7 CARA YANG MUNGKIN KITA TAK SEDAR KITA TELAH ‘MEMBUNUH’BLOG SENDIRI

by - April 03, 2018

“ala.. bukan susah pun jadi blogger.. tulis je apa yang ko rasa..”

“macam la ko tak tau, dia jadi blogger sebab nak femes je.. kan dah ramai blogger femes..”

“kenapa la aku bukak blog dia.. murung aku setahun tau tak ? semua yang dia tulis, dia syok sendiri.. phuuuiii..”

haa.. lemah semangat ke ? hee~ ni antara bisik-bisik nakal yang kakak dengar selama kakak memilih untuk menulis sepenuh masa di blog ni.. mungkin ianya bukan ditujukan untuk kakak tapi sekiranya ditujukan buat rakan seperjuangan, kakak pun terasa lukanya – disitu.. korang ‘membunuh’ hasil kerja korang ke ?

tips_blogspot

blog korang tulis tentang apa ? kecantikan ? keibubapaan ? diari harian ? atau apa pun niche pilihan korang, korang berhak untuk pertahankan dan jangan biarkan ianya MATI macam tu jek.. bukan semua orang mampu menulis dan menyambung ayat tau--

sepanjang kakak menulis, INI yang kakak perasan dan adakalanya kakak sendiri TER – cuai untuk mengekalkan momentum.. sebab tu kakak menulis dan berkongsi ni.. moga-moga tak lupa lagi lah.. hee~


1 : TIADA IMEJ DALAM ENTRI


korang memang tak sedar eh bila ada gambar, orang lagi selesa dan suka membaca ? haa.. kakak selalu jadikan gambar sebagai ‘jamuan’mata pembaca ( dah tentulah kakak juga suka !! ) susun gambar dengan barisan ayat yang sesuai untuk menarik perhatian pembaca.. tak kisah la dari mana sumber gambar yang korang dapat ( mohon cek COPYRIGHT sebelum post elakkan dari disaman ), pastikan gambar sharp dan tak blur.. kalau gambar berkabus jek nanti orang ingat blog korang ( kita !! ) blog cerita seram plak.. kan dah tak kena kan.. memasukkan 3 – 5 gambar untuk satu entri pun dah cukup cun..



2 : SIMPAN / PERAM


lepas tu ? siapa nak baca ? haa.. jawabnya bacalah sensorang ye adik-adik.. ini tak bagus.. pelbagai platform sebaran dah ada untuk korang PING entri blog korang.. kan kat hujung-hujung entri ada butang SHARE, korang share jek la.. kalau tanya kakak, kakak suka share kat G+, group Facebook, Twitter, Instagram ( asal tetiba macam kakak share kat semua socmed kakak jek ni ? hee~ ) jangan terhadkan sebaran entri korang hanya di – BLOG.. okay ?

kat_mana_nak_ping_entri_blog

cari inisiatif untuk orang kenal blog korang.. dah ada orang kenal, barulah ada pembaca dan bila ada pembaca barulah timbulnya PEMBACA SETIA.. wah !! gittew--


3 : TAK EDIT GAMBAR


fuffff—awal-awal dulu kakak tak reti gak nak masukkan saiz gambar yang sesuai kat blog, tapi banyak jek tutorial lain yang dorang share pasal saiz gambar yang sesuai.. nah !! kalau korang masukkan bulat bulat gambar tanpa edit, BOLEH JADI gambar terlampau besar pixel – nya ( lambat loading ) ataupun gambar terlampau kecil pixel – nya ( menjadikan gambar pecah-pecah.. memang kacau reputasi blog korang la nanti.. gambar tak cantik..

saiz_gambar_untuk_blog
korang boleh pakai CANVA.com untuk dapatkan saiz gambar yang sesuai..
kakak ada sedikit masalah OCD yang membuatkan kakak menggunakan terlampau banyak aplikasi untuk edit gambar.. ya !! terlampau banyak masa dibazirkan juga.. hee~ tapi kakak puas hati walaupun ada sesetengahnya menyakitkan hati..


4 : MESEJ TAK SAMPAI


ini perit weyh.. serius.. ko dah tulis panjang-panjang lepas tu ko baca balik, tajuk dengan isi tak selari.. dia punya pedih tak reti nak cakap.. hahahah~ boleh jek edit balik dengan menyampaikan tujuan mesej yang sebenar.. kalau lari sikit-sikit tak pe la jangan la lari jauh sangat.. nanti pembaca boring.. ambil masa GODAM CARA KERJA kita dan baca – ubah balik entri-entri lama.. jangan buang tapi EDIT !!


5 : TAK DE PIN IT BUTTON


ha ? ape tu ? tak pernah dengar pun.. hee~ tapi pernah dengar PINTEREST tak ? haa.. kalau korang ada akaun Pinterest, setiap gambar yang ada kat blog entri korang akan ada button tu.. apa kelebihan PIN IT tu ? duh.. mestilah ada kelebihan sebab tu dia ada.. untuk memasarkan bakat korang ke – luar, platform Pinterest adalah salah satu inisiatif yang korang perlu ambil.. tak nak ? tak paksa.. tapi saja la kakak nak bagitau yang pengguna aktif Pinterest kira-kira 150 juta orang setiap bulan..

tips_menulis_blog_dengan_mudah

kalau korang memang ada TARGET jangka masa panjang, Pinterest merupakan platform global yang sangat KUKUH..


6 : BERAT MACAM GAJAH !!


dah kalau nak bukak satu entri sampai sepuluh – doploh minit, senak gak weyh.. sebab tu korang ( kita !! ) kena kurangkan iklan dan ikut saiz gambar yang sesuai.. tau !! kalau ikut pengalaman kakak yang tak seberapa nih, blog berat sebab gambar korang kat HEADER – POST – BACKGROUND.. haa.. baik korang cek balik berapa total KB yang korang guna untuk setiap gambar..



7 : IKLAN !! IKLAN !! IKLAN !!


ye.. faham.. memang ada jek income kalau kita letak iklan dari penaja.. kan ? tapi kalau sarat sangat membuatkan blog korang ( kita !! ) kucar kacir sampai nak scroll pun tak boleh, jenuh kuasa dua tu.. tapis la mana yang baik sebab kita adakan blog untuk friendly user bukan menimbulkan marah pengguna..

kakak pernah jumpa satu blog yang iklan dia berserabut sana sini.. nak baca entri dorang kena pangkah satu satu.. salah pangkah termasuk la ke website penaja.. adoi.. memang sakit hati tau.. hahahah~ tak !! kakak tak kata TAK BOLEH.. boleh jek.. tapi biar berpada dan memudahkan pembaca..

okeh !!

cukup la kot 7 ( tujuh ) cara ‘membunuh’yang paling popular dan kakak sendiri pernah buat.. serius menyesal dan kakak dah mula risau bila trafik blog kakak jatuh menjunam ke laut dalam.. selagi sempat untuk repair, kakak try jek repair..

kalau korang ada cara lain yang boleh tahan membunuh, share la kat ruang komen untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.. hee~ terima kasih sudi membaca ran rasa TERBUNUH.. jom HIDUP balik..



You May Also Like

10 comments

  1. Mrs. A memang takde pinterest akaun pernah cuba buat tapi ntah kenapa tak teruskan.
    Okay itu baru cedera je kot belum terbunuh lagi.

    Ha! yang berat macam gajah ni kes berat memang terbunuhlah jawapannya muahhaaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ sama la kite tercedera di situ.. ni tengah CUBA rawat pelan2..

      Delete
  2. terima kasih. saya cuba buat yang ke 5. hehehe

    ReplyDelete
  3. thank you for the tips :)

    ReplyDelete
  4. awak mmg sedia hebat dgn penulisan, kata-kata lagi.. lgpun gaya penulisan awak lain dari yg lain.. akak adoreeee awak tauuu.. terima kasih atas ilmu itu.. akak nak kena duduk dlm gua, berguru utk setahun untuk dpt momentom blogging cara betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip.. apeni.. hahahaha~ tak de la kak.. biasa jek, masih banyak kena perbaiki ni.. tak pe kak.. amik masa selama mana akak nak, tapi dalam masa yang sama blog akak kena update jugak tau.. jangan biar bersarang..

      Delete
  5. Bagusnya entri ni. Buatkan Siqah berfikir kembali apakah okay semua entri yang ada kat blog Siqah. Huhu. TQ Atie for sharing :)

    Nway, salam perkenalan dan jemput join segmen dan giveaway blog Siqah :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA


    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. bestnya !! nanti kakak join ya !!

      Delete