13 SEBAB UNTUK MENIKMATI MAJLIS BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF RESORT

by - April 16, 2018

menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang menggiurkan ? hee~ hilang lapar dan dahaga seharian berpuasa kalau depan mata dihidangkan dengan lebih 200 jenis makanan popular Ala Melayu – Barat – Timur.. bestkan ?

buffet_ramadhan_bangi_golf_resort_2018

nak dekat bulan puasa ni, terlampau banyak pilihan yang akan terpampang depan mata korang yang bakal membuatkan korang pening kepala sebab tak tau nak pilih yang mana satu.. betul tak ? haa.. tak pe.. ni kakak nak kongi 13 SEBAB kenapa korang kena rasa paling kurang sekali untuk berbuka kat Bangi Golf Resort ( BGR ) nih ha..


BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT 2018


1 : DIPERAKUI HALAL

  • restoran BGR merupakan restoran yang dijamin HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu diantara resort golf yang diiktiraf dengan pensijilan halal sejak tahun 2009 lagi, turut menerima pengiktirafan sebagai restoran yang paling mematuhi pensijilan halal daripada Menteri Besar Selangor pada tahun 2017

2 : PENJIMATAN

  • turut dikenali dengan penyajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi setanding kualiti, Restoran BGR tampil dengan lebih 200 jenis hidangan istimewa yang terdiri daripada seleski juadah masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur..
  • dengan membuat pembelian baucar iftar melalui laman web rasmi https://www.bgrrest.com/ dengan harga serendah RM 55.00 untuk dewasa dan RM 26.00 untuk kanak-kanak

3 : HIDANGAN EKSKLUSIF

  • fokus utama mereka sudah pastilah kambing bakar ( kambing dipanggang menggunakan arang ) dan sup kambing mamak yang disediakan oleh chef yang berpengalaman dan pastinya ia tidak akan mengecewakan penggemar daging kambing..

buffet_ramadhan_murah_2018


4 : SAJIAN BARAT KONTEMPORARI

  • penggemar makanan barat ? jangan risau !! sebab dorang turut menghidangkan menu Ala Barat seperti Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma disamping Lasagna Ayam dan Spaghetti Bolognese yang CONFIRM menjadi pilihan utama

5 : JUADAH MELAYU TRADISI

  • dibawakan terus dari kebun dengan konsep Farm In The City, para chef turut menyajikan Nasi Kerabu, Nasi Ayam, Laksa Sarawak dan banyak lagi.. sudah tentunya segar dari ladang..
bangi_golf_resort_buffet_ramadhan_2018

6 : NASI AYAM HAINAN TERBAIK !!

buffet_ramadhan_bangi_2018

  • menerapkan teknologi terkini dalam penghasilan makanan Asia, Restoran BGR telah berjaya mengaplikasikan teknik terkini dalam penciptaan menu Nasi Ayam Hainan dimana isi ayam dimasak sehingga empuk dan mencapai tekstur yang sempurna.. nasi pula ditanak gebu menggunakan lemak ayam yang menjadikan setiap butir nasi lebih enak  dan diperkaya dengan rasa ayam..
  • tidak lengkap hidangan nasi ayam kalau tak dihidangkan dengan sos halia segar dan bawang putih yang pastinya menambat selera

7 : LIMPAHAN PENCUCI MULUT

  • INI tak boleh kalau tak de, mau murung kakak nanti.. hee~ ada seleksi kuih muih tradisional Melayu, agar-agar, buah-buahan, Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brrulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse di dalam cawan, Pandan Gula Melakam Mousse di dalam cendawan dan Cendol Mousse di dalam cawan sudah pastinya memberi seribu satu kepuasan buat penggemar manisan..


buffet_ramadhan_murah_selangor_2018

8 : HARGA ISTIMEWA DURIAN

  • istimewa berbanding tahun sebelumnya, BGR menawarkan Musang King dengan harga serendah RM 110.00 / sekotak dan D24 pada harga RM 55.00 / sekotak.. tapi korang kena buat tempahan awal melalui www.bgrrest.com/product/durian/ tau !!

9 : HIBURAN

  • untuk memeriahkan lagi Buffet Iftar BGR, pengunjung akan dihiburkan secara lansung bermula dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam ; setiap hari

10 : TEMPAT LETAK KERETA PERCUMA

  • jangan risau !! sebab ada lebih dari 800 tempat letak kereta PERCUMA !!






11 : SURAU

  • ada juga ruang solat yang selesa untuk para pengunjung

12 : KHIDMAT MASYARAKAT

  • dalam bergembira menikmati hidangan sedap di BGR, mereka tidak lupa untuk membantu mereka yang memerlukan.. dengan menyumbang RM 0.50 kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM ) dengan setiap satu hasil jualan buffet ramadhan

13 : ELAKKAN PEMBAZIRAN

  • BGR turut bekerjasama dengan Food Aid Foundation iaitu sebuah badan NGO yang juga dikenali sebagai bank makanan dengan motif untuk mengumpulkan lebihan makanan daripada buffet ramadhan untuk didermakan serta diagihkan kepada mereka yang memerlukan

bangi_golf_resort.jpeg

jadi !!
apa lagi ? jom berbuka puasa sambil beramal supaya semua pun bergembira menanti Syawal, tak salah kan ? hee~

TEMPAHAN : 1700 81 8557

blogger_malaysia

You May Also Like

1 comments

  1. Fuhh semua nampak sedap. Boleh lah masukkan BGR dalam list sebab macam macam menu ada kan.

    ReplyDelete