5 SEBAB KORANG KENA BELI MIN’Z SAMBAL HITAM PAHANG DI POTBOY GROCERIES

food lover ? ya !! kemari dekat !! hee~ lagi-lagi yang kuat makan pedas dan tak sempat nak masak sedap-sedap tapi selalu laparrrrrrrrrr.. ini entri untuk korang !!

min'z_sambal_hitam_original_pahang_potboy_groceries

mengangkat martabat makanan tradisional negeri Pahang Darul Makmur, Minz’ Sambal Hitam yang telah menakluki pasaran makanan sedia dimakan meluaskan strategi pemasaran bagi memudahkan pelanggan dari seluruh negara mencuba dan merasa keunikan makanan negeri Tok Gajah..

kalau tanyakan kakak yang memang sedia beranak tekak kan makanan pedas, Min’z Sambal Hitam sudah pastinya menjadi teman makan.. lagi-lagi waktu serba sibuk dengan rutin harian menguruskan keluarga dan kerjaya.. wah !! pitam jugak nak membahagikan masa untuk menyediakan masakan sedap-sedap..


MIN’Z SAMBAL HITAM PAHANG


sinonim dengan warna kuning – jingga dan satu-satunya pengeluar sambal hitam berinovasi baharu dengan memperkenalkan tiga jenis variasi sambal iaitu :

  • sambal hitam ikan talang
    • ada kepingan ikan talang
  • sambal hitam ikan bilis basah
    • lebih lembab dan berminyak
  • sambal hitam ikan bilis kering
    • kering seperti serunding ikan bilis

sambal_hitam_pahang_sedap

telah mendapat tempat dihati penggemar makanan sedia dimakan.. nah !! tekan jek #sambalhitamikantalang, confirm keluar berjela iklan tentang rangkaian sambal hitam dari pengeluar MINIonlicious Enterprise yang juga merupakan pengusaha Bumiputera 100%.. tetiba kakak bangga.. hahahah~ dah la cukup rasa, dan bila sampai ke tahap INI membuktikan perniagaan Bumiputera tidak lagi dipandang sebelah mata malahan pelbagai pihak cuba membantu disamping menawarkan pelbagai inisitif..

samalah seperti laman beli-belah barang dapur terkemuka tuuuuuu..


POTBOY GROCERIES


peruncit dalam talian yang berpangkalan di Lembah Klang menawarkan keperluan isi rumah dengan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA pada harga berpatutan.. ye la.. macam dah trend kan.. semua pun boleh beli online lagi-lagi kalau korang memang sibuk bekerja sampai tak sempat nak menyediakan keperluan masak-masak nih.. hee~

sambal_hitam_original_raub_pahang

sebab tu dengan kerjasama antara POTBOY Groceries dan Min’z Sambal Hitam Pahang membuka lembaran bahagia buat orang macam kakak.. hahahah~ mana tak nya !! banyak manfaat dan BEST kotttttt.. benda best takkan lah kakak nak tolakkkkkk.. ni yang kakak share dengan korang nih..


KENAPA KENA BELI DARI POTBOY GROCERIES ?

1. PENGHANTARAN PERCUMA

  • siapa tak suka perkataan PERCUMA ? meh !! cubit dia.. hee~ ya !! korang boleh beli Min’z Sambal Hitam Pahang dari Potboy Groceries dan dapatkan penghantaran secara percuma !! dah jimat tak payah nak keluarkan kos parking / kiriman parcel semua tu lah.. jimat ? ya !! duit tu boleh masuk tabung haa..


  • macam kakak cerita kat atas lah.. Min’z Sambal Hitam Pahang ada tiga variasi rasa ( ikan talang + ikan bilis basah + ikan bilis kering ) dan setiap satunya berharga RM 23.00 + RM 18.00 + RM 18.00 tapi kalau korang beli kombo ni terus dapat harga special = RM 48.00 !! banyak jimat kan ? RM 11.00 tu korang boleh simpan dalam tabung lagi.. nampak ? kakak memang suka jimat, kalau korang tak tau lah..

sambal_hitam_sedap_potboy_groceries

3. LAMANWEB DAN APLIKASI MUDAH AKSES

  • ntah lah wak.. kakak ni sejenis yang kalau bukak website / aplikasi tapi lembab macam siput, banyak iklan ntah dari mana memang kakak tak bukak dah.. haa.. nasiblah Potboy Groceries punya website laju macam halilintar dan aplikasi pun ringan.. hahaha~ tak payah nak tunggu buffer segala.. klik sana klik sini – siap dah.. kurang stress dan hidup pun aman bahagia..

4. JADIKAN SAMBAL HITAM SEBAGAI RENCAH MASAKAN

resepi_sambal_hitam_original_pahang

masak pakai bahan perasa ? adoi.. penat nye nak menyediakan bawang besar lah bawang putih lah, lepas tu asam keping lagi.. em.. kat situ jek dah habis 5 – 10 minit kan ? tu belum lagi nak menahan pedih mata sebab potong bawang.. haa.. kakak sendiri gunakan sambal hitam ikan bilis kering sebagai bahan tumis kalau nak masak kangkung goreng.. eh !! bukan tu jekk sebab korang boleh pelbagaikan resepi :

    • nasi goreng sambal hitam ikan talang
    • spaghetti goreng sambal hitam ikan bilis basah
    • onigiri sambal hitam ikan bilis kering
    • sandwich cheese sambal hitam ikan bilis basah

      eh !! ikut selera korang lah !! hee~

5. RETURN AND REFUND

  • Min’z Sambal Hitam Pahang dibotolkan dengan kemas dan teliti menggunakan botol kaca bagi memastikan ketahanan jangka hayat sambal dalam tempoh yang lama.. ya !! ada sesetengah pelanggan menjadikan sambal hitam keluaran MINIonlicious Enterprise sebagai bekalan perjalanan jauh.. bila menggunakan botol kaca yang telah disteril kira boleh mengelakkan dari berkulat la gitu.. tapi !!!!!! di Potboy Groceries juga mementingkan hak pelanggan.. sebaik mungkin mereka akan menghantar sambal hitam korang dalam keadaan yang selamat dan confirm sedap.. hee~ dan sekiranya ada sebarang kerosakan, korang boleh maklumkan pada info@potboy.com.my dalam masa TIGA hari dari tarikh penerimaan barang..


minz_sambal_hitam_pahang_original_potboy_groceries

cakap banyak pun tak reti, semua sebab musabab dah bagi dah tu dan kalau korang terliur maksudnya korang kalah.. hahahaha~ benda makan ni korang kena try sendiri sebab SEDAP tu satu nikmat yang subjektif.. begittewwww—memang kakak paksa korang try jugak lah ni sementara harga kat Potboy Groceries pun tengah murah tu, memang ngam lah..


tahniah Min’z Sambal Hitam Pahang !! eh !! kalau nak walkin kat kedai pun boleh tauuuuu.. sangat dialu-alukan..

ALAMAT : Min'z Sambal Hitam Pahang Original
FACEBOOK : https://www.facebook.com/minionlicious
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/minz_sambal_hitam

header_atiehilmi.com

1 comment:

Powered by Blogger.