang terbaik dari segi fizikal mahupun mental..”

- Angeline Lim ; Pengurus Jenama Kanan Nestle Malaysia


bengkel yang merangkumi taklimat berkaitan nutrisi dalam pelbagai makanan serta cara penyediaan makanan yang seimbang bagi kanak-kanak oleh Gorgen Thye, wakil dari Persatuan Dietician Malaysia mencelikkan mata kakak sebenarnya.. hee~ ye la.. cuti sekolah lama kot, habis semua jenis makanan kakak bagi anak-anak makan kononnya ‘nanti boleh cover balik dengan supplement’ sebenarnya SALAH..

11_milo_bento_box_workshop



“pengambilan nutrisi yang tidak tetap kerana tidak makan atau pilihan 
makanan yang kurang baik menyebabkan kanak-kanak mengalami kehausan tenaga 
pada waktu berbeza dalam sehari.. keadaan ini mungkin boleh menjejaskan 
tumpuan mereka di sekolah serta aktiviti kokurikulum.. penetapan masa makan yang 
tetap serta penyediaan makanan yang penuh khasiat seperti bijirin penuh, sayur-sayuran, 
buah-buahan, daging tidak berlemak, kekacang dan produk tenusu dapat 
membantu mengisi jurang tenaga tersebut..”

- Gorgen Thye, wakil dari Persatuan Dietician Malaysia


yang best – nya dalam bengkel tu, kami diajar bagaimana menyediakan bento dalam masa 15 minit ( termasuk hiasan ) disamping berkongis pelbagai tips penting mengenai penyediaan hiasan makanan dlama pelbagai bentuk potongan bagi menceriakan bekas bento supaya anak-anak teruja untuk membuka bekal mereka untuk menjamu selera..



“sebagai seorang ibu, saya berasa lega kerana saya yakin bahawa anak-anak 
saya mengambil makanan yang berkhasiat yang akan membekalkan mereka 
nutrisi dan tenaga supaya mereka dapat memberikan prestasi yang terbaik si sekolah..”

- Puan Hasnawati ; ahli Kelab Bento / Bekal Malaysia


Milo® UHT dapat membantu ibu bapa yang sibuk memastikan anak-anak mendapat tenaga yang mencukupi bagi mengharungi kehidupan seharian mereka.. ye la.. macam Nur Aiman tahun depan ni, pagi sampai ke malam ada aktiviti yang memerlukan dia kekal bertenaga ; budak tengah nak melasak dan meneroka pelbagai aktiviti sekelilingnya memerlukan lebih tenaga disamping makanan yang berkhasiat.. kan ? hee~ nasib la ada Milo® UHT nih yang mengandungi ACTIV-GO®, kombinasi unik PROTOMALT™, vitamin dan mineral yang dapat menghasilkan tenaga yang efisyen daripada makanan.. Milo® UHT  yang juga mengandungi kalsium bagi menjamin tulang dan gigi lebih kuat dan kandungan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan..

kanak-kanak yang mengambil minuman malt mempunyai pengambilan mikronutrien yang lebih tinggi dan lebih cenderung memenuhi Cadangan Pengambilan Zat ( RNI ) bagi jumlah pengambilan tenaga, protein, kalsium dan vitamin B**..

sangat sesuailah Milo® UHT ni dijadikan salah satu ‘bahan’ untuk melengkapkan bento untuk anak-anak kerana ia didatangkan dalam pek minum 125ml dan 200ml yang mudah didapati di semua kedai runcit dan pasaraya berdekatan.. hee~ #duanur sudah, korang bila lagi ?

KLIK SINI –>

PACK IN THE ENERGY FOR CHAMPIONS

9_milo_bento_box_workshop
hee~ kakak tak larat nak berdiri, jadi kakak tengok jek demo live kat tv..
10_milo_bento_box_workshop
kami dah ready nak buat bento !!
1_milo_bento_box_workshop
antara bahan-bahan yang disediakan.. nah !! buat la ape jenis bento pun janji lengkap nutrisi dan sedap..
7_milo_bento_box_workshop
gigih Chef Nur Aiman buat bento sendiri dan dibantu oleh Jr. Chef Nur Aina.. hahaha~
5_milo_bento_box_workshop
oh !! Sr. Chef Nur Hilmi turut membantu..
6_milo_bento_box_workshop
siap !! hee~ lalu tak nak makan bento sendiri tu ? hahahaha~
8_milo_bento_box_workshop
dengan hasil kerja masing-masing !! sedap boleh tahan gak a..
terima kasih Milo® untuk aktiviti menarik dan pendedahan pelbagai perkara baharu untuk kakak titik beratkan dalam perkembangan sehari-hari untuk anak-anak kakak.. hee~ ye la.. sebelum ni tak tau, dia macam alpa la sikit tapi bila dah tau, kita lebih berjaga-jaga dan cuba apa yang terbaik.. kan ?
milo_malaysia
nah !!
untuk maklumat lanjut dan rujukan korang, boelh singgah :
LAMAN WEB : www.milo.com.my

1 comment:

  1. Milo diyakini sejak dulu. Pilihan terbaik untuk sekeluarga...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.