ANAK PINTAR CENTRE – PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TERBAIK DI MELAKA

saban tahun, isu yang sama akan muncul.. hee~ hampir buntu mencari pusat pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak yang menekankan ke semua aspek perkembangan minda dan sahsiah disamping yuran berpatutan..

tadika_anak_pintar_melaka

manakan tidaknya, kebanyakan pusat pendidikan yang ada nama yuran tahunan mencecah ke ribuan ringgit.. ya !! sudah tentulah kakak bercakapkan tentang pengalaman kakak sendiri.. hee~ tapi.. kalau ada yang lebih murah dengan skop pelajaran setanding nama mahal tu, dah kira BONUS besar lah kan..


ANAK PINTAR CENTRE


Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar merupakan sebuah institusi yang telah beroperasi lebih 11 tahun kini mempunyai kakitangan seramai 47 orang dan kira-kira 500 orang pelajar di kesemua 10 cawangan yang terletak di sekitar negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.. mendapat sokongan yang baik daripada ibubapa membuatkan pengasasnya iaitu Encik Awang Redzuan dan Puan Nor Raidah bekerja keras mengembleng tenaga bagi merealisasikan objektif organisasi..

silibus_pelajaran_di_anak_pintar_centre

di Anak Pintar Centre, mereka menekankan :

  • perkhidmatan yang terbaik di antara yang terbaik
  • membentuk kanak-kanak yang holistik dan seimbang
  • menerapkan akhlak dan sahsiah yang mulia
  • melahirkan pelajar yang berintelektual tinggi
  • menggunakan dwi bahasa bagi melahirkan pelajar yang fasih berkomunikasi

anak_pintar_centre
menyeimbangi antara rohani dan jasmani bagi melahirkan generasi yang lebih berkaliber
ye..

sebagai ibuayah memang risau lah kan dengan silibus yang ada kat sekolah, nak tau jugak la apa anak-anak akan belajar nanti.. haa.. jangan risau sebab kat Anak Pintar Centre mengediakan silibus yang bersesuaian mengikut umur dan kemampuan pelajar.. tiada tekanan dan tenaga pengajar semuanya terlatih..


APC READINESS GLOBAL SDN. BHD.


berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Encik Mohd. Redzuan Hasan @ Awang Redzuan merupakan lulusan Bachelor of Human Resource Management with Honours - OUM 2016 dan Diploma Pengurusan Teknologi UTM pada tahun 2005.. sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan sepenuhnya, beliau memulakan carier di International Bank selama beberapa tahun dan dalam lingkungan 11 tahun bersama dalam industri banking banyak membantu beliau membina jaringan kenalan disamping banyak mendedahkan diri kepada beberapa program keusahawanan serta kemahiran dalam menuntut ilmu..

pengasas_anak_pintar_centre


selain itu juga beliau terlibat secara tidak langsung ke beberapa sektor perniagaan seperti insurans ( Gen dan Life ), tekstil , pendidikan awal kanak-kanak, produk kesihatan dan syarikat percetakan.. adalah satu perkara yang sangat mencabar malah perlu perancangan yang lebih teliti, dan beliau tekad disamping membantu istri dalam menguruskan hal-hal perniagaan.. kecekalan serta tidak pernah berputus asa, serta semangat yang tidak pernah luntur, hari ini beliau fokus kepada bidang percetakan sepenuhnya.. terlibat dalam percetakan ini sejak 2010 lagi apa bila beliau menguruskan beberapa mesin indusri percetakan dan juga menguruskan urusan trade daripada luar negara..

bekerjasama dengan beberapa institusi pendidikan bagi membantu mendedahkan pelajar Bumiputera dalam Latihan Industri, pusat Percetakan Kenanga Sdn. Bhd. juga memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang terbaik di pasaran malahan servis di syarikat percetakan milik APC Readines Global Sdn. Bhd. merupakan antara yang termurah di Malaysia..


menjalankan perniagaan cenderamata, pakaian, uniform, baju sukan sekolah serta percetakan banner, bunting dan flyers secara serius memandangkan permintaan tinggi di kalangan pelanggan selain menjadi pembekal utama kepada syarikat APC - Anak Pintar Centre syarikat yang dipelopori oleh isteri, Puan Nor Raídah binti Jalil.. secara keseluruhannya, Anak Pintar Centre mempunyai 12 cawangan taska, tadika serta Pusat Jagaan Kanak-kanak sekitar negeri Melaka, Seremban dan Kajang, Selangor..


usaha tidak terhenti disitu, perancangan untuk meluaskan jaringan perniagaan sentiasa diperhalusi dengan teliti bagi mempertingkatkan ekonomi bumiputra selain memberi peluang kepada usahawan lain dengan konsep “harga kami lebih murah” menjadikan mereka mempunyai ramai rangkaian seluruh negeri termasuk Brunei..

tadika_terbaik_di_melaka

kalau korang memang dah mula survey tadika / taska terbaik untuk anak-anak, mungkin korang boleh masukkan Anak Pintar Centre sebagai pilihan utama.. hubungi mereka untuk bertanyakan apa jua informasi yang korang mahukan..

HOTLINE : 06-2339944 / 06-2892344 / 06-7986035
ALAMAT :
  • HQ 5476-A Kompleks MITC, 
    Jalan Konvensyen Ayer Keroh, 
    75350 Melaka.

blogger_malaysia

1 comment:

  1. antara urusan yang parents pening kepala nak buat decision kan.. pilih tadika anak2 hehehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.