RARA LEKOR RELEVAN DIANGKAT SEBAGAI PEWARIS ASLI LOSONG

by - October 02, 2018

sesekali mencelah masuk ke area Bangi semata-mata nak cari benda makan rare dan sedap.. tak kisah lah mahal sikit asalkan berbaloi.. hee~ tapi kalau dapat yang murah dan sedap, memang serius happy setahun gayanya..

keropok_lekor_rara_bandar_baru_bangi

bila berjalan time hi-tea, seronok jugak kalau dapat keropok lekor dengan teh o suam.. pehhhh.. kalau kena dengan rasa sos masam – manis – pedas, memang tak pandang yang lain dah la.. duduk dendiam sampai habis.. kan ?

biasa kalau pergi pasar malam, keropok lekor biasa sangat dari segi rasa dan sos.. yang luar biasa adalah harganya.. hahahaha~ urut dada tapi okay la.. buat kunyah-kunyah sambil tengok tv.. cuma tu la tu.. lambat sikit makan, keropok lekor bertukar jadi getah paip.. liat memang tak boleh nak bincang.. spoil mood betul jadinya..


RARA LEKOR


dah alang-alang ke Bangi, kakak singgah lepak kat Rara Lekor.. memang niat nak rasa sikit-sikit jek buat bilas tekak sementara nak makan malam kan.. tapi tu lah tu.. habis jugak lima pinggan pelbagai jenis keropok lekor dan sata.. hahaha~ perangai ni kalau dah sedap memang tak boleh control.. nasib tuan kedai tak halau balik..

rara_keropok_lekor_asli_terengganu
memang betul-betul tepi jalan utama kampung – boleh parking tepi jalan
mula beroperasi pada awal bulan April 2018, Rara Lekor telah mempunyai beberapa produk atas jenama mereka sendiri termasuklah :

  • keropok lekor goreng – RM 8.00 ( 20 batang – vakum )
  • keropok lekor rebus – RM 8.00 ( 5 batang – vakum )
  • keropok lekor cheese – RM 12.00 ( 20 biji – vakum )
  • keropok keping ikan tamban – RM 15.00 ( 450 gram )
  • sata
  • ketupat palas
  • sos
** divakum untuk penyimpanan yang lebih lama.. sesuai lah kalau korang nak buat stok ke ape..

yang hampir semuanya dikeluarkan terus dari dapur Rara Lekor.. nah !! bukan mudah nak mudah kan ? hee~ dah alang-alang bawa nama Losong, Terengganu sudah tentunya expectation tinggi dari pelanggan.. kan ?

pembekal_keropok_lekor_bangi


rara_lekor_bangi

sempatlah kakak masuk dapur Rara Lekor nih untuk tengok rahsia keropok lekor dorang yang sedap tu.. ya !! semuanya homemade dan handmade -sebab tu sedap dan tak de rasa 'mesin'.. 

tekak kakak memang cerewet nauzubillah.. tak terungkap dengan kata-kata.. tapi kalau tak sedap, kakak bagitau korang dan kalau sedap memang kakak puji melambung.. hee~ sama macam keropok lekor keluaran Rara Lekor nih la.. cukup rasa dan lembut walaupun dah sejuk.. eh !! ada tu memang tak sempat sejuk, dah habis.. maksudnya ?

keropok_lekor_cheese_asli_terengganu_bandar_baru_bangi
variasi ; rebus - goreng - cheese yang siap divakum

keropok_keping_asli_terengganu_bangi
kegemaran !!
pelahap ?

maksudnya sedap lah !! korang nih pun.. hee~ kalau sebelum ni korang makan keropok lekor rasa tepung.. kan ? di Rara Lekor, kualiti dan pemantauan rapi dilakukan supaya rasa setiap keropok adalah sama dan sedap.. sudah tentulah rasa ikan selayang yang dijadikan bahan utama mengatasi rasa tepung.. nah—


"sedap, tekstur pun nampak mewah - tak keras.. memang tak sedar dah habis sepinggan.. ni pun rasa nak repeat lagi..”
 – Encik Hilmi a.k.a suami kakak yang sejuta lebih cerewet bab makan


sempat juga kakak borak kosong dengan owner Rara Lekor, Kak Rahmah dan Abang Azrul tentang hala tuju dan masa depan Rara Lekor.. wah !! nampak.. jangan pandang rendah terhadap usahawan Bumiputera tau.. misi dan visi memang tersedia dalam perancangan..

sata_sedap_dan_murah_bandar_baru_bangi
wajib cuba !!

“in shaa Allah.. memang kami ada perancangan nak renovate sikit kedai ni bagi cantik ala-ala cafe.. nanti pelanggan boleh duduk lepak, oder keropok lekor dan air.. dan saya rasa nak buat juga sotong goreng tepung yang femes kat Terengganu tu..”

menarik kannnnnnnn ?

dah tak payah nak redah jem Lebuhraya Pantai Timur semata-mata nak makan keropok lekor asli Terengganu.. hee~ singgah sekejap kat Bangi, dan makan lah sepuas hati.. korang memang kena datang dan cuba sendiri untuk sah kan apa yang kakak cakap ni bukan sekadar sembang..

ALAMAT : Lot 1469, Jalan Pawang,
               Kampung Teras Jernang,
               43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
HOTLINE : 012 – 6479769
WAKTU BEROPERASI : 9.00 pagi – 7.00 petang

pembekal_keropok_lekor_asli_terengganu
berpanas silau sekejap..
semata-mata nak eksyen yang kakak dah sampai port keropok lekor sedap kat Bangi.. hahahah~


malaysia_blogger

You May Also Like

6 comments

  1. ritu pi Trengganu nampakla iklan lekor cheese tapi tak brenti beli. hehe..

    ReplyDelete
  2. kalau ke sana mmg nk cuba cari sbb akak ni peminat kopok lekor tegar..hahaha

    ReplyDelete
  3. wahhhhh....sedapppp nihhh... susah nak cari kepok lekor yg betul2 sedapp dan ada rasa isi ikan... selalu jumpa byk tepung jer..blh laa try nih..ekeke

    ReplyDelete
  4. sedapnya, teringat terus teringin nak makan

    ReplyDelete
  5. Menariknyaa kat Bangi pun ada kedai keropok macam kat Terengganu dah, nampak sedapp keropok dia tu kak atie! 😍

    Warga KL tak susah dah kalau teringin nak makan keropok lekor dan keropok keping

    ReplyDelete
  6. done follow #208. aah bangi syurga makanan hehe. saya duk di bangi 9 thn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...