ADAKAH G6PD MERBAHAYA DAN APA SIMPTOM PESAKIT G6PD ?

by - March 05, 2018

pada awal kelahiran Siti Nur Aina hampir 6 tahun yang lepas, kakak sedikir bingung dan tertanya-tanya “kenapa doktor kata anak aku ada G6PD ? amende la G6PD tu ?” em.. selepas membaca lebih banyak sumber tentang penyakit G6PD dan bertanyakan doktor, baru la kakak faham sikit tentang G6PD samada merbahaya ataupun tidak dan apa simptom pesakit G6PD supaya orang sekeliling lebih peka..

kenapa_g6pd_merbahaya


APA ITU G6PD ?


G6PD ( glukosa 6 fosfat dehidrogenase ) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah dan kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila ia terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan ataupun makanan tertentu.. apabila sel darah merah tak mampu mengangkut oksigen dengan baik ke seluruh badan, keadaan yang dikenali sebagai anemia hemolytik akan muncul.. hampir ke semua kes G6PD dapat dikesan semasa bayi baru lahir dengan simptom demam kuning terlampau tinggi..

kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit sebaliknya ia merupakan fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua ibu dan ayah.. tapi !! kebiasaannya G6PD dialami oleh bayi lelaki..

risau ? hee~ kalau anak demam selesema pun kita risaukan apatah lagi sepanjang hidup dia akan ‘membawa’ G6PD bersama-sama.. cuma tu la tu.. tak payah risau sebab G6PD pada dasarnya TAK MERBAHAYA.. komplikasi hanya akan terjadi bila mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis dalam darah..


BAGAIMANA G6PD DIWARISI ?


G6PD berlaku akibati perubahan terhadap gen yang terdapat pada kromosom X iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina individu.. kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma.. sebab tu la kebanyakan penghidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX..

G6PD Deficiency

kebanyakan penghidap G6PD jarang mengalami komplikasi melainkan mereka terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti-malaria yang mengakibatkan sel darah merah mudah pecah lebih awal dari tempoh matang dan mengakibatkan anemia, sesak nafas dan lemah..

kalau sebut pasal demam kuning, sangat biasa untuk bayi yang baru lahir.. kan ? tapi bila terlampau lama ( prolong ) bayi tersebut boleh dikelaskan sebagai pesakit G6PD.. demam kuning merupakan kekuningan pada putih mata, kulit dan selaput hingus yang disebabkan oleh mendapan garam hempedu pada tisu.. secara tidak lansung, ia mengakibatkan kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati.. ada juga kes demam kuning pada bayi baru lahir boleh menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi kekal ( beutler ; 1994 )


RAWATAN UNTUK PESAKIT G6PD


pesakit G6PD biasanya perlu mengelakkan sebarang makanan / perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti :

  • memakan kacang parang
  • terdedah kepada ubat gegat
  • minum air masak dalam kuantiti yang terlampau banyak dalam satu masa
  • herba
  • ubat nyamuk / semburan untuk matikan nyamuk

rawatan bagi demam kuning untuk bayi yang baru lahir dan anemia hemolytik ADA dan rawatan ini memastikan bahawa tisu badan dibekalkan dengan oksigen yang cukup oleh sel darah merah.. untuk bayi yang mengalami prolong jaundice akan diletakkan di bawah cahaya khas yang dikenali sebagai cahaya bili ; berfungsi mengurangkan demam kuning.. dan apabila serangan anemia berlaku, individu akan dirawat dengan oksigen dan direhatkan..

rawatan_g6pd

dalam kes Nur Aina ; selepas lahir memang kami berdua kena tahan lebih 8 ( lapan ) hari kat hospital sebab demam kuning Nur Aina tinggi.. hee~ stress jugak la kakak dok lama-lama kat hospital tapi untuk anak, tak pe la kan.. sebab nak tengok dia sihat jek.. sepanjang 8 ( lapan ) hari kat hospital, tak de sebarang perubahan negatif terhadap pembesaran Nur Aina cuma tu la.. kuning dia tanak turun walaupun dah banyak menyusu badan dan duduk dalam pemantauan doktor / nurse.. mandi cahaya lampu ? sudah jugak.. memang nurse dan doktor akan bantu memberikan info tentang G6PD ni tapi dalam masa yang sama kakak sebagai ibu kena cari maklumat dari sumber yang lain jugak..

macamana kakak handle masalah G6PD Nur Aina ? hee~ kekok, serius kekok.. tapi nanti kakak cerita sikit-sikit ya..

korang ada anak G6PD ?

jangan risau sangat tau.. cuma pantau pemakanan dan aktiviti seharian dorang jek.. jangan disekat perkembangan dorang.. apa pun.. sokongan dari ibu ayah sangat penting supaya anak-anak yang menghidap kekurangan G6PD tahu yang mereka SPECIAL..


You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...